Monday, May 13, 2013

SAJAK 13 MEI


Selamat Hari 13 Mei

Kita harus bersatu , berpadu dan sebati bersama
Perkauman DAP harus ditolak demi Perpaduan
Penipuan PKR harus dipinggirkan demi Kebenaran
Ketaksuban PAS harus ditinggalkan demi Keharmonian

Ayuh
Kembalilah kepada Barisan Yang Sebenar
Pakatan itu bukanlah Jawapannya
Barisan Inilah Tiang Perpaduan
Barisan Inilah Nadi Kebenaran
Barisan Inilah Nafas Keharmonian

Ubahlah yang Janji hendak bersara jadi Pensyarah
Ubahlah Politik Chauvinisme Gelang Patah
Ubahlah Tokong Yang Bongkak Yang Suka Bina Jambatan

Selamat Bersatu Padu dan Hidup Roh 1 Malaysia

karya ikhlas dari ; Shen Yee Aun

BERJIHAD PERKASA PERLEMBAGAAN

Orang Melayu diseru supaya berjihad memperkasakan Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang Tubuh Negeri bagi memastikan bangsa itu kekal menjadi pentadbir negara dan negeri. 

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah berkata, hal ini kerana dalam Perlembagaan di peringkat Persekutuan dan negeri, perkara berkaitan pelantikan Melayu Islam sebagai pentadbir boleh dilonggarkan.

"Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong, hendaklah melantik seorang Perdana Menteri yang mendapat majoriti dalam Dewan Rakyat. Itu sahaja dan tidak ada disebut Melayu Islam.

"Tetapi mengikut amalan demokrasi oleh kerana negara ini negara Islam, Yang di-Pertuan Agong apabila melantik Perdana Menteri, bukan sahaja perlu mendapat majoriti itu tetapi hendaklah ia seorang Islam dan Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Wacana Post Mortem Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13): Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah di Menara Mara di sini hari ini.

Menurut Mohd. Noor, bagi peruntukan Perlembagaan negeri pula, raja atau sultan hendaklah melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri daripada seorang yang mendapat majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kedua, dia mestilah orang Melayu Islam dan ketiga, syarat kedua itu, raja atau sultan dengan budi bicara boleh melonggarkan syarat ini bagi menepati syarat pertama," jelas beliau.

Katanya, dengan syarat ketiga itu, siapa sahaja mendapat majoriti, individu terbabit boleh dilantik sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri.

"Oleh itu kalau DAP dapat majoriti, maka orang Cina boleh menjadi Menteri Besar. Macam mana? Kalau kita kata tidak boleh, maka pindalah Perlembagaan dengan sokongan majoriti dua pertiga. Beritahu di Melaka dan Pahang yang mendapat majoriti dua pertiga, mansuhkan klausa itu," tegasnya.

Beliau juga memberi bayangan bahawa Singapura boleh dibawa masuk ke dalam Malaysia dengan suara majoriti di Dewan Rakyat.

"Tak perlu persetujuan Majlis Raja-Raja, tetapi nak bawa masuk Singapura ke dalam Malaysia memerlukan hanya Akta Parlimen, Pas dengan satu majoriti maka masuklah Singapura ke Malaysia. Bayangkan akibatnya. Ini agenda pengkhianatan.

"Sebab itu (isu) kalimah Allah 'dicampakkan' agar orang Pas dan UMNO, orang Melayu berpecah dengan matlamat akhirnya untuk menawan hati orang bumiputera Sabah dan Sarawak. Nampak tak telunjuknya ke mana? Tetapi orang Melayu termakan umpan, nasib baik bumiputera Sabah dan Sarawak masih menyokong kita," tegasnya.

Sebab itu jelasnya, pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu adalah sesuatu perkara yang benar-benar berlaku.

Selain persoalan terhadap Perlembagaan, orang Melayu juga perlu berjuang dalam memperkasa dan menambah tanah rizab Melayu yang tertakluk di dalam Perlembagaan.

"Isytiharkan tanah rizab ini di kawasan-kawasan bandar dan dalam erti kata lain, menyusun semula masyarakat. Isytiharkan tanah rizab Melayu untuk berladang dan menternak, cari tanah yang baik untuk Melayu berladang dan berniaga dan kalau ada bukit, beri kepada Melayu buat kuari.

"Kita susun atur tanah ini dan agih-agihkan untuk Melayu. Begitu juga dalam bidang ekonomi yang sehingga kini 20 peratus daripadanya dimiliki orang Melayu. Jadi susunlah strategi supaya dalam tempoh 10 tahun ini, kekayaan Melayu menguasai 67 peratus," katanya.

Beliau turut menasihatkan semua pihak supaya bekerjasama menghapuskan rasuah dalam kalangan orang Melayu iaitu daripada kelompok ahli politik sehingga ke kakitangan kerajaan. 

sumber UTUSAN ONLINE

Saturday, May 11, 2013

ANWAR IBRAHIM BUKAN PERDANA MENTERI KE TUJUH TETAPI RAJA LAWAK KE TUJUH..!!!! @NajibRazak @Khairykj @Zahid_Hamidi @bnpenang #GE13

Kekuatan Pakatan di MANA ??? sebenarnya pakatan tidak ada kekuatan untuk membantu memajukan negara tercinta ini.

Maka untuk kelangsungan politik pakatan terpaksalah bergantung pada FITNAH dan ISU. Pakatan sebenarnya sedang mencari cari di mana kah PLATFORM untuk menaikkan semula semangat mereka supaya pengundi dan rakyat tidak lupa mereka. dengan HIMPUNAN BLACKOUT 505 saja lah pakatan hidup, umpama orang kelemasan di tengah lautan dalam. mereka akan berpaut pada apa saja untuk hidup. 

berbuih sudah pihak SPR mengulas, kalau tidak puas hati boleh membuat petisyen membantah PRU 13 di mahkamah, di belakang mereka semuanya peguam2 hebat yang di dalam bar council itu. apakah peguam2 ini tidak boleh membantu ??? , di mana AMBIGA ??? 

nak buat petisyen mcm mana,tiada satu bukti pun yg boleh mereka tunjukan kpd SPR adalah menipu,,cuma yg mereka hebohkan hanyalah tormahan semata-mata  kerana tidak dapat menerima keputusan yang rakyat telah membuat keputusan muktamad.

Seperti yang aku pernah kata kepada kawan kawan dua bulan sudah, percaya lah BN akan menang. kerana aku percaya pengundi melayu atau bumiputera ada lah penentu UBAH nya kerajaan. kaum cina telah tertipu sebenarnya.




Related Posts with Thumbnails