Friday, March 16, 2012

KP Ir SHAIK HUSSEIN KATA LGE BONGKAK...!!!!!

keangkuhan dan kesombongan ketua menteri pulau pilang paling cilaka mengeluarkan kenyataan BN perlu "makan telur" (baca: menang sifar kerusi) pada pilihan raya umum akan datang telah membuat ketua pemuda umno negeri membidas cakap cakap angkuh nya itu.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin mendakwa Lim berjaya meruntuhkan semangat perpaduan yang telah sekian lama tersemai di kalangan rakyat Pulau Pinang sebelum 2008. 

Kebijaksanaan Lim tenggelam apabila beliau melahirkan harapan bahawa BN tidak perlu diberi sebarang kerusi pada pilihanraya yang bakal di adakan bila bila masa saja. 

Shaik Hussein berkata dengan sikap seperti ini, Pakatan Rakyat dijangka akan hanya memenangi jumlah kerusi yang lebih kecil berbanding pada pilihan raya Mac 2008. "Lim tidak seharusnya terlalu angkuh dan bongkak dengan menjangkakan rakyat Pulau Pinang, terutama golongan profesional, dari semua kaum, akan terus menyokong DAP kerana terdapat banyak kekeliruan dalam hal pembangunan di sini. 

 "Ia adalah jelas bahawa Lim hanya seorang jaguh kampung semata-mata kerana beliau berjaya menipu penduduk kampung, terutama masyarakat Cina, dengan memainkan sentimen perkauman," katanya kepada Malaysiakini. Pakatan Rakyat kini memegang 29 kerusi di Pulau Pinang, berbanding 11 yang dipegang oleh Umno, manakala sekutu BN - MCA dan Gerakan - gagal mendapatkan sebarang kerusi pada 2008. 


0 comments:

Related Posts with Thumbnails