Sunday, April 23, 2017

PENGGUNA CELCOM BOLEH TARIK NAFAS

Celcom mengumumkan tiada caj data dikenakan bagi melayari Facebook (FB) dan Whatsapp kepada pengguna telko terbabit selama seminggu bermula 25 April ini.

Pengumuman terbabit dibuat menerusi FB Celcom, hari ini, berikutan masalah gangguan Internet bagi melayari FB, Whatsapp dan Instagram sejak dua minggu lalu.Selain menawarkan data percuma bagi melayari FB dan Whatsapp, Celcom turut mengumumkan bahawa penambah-baikan bagi melayari FB sedang dijalankan dan dijangka selesai pada 28 April ini.

terima kasih celcom. 

Saturday, April 22, 2017

KETUA UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH SELAYAKNYA MENJADI CALON PARLIMEN P044. @NajibRazak @Zahid_Hamidi @dzainalabidin @HishammuddinH20

Datuk Hj Mohd Zaidi Mohd Said telah banyak jasa dan baktinya dalam memastikan syiar Islam terus subur dan berkembang didalam Parlimen Permatang Pauh. Banyak Masjid dan Surau telah mendapat sentuhan kasih dan sayang dari beliau. 




antara Masjid yang telah dibina dan akan dibina sejak beliau berkhidmat ialah Masjid Timah (RM3.83 juta) dan Masjid Kubang Ulu (RM2.8 juta). Selain itu Surau Tanjung Putus tempat kelahiran beliau dan Surau Al-Fateh Kg Pelet turut tersergam indah hasil wakaf bersama ayahanda beliau.
Terbaru beliau akan menyempurnakan Majlis Pelancaran Wakaf Tanah bagi pembinaan Masjid Papan Kg Pertama pada 24 April 2017. Semoga dengan pembinaan naik taraf Masjid Papan ini akan memberi keselesaan para jemaah di qaryah tersebut.

persoalannya mana pergi ahli parlimen permatang pauh wan azizah....??? langsung tak balik mai tengok kawasan... rasanya tahun 2017 belum pernah nampak kelibat dia...  

lebih baik umno dan bn meletakkan calon di permatang pauh ialah dato zaidi ketua umno bahagian permatang pauh. kalau kita tengok sejarah permatang pauh kali terakhir calon yang bertanding di parlimen permatang pauh datang dari jawatan ketua umno bahagian ialah datuk seri anwar ibrahim. 

selepas itu semua calon calon di parlimen ini ada lah dari luar.   semua nya kalah... 

PRU14 kali ini kembalikan calon kepada ketua umno bahagian permatang pauh...  


Saturday, April 15, 2017

AKU YANG DAPAT. HANG YANG PANAS #respectmypm #sayabanggasokongPM

aku mempunyai prinsip macam nie. hang buat kerja hang. aku buat kerja aku. 

jangan dok perdajai dan perlekeh orang. 

apa hang dapat itu hak hang. apa aku dapat itu hak aku. 

masa hang tengok aku terkapai kapai sorang diri mencari sponsor dan akhirnya aku beli sendiri. hang diam je pun. sekarang bila aku dah dapat baru satu . lagi sekali baru satu.  dah hang melompat .  hahahahahaah 

elok laaa tu dari tahun 2008 aku dah menulis. tahun 2017 baru orang nak bagi sedikit penghargaan. apa lah salahnya kan kan kan....   jgn membebel laaa.. .  

aku selfie sebab aku nak lepas geram dapat hangphone baru ....samsung A9 pro6 tu... gambar yang jelas . 32GB. selfie sampai termuntah ... 

terima kasih team PMO dan mykmu 

#respectMyPM
#tibaiPMkamitibaibalik
#UMNO71
Related Posts with Thumbnails