MCA dijangka membariskan senarai calon muda untuk merampas kerusi-kerusi ‘hangat’ pada pilihan raya umum akan datang.
Sumber yang rapat memberitahu Malaysiakini bahawa berkemungkinan satu pertiga daripada calon yang akan diketengahkan terdiri daripada wajah-wajah muda yang segar.
Sumber dari MCA Selangor mendedahkan bahawa jawatankuasa perhubungan negeri itu telah menyerahkan senarai calon untuk diteliti oleh kepimpinan pusat mereka dan keputusannya dijangka diketahui menjelang bulan depan.
Adalah difahamkan bahawa antara mereka yang dicalon oleh MCA Selangor adalah ketua Beliawanis Selangor Jessie Ooi, timbalan ketua Beliawanis Pusat Nicole Wong dan ketua kelab pidato MCA Bahagian Cheras Steve Teoh.
Di sebalik pengalaman memalukan semasa siaran langsung di televisyen semasa perbahasan MCA-DAP bulan lalu, Ooi difahamkan mendapat sokongan daripada pemimpin-pemimpin tertinggi parti itu.
Sumber itu, berkata beberapa pemimpin percaya kesilapan kecil yang dilakukan oleh Ooi itu sebenarnya membawa kelebihan kerana beliau kini lebih dikenali di kawasannya di Selayang, berbanding dengan penyandang ahli parlimen sekarang.
Seperti Ooi, Wong dan Teoh juga dilatih untuk berdepan dengan masyarakat dan menjalani latihan berucap di khalayak ramai. Mereka juga ditugaskan mendekati masyarakat di kawasan masing-masing - Selayang, Seputeh dan Cheras - untuk beberapa waktu.
Presiden Kelab Pidato MCA, Tan Jui Thong, ketika dihubungi, berkata sebilangan besar calon yang dijangka dipilih adalah dari ahli kelab itu manakala sumber lain pula berkata, sekurang-kurangnya 10 ahli kelab berkenaan telah dicalonkan.
Selain itu, MCA juga dijangka meletakkan tokoh masyarakat terkenal walaupun mereka tidak mempunyai latar belakang politik, meskipun pada hakikatnya bahawa usaha seumpama itu gagal pada tahun 2008.
satu nama yang disebut-sebut adalah pengacara profesional dan penceramah motivasi Chew Hoong Ling.
Chew 32, mendapat publisiti meluas apabila beliau menderma 60 peratus daripada hatinya pada tahun 2009 kepada seorang remaja yang menghidap kanser yang tidak dikenalinya.
Spekulasi adalah bahawa MCA bercadang meletakkan beliau sebagai calon berpotensi di Petaling Jaya Utara bagi menumbangkan orang kuat DAP Tony Pua.
ARAB NAK KOMEN: harapan baru mca untuk menrampas kembali kerusi yang kalah pada pru12 ada nampak kesungguhan. tahniah MCA,
p/s: aku terpesona sekejap...dengan wajah wajah calon muda mca ini..hehehehehhe !!!!
0 comments:
Post a Comment