Pejabat Perdana Menteri menuntut Pengarah Strategi Parti
Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memohon maaf atas tuduhan liarnya
berhubung pembiayaan majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat menggunakan wang kerajaan.
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam kenyataannya petang ini menafikan tuduhan tersebut sekeras-kerasnya.
Menurut beliau, tuduhan yang dilemparkan oleh Rafizi itu adalah satu fitnah yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej Perdana Menteri.
“Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli perlu memohon maaf atas dakwaan beliau, yang mana ia adalah palsu, fitnah dan memburuk-burukkan reputasi Perdana Menteri.
“Majlis pertunangan tersebut TIDAK langsung menggunakan dana awam, ia dibayar sendiri oleh Perdana Menteri dan keluarganya,” kata beliau.
Rafizi hari ini membuat dakwaan melalui media berhubung majlis pertunangan itu kononnya menelan kos berjumlah RM409,767 dan bil majlis tersebut dialamatkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Anak perempuan Perdana Menteri, Noryana Najwa Najib bertunang dengan pemuda warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev di dalam satu majlis yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana pada 17 Jun tahun lalu. – Mynewshub.my
kerja fitnah ini bukan sekali tapi sudah berkali kali, fitnah - kantoi - fitnah- kantoi RAFIZI KANTOI LAGI
nama pakar strategi pkr, kerja lain tak ada ka, baik letak je nama pakar fitnah.

1 comments:
Bdk ni mmg pakar fitnah, sama spesis dgn Nurul Izzah.
NURUL IZZAH TABUR FITNAH DI BUKIT GASING? Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/
Post a Comment