Wednesday, November 30, 2011

"Memacu Generasi, Melakar Transformasi"


antara petikan ucapan ketua pemuda umno malaysia yb khairy jamaluddin pagi tadi.
.
Saya ingin menegaskan bahawa sifat dan bentuk peralihan generasi yang kita perlukan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan yang besar dan menyeluruh. Ia bukanlah seperti menyalin tikar lama dengan mengkuang baru. Ia bukanlah sekadar suatu peralihan kepimpinan lama dengan menggantikannya dengan wajah-wajah muda. 

Sebagai generasi pemimpin muda parti dan negara, Pemuda mesti berada di hadapan setiap kelok perubahan demi mengisi gagasan peralihan generasi. Dalam konteks ini, ingin saya tegaskan kita haruslah menjiwai makna dan falsafah gagasan peralihan generasi dan tasawwur ini dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Tiada gunanya jika kita sekadar bersorak dan bertepuk tangan secara membuta tuli menyambut setiap pengumuman YAB Perdana Menteri, tanpa memahami dengan jelas rasional dan sebab tindakan tersebut. Sokongan kita terhadap langkah-langkah progresif seperti pemansuhan ISA mesti berlunaskan satu kesedaran mendalam tentang tuntutan tasawwur atau "worldview" baru, bukan kerana membodek ketua.

Saya akui, kita tidak mungkin setanding dengan 'Amr al-As ataupun Khalid ibn Al-Walid. Namun saya yakin ada di kalangan Pemuda yang sudah bersedia menggalas tanggungjawab yang lebih besar. Kami dilatih, dididik dan diasuh dalam kilang UMNO. Kami berharap melalui konsep "winnable candidate", tiada lagi calon yang dipilih atas dasar simpati mahu pun calon pakai kabel. Sebaliknya, "winnable candidate" perlu dipilih atas dasar merit dan keupayaan sebenar. Kami menunggu dengan penuh kesabaran waktu dan giliran untuk tampil ke hadapan. Kami sama sekali tidak mendesak untuk mengganti yang lama, jauh sekali dari mengaku sebagai terbaik dari semua yang ada. Cuma sekadar ingin menyatakan dengan satu suara dan harapan, intai dan jenguk-jenguk jualah Pemuda dalam memilih "winnable candidate" akan datang. 

Pemuda juga ingin menghantar amaran yang keras. Kami kesal dengan sikap sesetengah kelompok yang hari ini menyokong konsep "winnable candidate", kononnya berikrar akan membantu "winnable candidate" untuk menang, sebaliknya beria-ia menunjukkan muka di ambang pilihanraya kerana menganggap diri mereka sebagai "winnable candidate". Tetapi apabila harapan tidak kesampaian, sokongan serta sumbangan terhadap parti dibiar mati bersama angan-angan yang tak menjadi. Ini bukan bentuk mentaliti yang kita mahu. Kalau masih ada golongan sedemikian yang bukan sahaja terang-terang menyokong pembangkang tetapi juga memboikot secara senyap – yang langsung tak buat kerja, yang membawa diri merajuk sepi, yang menghilangkan diri, yang tak keluar mengundi – kita minta tindakan tegas terhadap mereka ini sebagai pembelot kepada parti.

Di bawah kepimpinan hari ini, Pemuda UMNO ditransformasi dan diberi wajah baru, penjenamaan baru, pengisian baru. Jika dulu Pemuda pernah dianggap kumpulan pendesak, jurubicara masyarakat atau sekadar pelengkap kepada pimpinan parti. Hari ini Pemuda telah membuka lembaran baru. Kini, imej dan identiti Pemuda UMNO tidak lagi dilihat atau dikenali sebagai satu sayap politik yang hanya tahu bermain retorik. Maka, Pemuda kini berdiri sebagai sebuah pertubuhan yang kreatif dan proaktif dalam menyelesaikan masalah dan isu generasi muda. Inilah yang dimaksudkan "politik khidmat bakti" atau "solutions driven politics" oleh Pemuda UMNO.

Dalam Model Baru Politik, Pemuda tidak seharusnya menjadi entiti yang hanya pandai bercakap dan menolak segala selok belok pelaksanaan kepada Kerajaan. Sebaliknya, Pemuda sendiri perlu terlibat secara terus dan aktif dalam merangka dasar dan menyampaikan penyelesaian berkesan melalui program-program kita sendiri. Ini kerana, apabila bercakap tentang politik, hanya ada dua perkara yang akan terngiang-ngiang di benak pemikiran orang muda hari ini. Pertama "What can you do for us?" dan keduanya kepercayaan bahawa "Talk is cheap" atau cakap senang la. Jadi tukang karut sahaja tak guna.

Filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjudul 6 Jahanam mengisahkan tentang 6 orang penjenayah yang membuat onar dalam masyarakat dengan perbuatan merompak, mencuri, membunuh dan merogol. Hari ini masyarakat kita tidak terlepas daripada terpaksa berhadapan dengan 6 Jahanam versi moden – polemik politik pembangkang jijik! Buktinya adalah melalui percubaan pembangkang yang berangan-angan melaksanakan 6 formula kehancuran negara yang saya sifatkan sebagai formula 6 Jahanam.


SHAHRIZAT CABAR ZURAIDA KAMARUDDIN..


Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membidas pembangkang, mengkhususkan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin untuk meminta beliau meletakkan jawatan alih isu lembu dan kondo. 

Beliau berkata Zuraida harus bertanya kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan kontroversi sekitar Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

dengan sedikit terkeluar pada tajuk dari ucapan perasmian yang disediakan di perhimpunan agung Wanita, Shahrizat berkata: "Hanya kerana suami saya adalah pengerusi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), dia meminta saya meletak jawatan saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan itu, 

Saya tidak bersalah, tetapi dia mahu saya pergi. "Kini saya mengeluarkan cabaran ini, Cik Puan, oleh prinsip yang sama, saya cabar anda untuk meminta Presiden PKR (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) meletak jawatan. "Jika anda benar-benar berani, meminta Wan Azizah meletakkan jawatan kerana suaminya, penasihat PKR, telah didapati bersalah atas jenayah yang saya tidak mempunyai hati berkata dengan kuat," katanya. 

Shahrizat berkata pembangkang perlu mengambil beliau sebagai lemah hanya kerana dia berdiam diri mengenai isu itu.

"Ini hanyalah satu permulaan. Saya masih belum bermula lagi,"

DAP PARTI PALING RACIST.

Pada ucapan perasmian pergerakan pemuda, puteri dan wanita yang telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah membidas pihak pembangkang Pakatan rakyat,

Beliau terus menghentam hingga lunyai yang bukan sahaja di saksikan para perwakilan dan pemerhati malah jutaan rakyat Malaysia secara LIVE.

Dalam ketegasan beliau menyatakan parti DAP adalah parti yang paling racist di Malaysia, tohmahan berbagai tohmahan telah di lemparkan bagi menjatuhkan persepsi orang melayu terhadap UMNO, Dap juga ada agenda untuk melihat perpecahan orang melayu Islam khasnya dan bukan orang islam,

Dalam ucapan bertajuk 'Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad' itu, Muhyiddin seterusnya mengingatkan orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa.

Dap adalah bukan parti orang melayu dan bumiputera ini kerana walaupun DAP adalah parti DEMOKRATIK kononnya, tetapi sebenarnya DAP adalah parti untuk satu kaum sahaja

nampaknya kelantangan pemimpin no 2 ini terus di hangatkan bilamana beliau berkata mana mungkin UMNO akan mengantikan PAS sebalik DAP lah yang akan mengantikan PAS, ini kerana telah jelas bahawa

"DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur’an walaupun salah, PAS mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir."Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa."Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh PAS. DAP lah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang

parti PKR yang di terajui oleh DSAI juga tidak terlepas menjadi bahan, Jelas Muhyiddin, mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.

"PKR sebuah parti yang amat tenat. Hampir kesemua pengasas parti ini telah meninggalkan parti dan menyokong UMNO. Sudahlah tiada matlamat perjuangan yang jelas, retak dalam parti itu juga sedang menunggu belah."

Muhyiddin juga sempat berpantun yang ditujukan khas untuk PKR
Hisap rokok dalam kelambu,
Terbit asap menjadi abu
PKR umpama golok kayu
Tetak tak lut gadai pun tak laku.

di akhir ucapan nya, beliau menyeru semua ahli pemuda. puteri dan wanita terus menjuang bagi memastikan kemenangan pada PRU13 berpihak kepada UMNO dan BN.







Tuesday, November 29, 2011

LIVE from PWTC

suasana terkini di dalam pwtc sebelum majlis perasmian perhimpunan agung tahunan pergerakan wanita, pemuda dan puteri,

majlis yang akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin timbalan presiden umno.

Saturday, November 26, 2011

AZMIN ALI HANYA CAKAP KEDAI KOPI

anwar dok intai pintu penjara sungai buluh.
nampaknya ahli ahli PKR masih tidak boleh menerima hakikat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri ke tujuh, ianya hanya laungan politik bagi memastikan kelangsungan agenda PKR,

tinggi sungguh angan angan manusia bernama Anwar ini, kemelut dalaman parti nya masih bergelora yang menampakkan kepincangan didalam nya tanpa kesudahan malah keyakinan ahli ahli pkr sendiri goyah keyakinan di tahap cukup rendah jesteru itu kata kata atau laungan semangat ke atas kemampuan pkr itu sendiri di tagih,.

cukup cukup lah dengan sandiwara dan harapan palsu yang di berikan, PKR akan pasti tersungkur kerana tidak dapat bersaing antara parti komponen seperti DAP yang lebih dominan dan PAS.

percaya lah rakan rakan didalam pakatan tidak akan memberi laluan kepada PKR untuk menerajui parti.

pemimpin pkr azmin ali yang berhasrat menobatkan anwar sebagai perdana menteri ketujuh adalah satu klimak bagi menyakinkan ahli ahli.  politik populis dan wayang sandiwara PKR termasuk rakan pakatannya yang lain sudah berakhir kerana rakyat tidak akan sekali lagi diperdaya. 

 

UMNO TIADA KEBEBASAN BERSUARA

UMNO tiada kebebasan bersuara? APAKAH benar dalam UMNO tidak ada lagi kebebasan bersuara. Kalau begitu, apakah peluang berucap di setiap Perhimpunan Agung UMNO bukan satu kebebasan bersuara? 

Banyak yang boleh diperdebatkan, apabila timbul dakwaan negatif seperti itu. Sebenarnya kebebasan bersuara bergantung kepada keberanian ahli untuk bersuara. Kalau tidak berani, maka tidak ada maknanya menuntut kebebasan bersuara. 

Kebebasan bersuara tidak akan wujud jika yang bercakap itu takut pada bayang bayang sendiri. Kita belum pernah mendengar, pembahas di Perhimpunan Agung UMNO dikenakan tindakan disiplin atau dipecat daripada parti. Bahkan ada jurucakap yang ‘diboo’ kerana kuat mengampu. 

Perwakilan meluat dengan jurucakap seperti itu. Jenaka keterlaluan ketika berbahas juga semakin tidak diminati. Bagaimanapun, berani bercakap sahaja belum memadai. Bercakap mestilah ada isi. Jangan berani mengkritik kerana gagal dapat kontrak dan tender atau yang berkaitan dengan kepentingan diri. 

Sedangkan dalam soal dasar, takut dan menyepi. Tetapi jika berani mengkritik soal dasar sedangkan pendiriannya sendiri tidak konsisten atau dia tidak buat apa yang dikatakannya, ia juga tidak membawa sebarang makna. Ini sering berlaku kepada mereka yang dulunya ada kedudukan terutamanya yang berjawatan Menteri. 

Apabila bercakap tanpa ‘substance’ ia punca seseorang pemimpin itu dianggap tidak lagi relevan. Tidak ada pihak yang berminat menjemputnya untuk berceramah, merasmikan apa-apa majlis bahkan tidak mempedulikan lagi apa yang dikatakannya. Pemimpin seperti ini mudah terasa, dirinya disisih lantas mendakwa tidak ada kebebasan bersuara dalam UMNO. 

Sepatutnya pemimpin seperti ini tidak menyalahkan parti, jika tidak lagi disanjung atau dijulang. Salahkan diri sendiri. Seseorang pemimpin mungkin pakar dalam bidang tertentu. Cakap dan hujahnya sentiasa didengar. Contohnya pakar ekonomi atau pakar agama. Di waktu dia masih tip top, beribu orang akan menghadiri ceramahnya. Tetapi berapa lama pakar ini boleh bertahan. Sebab itu ada pakar agama, jika hujahnya sudah mula ketinggalan, lebih suka menghukum dari berdakwah dan dia sendiri tidak mempraktikkan apa yang dikatakannya, maka siapa lagi yang mahu mendengar ceramah atau cakapnya. Mereka ini mula ditinggalkan dan tidak lagi diberi platform. Mereka ini sudah sudah tentu akan mendakwa dia disekat, akhirnya menuduh tidak ada lagi kebebasan bersuara dalam parti. 

Ini menjadi punca seseorang tokoh yang dianggap hebat satu ketika dulu mudah tersinggung, kecil hati, merajuk dan terus menghilangkan diri. 

Berbeza dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau pernah diaibkan sehingga gagal menjadi perwakilan G7. Beliau pernah keluar parti. Tetapi pandangannya masih berbisa, berani dan berisi. Maka beliau terus disanjung. Ada juga pandangannya yang disanggah. Tapi beliau konsisten. 

Sebab itu beliau masih mendapat banyak platform untuk bercakap. Bahkan dia turut dijemput merasmikan beberapa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian 2011. 

Pokoknya, kebebasan bersuara berhubung kait dengan diri seseorang. Berani, konsisten, ada isi, cakap serupa bikin dan mengutamakan rakyat. Ini yang perlu ada kepada setiap ahli dan pemimpin UMNO.  

UMNO tidak menyekat sesiapa untuk bersuara dan mengkritik. Kebebasan bersuara tersekat, kerana ahli itu sendiri menyekat dirinya untuk bersuara. Takut bayang bayang sendiri. Takut tidak bertempat. 

Justeru, perhimpunan agung bukan pentas untuk para pembahas mencari populariti, menonjolkan diri sebagai ‘winnable candidate’ kerana sorakan dan hilai ketawa yang diterima. Masyarakat luar memerhatikan gelagat mereka. 

Ini adalah perhimpunan agung terakhir sebelum pilihan raya umum. Masyarakat sedang menilai sama ada UMNO memang berubah dan melakukan transformasi politik. Maka berbahaslah dengan hati nurani. Bukan kepura- puraan. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 

Ingatlah, UMNO masih parti orang Melayu. Pertahankanlah apa yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Justeru, ahli dan pemimpin UMNO tidak boleh bersikap apologetik. Berkompromi ada batasnya. Tolak ansur ada hadnya. 

Kalau dulu boleh diterima sebagai kontrak sosial, tidak ada sebab ia dikorbankan satu persatu. Ingat mengingati, tegur menegur adalah sebahagian daripada kebebasan bersuara. 

Jangan menang sorak kampung tergadai. Ketika itu tuntutan untuk kebebasan bersuara sudah terlambat dan sia-sia. 

sumber dari Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia

PARA PERWAKILAN UMNO JANGAN BERETORIK

Menjelang Perhimpunan Agung Umno 2011, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan para perwakilan agar bersikap professional semasa berbahas. 

Beliau mahu mereka berhujah dengan asas yang kukuh di sokong bukti serta data yang lengkap , beliau jugak turut menasihati perwakilan agar tidak sekadar retorik semata mata ketika berbahas. 

"kita kena sedar bahawa di luar sana bukan kita berbahas dua tiga ribu perwakilan setiap satu perkataan di dengar oleh jutaan rakyat di luar sana melayu dan bukan melayu, mereka bijak pandai dan mereka tahu , mereka bermaklumat dan mereka juga melalui proses yang sudah lama, jadi kita jangan perkecilkan minda mereka" katanya lagi 

Beliau juga berharap para perwakilan yang berbahas dapat menunjukan kelainan dan cara berfikir bagi menyakinkan rakyat kepada umno terutamanya orang melayu 

Beliau mengingatkan perhimpunan kali ini amatlah penting kerana ianya yang terakhir sebelum PRU13, jesteru itu jadi kan ini sebagai medan bagi sayap pemuda wanita dan puteri untuk memperkemaskan program serta jentera bagi memastikan sokongan terhadap umno. 

Maka semua para perwakilan lagi sekali di nasihatkan menggunakan peluang yang ada bagi mendengar amanat yang disampaikan pimpinan umno sekali gus menerapkan kebahagian dicawangan masing masing. ini kerana masa terlalu suntuk semua ahli perlu berkerja keras supaya kemenangan berpihak kepada umno dan barisan nasional pada pilharaya umum akan datang 

Sementara itu, pandangan veteran umno bekas adun telok ayer tawar kepada perwakilan UMNO yang akan bersidang minggu depan, mereka mengingatkan ahli ahli umno terutama golongan muda agar mendekati orang lama bagi mendapat tunjuk ajar sebagai panduan, Veteran umno juga boleh memainkan peranan menarik minat golong orang muda untuk bersama menyokong UMNO 

Umno disarankan agar pimpinan umno semua peringat turun ke padang berjumpa rakyat agar dapat menyelesaikan masalah yang di tanggung oleh rakyat, dengan input yang tepat usaha membantu masyarakat dapat dilaksanakan dengan berkesan ia sekaligus menolak tanggapan bahawa mereka dipinggirkan oleh arus pembangunan negara 

Rakyat di bawah yang ada masalah setempat perlu di dengar dan di selesaikan bagi menambah sokongan rakyat kepada umno

Friday, November 25, 2011

GELOMBANG BIRU DI KEDAH,

Sudah ada tanda-tanda "gelombang biru", mampu mengembalikan Kedah ke pangkuan Barisan Nasional selepas sepenggal di bawah pentadbiran PAS. 

Pengamatan itu dilakukan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hasil sokongan padu dan jitu rakyat negeri itu ketika lawatan kerja seharinya ke bumi jelapang padi itu. 

Apa yang lebih penting kata beliau, momentum itu perlu dikekalkan dengan memikul tanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat yang gagal ditangani kerajaan negeri PAS. 

Tan Sri Muhyiddin berucap di Majlis Kenduri Rakyat di Dataran Serdang dihadiri lebih lima ribu penduduk sekitar. Beliau menyenaraikan semua inisiatif kerajaan pusat untuk menyelesaikan masalah asas rakyat dan juga mengurangkan bebanan orang awam. Selain pelbagai subsidi yang sudah lama dinikmati, rakyat juga kini menerima wang bantuan mengurangkan bebanan harian. Seperti RM100 kepada pelajar sekolah dan juga RM500 buat isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah yang akan diagihkan bermula tahun hadapan. 

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN / TIMBALAN PERDANA MENTERI Kita tak buat sewenang-wenang atau pun untuk politik. Kita serius mahu membantu rakyat. Saya dukacita apabila ke Kedah sebab PAS tak lakukan apa-apa seperti di Kelantan dah ada gelombang merah di Kedah buatlah gelombang biru yg penting rakyat harus sedar dah cukup satu penggal kepada PAS dan tebuskan kembalikan Kedah kepada kerajaan BN. 

Selain gagal membawa pembangunan dan kemajuan dalam tempoh empat tahun lalu, kerajaan PAS, katanya, juga gagal menunaikan janji pilihan raya kepada pengundi di negeri itu. Justeru, beliau menggesa rakyat Kedah membuat percaturan bijak, memilih BN agar negeri terbabit tidak ketinggalan dalam arus pembangunan. Pada majlis ini, beliau turut mengumumkan peruntukkan RM5 juta membina masjid di kawasan berkenaan. 

Thursday, November 24, 2011

PAS TIDAK MEMBELA ORANG MELAYU DI PULAU PINANG


klik sini untuk berita penuh
ketua pemuda UMNO pulau pinang mengulas tentang isu yang di keluarkan oleh ILHAM CENTRE

antara yang menarik perhatian ialah PAS tidak menjuarai kepentingan ISLAM dan tidak memberi apa apa kesan kepada pengundi melayu pulau pinang.

pas adalah "BONEKA" dap,

kehadiran pas dilihat tidak membela orang melayu islam. tokoh dan kepimpinan pas tidak dikenali oleh rakyat pulau pinang.

Wednesday, November 23, 2011

PENYOKONG PAS MEMANG BAHLOL..MEMANG PANAS SEHHH!!!!

cerita cerita yang pernah kita dengar 20 tahun yang lalu ialah, orang pas sanggup bercerai berai dengan isterinya kalu memangkah BN adalah perkara biasa,

percaya atau tidak..amalan bodoh ini masih berlaku, ada isteri isteri penyokong pas tidak boleh keluar undi bila ada pilihanraya, ada kawan yang tak pernah mengundi walaupun namanya telah menjadi pengundi yang sah bercerita sendiri dengan arab,

katanya lagi, dia memang nak pangkah BN dan suaminya tahu dia akan pangkah BN, apabila pilihanraya si isteri nak keluar pergi undi, suaminya dah pesan, sumpah junjung al quran yang dia akan pangkah pas, kalu tak boleh buat jangan keluar mengundi langsung..

Inikah ajaran songsang yang dipelopori ulama-ulama PAS yang ditanam dalam benak sanubari ahli mereka yang bermati -matian mempertahankan PAS .PAS sebenarnya bukan Islam dan Islam bukannya milik PAS .Mana dalil dan nas yang kata boleh menceraikan isteri sebab pangkah UMNO ???
penyokong pas cuba mengaitkan cerita nabi nabi Allah, ini lah taktik2 bodoh orang pas yang nak menghalalkan cara mereka.

apa kejadahnya cerita orang pas ini dengan Nabi Nuh, cuba bezakan antara cerita Nabi NUH dengan politik pas, Nabi Nuh tinggal anak bini kerana keluarga Nabi menolak Islam,  puak puak pas nie pulak meninggalkan anak isteri kerana keluarga mereka tak undi pas, ini lah yang di katakan bodoh bahlol tahap gaban, 





BN PILIHAN ORANG MUDA




Saya minta semua rakan terutama anak-anak muda tonton video ini, yang menghimpunkan lebih 3,000 orang muda pada 20 November, Semangat berkobar untuk berjuang! Bersatu kita bersatu, dengan setia berganding bahu. Jiwa teguh berpadu, kita rumpun Melayu... Hidup UMNO!

Tuesday, November 22, 2011

UMNO DAH LAMA BERTAHAN, SEKARANG MASA UNTUK MENYERANG

Sejak pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008, pelbagai isu negatif timbul yang dibangkitkan oleh pembangkang terhadap Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN). 

Isu-isu yang dibangkitkan itu bukan sahaja membabitkan negeri yang pernah ditadbir BN seperti Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor malah turut menyentuh isu peribadi yang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Terbaru, kerajaan juga diserang dalam isu Pusat Fidlot Nasional (NFC)daripada segi pengurusannya dan perbelanjaannya oleh pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun tuduhan itu sudah dijawab dengan terperinci oleh pengerusi eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. 

Melihat rancaknya serangan media pembangkang terhadap kerajaan pimpinan BN, ramai tertanya-tanya sampai bilakah Umno dan BN hanya mahu bertahan dan tidak menyerang balas? Serangan pembangkang banyak ketikanya tidak berdasarkan fakta, jauh sekali untuk menyemaknya dengan pihak yang dituduh. 

Bahkan tidak kurang yang sengaja diada-adakan, seolah-olah kerana mereka menyokong pembangkang, mereka berhak menyerang sehingga ke tahap memfitnah. Banyak juga yang bertanya, salahkah jika BN turut menyerang tetapi dengan berdasarkan fakta yang jelas, supaya pembangkang kenal langit tinggi rendah. 

Pepatah ada menyatakan bahawa pertahanan yang paling baik ialah dengan menyerang, dan strategi ini banyak digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk sukan. Ini sepatutnya dijadikan sebagai satu kaedah menghadapi peperangan terbuka daripada sudut politik, bukan sahaja di media cetak dan elektronik malah di media baru seperti portal berita, laman sosial seperti Facebook dan Twitter. 

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, yang julung kali diadakan Ahad lepas, berkata Umno perlu menyerang dan jangan menjadi pasif. "Sekiranya tak berani menyerang pembangkang, 'by default' (kegagalan ini menyebabkan) kita akan kalah dan jangan ambil mudah media sosial berkenaan. 

Ini tanggungjawab saudara untuk melawan dan membetulkan kepalsuan ini," katanya. Isyarat yang diberikan Perdana Menteri ini jika diamati, bukan hanya ditujukan kepada pengamal media baru dan media sosial, bahkan juga kepada semua anggota Umno bagi menentukan hala tuju parti untuk menang pada pilihan raya umum akan datang, terutamanya di negeri-negeri yang kini dikuasai pembangkang. 

Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang berkata amanat khas Presiden parti kepada sayap Pemuda dan Puteri Umno turut menyentuh mengenai strategi untuk menawan negeri-negeri di mana BN kalah, serta usaha mengekalkan kemenangan di negeri-negeri yang dimenangi pada pilihan raya umum lepas. 

Mengenai isu ini, Ketua Pembangkang Selangor Datuk Satim Diman berkata Umno dan BN negeri akan terus menyerang kerajaan negeri yang didakwa banyak melakukan pembohongan dan janji-janji pilihan raya yang tidak ditunaikan. 

Beliau berkata serangan terhadap kerajaan parti pakatan di Selangor bukan sekadar retorik politik semata-mata tetapi berlandaskan isu-isu yang disusun satu persatu. "Kita tak akan berhenti. Kita akui memang banyak lagi isu akan kita bangkitkan. 

Selagi belum pilihan raya selagi itulah kita akan terus menyerang," katanya. Satim berkata pengamal media yang ada termasuk media sosial baru juga perlu berperanan menyiarkan apa yang benar dan memaparkan satu per satu kelemahan pihak-pihak yang menyerang Umno dan BN. 

Katanya Umno dan BN yang kini mempunyai banyak anggota dan penyokong di kalangan muda mahir dalam pelbagai selok belok IT termasuk media sosial dan media baru, serta mampu berhujah dengan berdasarkan fakta seharusnya dapat menguasai senjata baru ini untuk menewaskan lawan. 

Kini, satu aspek menarik yang ingin dilihat ialah sama ada Umno selepas perhimpunan agung pada 29 November hingga 3 Disember ini mahu terus dilihat hanya mampu bertahan atau melangkah berani menyahut seruan Najib dengan menyerang balas dan mendedahkan sudut pandangan rakyat kepada kebenaran. 

Kesepaduan pendapat dan pendirian Umno serta semua anggota BN dalam hal ini akan memberikan taring baru kepada harimau bernama BN yang sedang tidur, atau sedar daripada lena yang panjang sehingga lalat dan langau pembangkang sesuka hati menghurung kepala! - BERNAMA

Monday, November 21, 2011

TAHNIAH DR NOVANDRI....!!!!

tahniah kepada Dr Novandri Hassan Basri kerana dipilih untuk membaca resolusi Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia dan menyampaikannya sendiri kepada PM Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC kelmarin . 

RESOLUSI KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA 2011

BAHAWASANYA kami peserta Konvensyen Media Sosial 1Malaysia,

 1. Mengakui bahawa Gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan pelan transformasi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri merupakan satu langkah berwawasan bertujuan untuk membawa kemajuan dan kesejahteraan sosial, ekonomi dan politik di dalam negara
 2. Menginsafi akan peri pentingnya bagi kerajaan, para pemimpin dan penggiat media sosial untuk mempunyai hala tuju dan pelan komunikasi yang terancang agar usaha menyebarkan maklumat dan memperjelaskan isu dapat dibuat secara lebih berkesan
 3. Menyedari bahawa terdapat pihak tertentu yang sanggup menggunakan pelbagai cara yang tidak beretika serta menyebar kepalsuan semata-mata untuk memberi imej yang negatif terhadap pemimpin dan usaha murni kerajaan
 4. Mengiktiraf akan kepentingan media sosial yang menjadi saluran informasi dan komunikasi pilihan generasi muda hari ini serta keperluan untuk memanfaatkan sepenuhnya media sosial ini sebagai saluran utama bagi mendekati golongan muda dan menyampaikan maklumat kepada mereka Maka dengan ini, Konvensyen Media Sosial 1Malaysia mengambil ketetapan untuk:

  • Pertama, menggesa agar hala tuju dan pelan komunikasi yang tersusun dirangka serta dikoordinasikan dengan baik supaya maklumat dan isu dapat dijelaskan dengan lebih berkesan 
  • Kedua, mencadangkan agar sebuah bank informasi dibangunkan bagi memudahkan penggiat media sosial untuk membuat rujukan dan berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas seterusnya membolehkan ia disebarkan kepada masyarakat pelbagai peringkat dan lapisan demi mempertahankan kebenaran 
  • Ketiga, menubuhkan satu sekretariat bagi menguruskan bank informasi ini secara efisien dan efektif. 
  • Keempat, menyarankan agar penglibatan golongan muda melalui pelbagai platform dalam program transformasi Kerajaan dipertingkatkan bagi memberikan mereka gambaran yang jelas mengenai komitmen kerajaan terhadap rakyat, seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjelaskan transformasi yang sedang dilaksanakan ini di media sosial 
  • Kelima, menyatakan komitmen untuk mengadakan siri jelajah Media Sosial 1Malaysia ke seluruh Negara sebagai satu lagi langkah bagi mendekati penggiat media sosial dari setiap lapisan. 
  • Keenam, mendesak agar pemimpin-pemimpin Barisan Nasional segera meningkatkan penglibatan di media sosial, memanfaatkan sepenuhnya media ini untuk merasai denyut nadi rakyat serta memenangi hati mereka dan secara pro aktif menyebarkan maklumat, memperjelas isu dan mempertahankan dasar-dasar kerajaan. 
  • Ketujuh, menyarankan agar Perdana Menteri menjadikan penglibatan aktif dalam media sosial sebagai salah satu kriteria untuk seseorang dinamakan sebagai calon dalam pilihanraya. 
  • Kelapan, berikrar akan bersatu hati dan bersungguh-sungguh membantu kerajaan menyebarkan maklumat, memperjelas isu, menegak kebenaran dan menangkis kepalsuan 
  • Kesembilan menyeru agar semua penggiat media sosial memberi sepenuh tumpuan kepada agenda bersama dan mengetepikan segala perbezaan serta perbalahan peribadi dan kumpulan. 
  • Kesepuluh, berjanji untuk menggunakan media sosial secara bertanggungjawab demi memastikan hasrat Gagasan 1Malaysia dan pelan transformasi terlaksana dengan jayanya
arab juga mengucapkan tahniah kepada Tun Faisal pengerusi UMB. 

terima kasih yang tak terhingga kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib kerana mengangkat sukarelawan sosial media 1Malaysia sebagai pengamal-pengamal media sosial sebagai tentera-tentera BN yang mempunyai peranan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan lebih tepat.

SUKA HATI MAK ENCIK LA !!!!

Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah tampak bersahaja saat diajukan isu gambar seksi di majalah FHM Indonesia edisi Oktober lalu, mengakui ia dilakukan atas pilihannya sendiri walaupun sedar akan mengundang kebencian daripada orang ramai. 

Ditemui ketika majlis pelancaran filem terbarunya, "Khon Malay", Zarina memberitahu dia menjalani penggambaran fotografi dua bulan lalu di Singapura selepas pihak FHM Indonesia memberi tawaran sebanyak dua kali. 

"Mereka pernah menawarkan saya untuk melakukan penggambaran fotografi ini sebanyak dua kali tetapi saya menolaknya sebelum ini kerana pakaian yang diberikan terlalu seksi seperti berbikini. 

"Kali ini saya menerima tawaran mereka kerana pakaian yang diberikan lebih tertutup walaupun menyedari kutukan dan cacian yang bakal diterima," jelas Zarina yang pernah terlibat dengan gambar-gambar seksinya yang tersebar luas di internet sekitar tahun 2008. 

"Terus-terang saya tidak peduli apa yang orang ingin katakan tentang diri saya. Jadi diri sendiri adalah pegangan hidup saya. Oleh itu kepada sesiapa yang ingin mengutuk atau membenci, saya tidak boleh berbuat apa-apa. 

"Jika masyarakat ingin bercakap buruk tentang diri saya, ia terpulang kepada mereka kerana saya yang menanggung dosa," luah Zarina. 

Nama aktres yang menempa populariti menerusi drama bersiri "Anak Pontianak" ini tidak pernah sunyi daripada terpalit sebarang kontroversi berbanding dengan kariernya. 

Terbaru Zarina bakal membintangi filem aksi "Khon Malay" di samping pelakon utama, Faizal Hussein yang akan memulakan penggambaran penghujung November lalu. Filem terbitan Northstar Acres Sdn. Bhd. ini mengisahkan kesungguhan seorang wanita yang ingin menjadi ahli sukan tinju yang berjaya.

SUMBER DARI : NADIA NAJIB

ARAB NAK KOMEN: suka hati mak encik la,,,

Saturday, November 19, 2011

LIVE Majlis Taklimat Bajet 2012

Badan perhubungan UMNO negeri pulau pinang mengadakan siri taklimat kepada umno bahagian seluruh pulau pinang,

program berlansung sekarang di sunway carnival convention centre seberang jaya,

majlis telah dirasmikan sebentar tadi oleh pengerusi badan perhubungan umno pulau pinang dato zainol abidin,

Friday, November 18, 2011

kenapa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ?????

isu NFC ini nampaknya begitu hangat di perkatakan, PKR hanya tahu membuat fitnah dan terus menuduh kerajaan di bawah pimpinan Najib begitu bodoh memberi pinjaman wang berjuta juta ringgit kepada Ketua Wanita UMNO pusat,

sekarang adalah masanya untuk NFC mengambil tindakan saman, kerana rakyat sudah terkeliru dengan isu ini, rakyat telah di omongkan dengan berita palsu, apa saja penjelasan nya sekarang ini rakyat sudah tidak mahu ambil peduli, atas nama kononnya kerajaan telah menyeleweng duit rakyat,

di mana mana saja aku pergi, isu NFC ini rakyat bercakap, Persoalan utama ialah kenapa Datuk Sharizat dan keluarga yang terlibat, ada suara suara sumbang kata, ketua wanita tu tahu ke macamana nak bela lembu, beli condo nak buat kandang lembu,

fakta fakta jahat itu datang dari pembuat fitnah seperti PKR, arab sendiri lihat bagaimana rakyat berhujah, ada yang sampai tepuk meja mengutuk "penyeleweng" ini,

kepada pembaca2 blog dan rakyat marhein semua, anda harus baca segala jawapan2 dan pembongkaran sebenarnya,

  1. 9 jawapan NFC Kepada Perkakas Anwar ~ Sungai Rapat Online
  2. Penjelasan Lengkap NFC- menjawab dakwaan lembu PKR   ~ bro jinggo
jesteru itu pencacai lembu PKR akan berhadapan dengan tindakan saman, baru padan muka depa yang tidak tahu etika macamana nak bagi maklumat yang betul kepada rakyat, hanya pandai tahu lepas bom, kena atau tidak sasarannya, AKU PEDULI APA!!!!!, janji rakyat benci UMNO dan BN. 

Wednesday, November 16, 2011

Tuesday, November 15, 2011

ISTANA NEGARA DITUTUP SECARA RASMI

 Istana Negara yang menjadi mercu tanda Kuala Lumpur akan mula di tutup esok. 

Bangunan yang berdiri teguh selama 83 tahun serta menyimpan sejarah tersendiri secara rasmi di tutup penuh istiadat dengan menurun bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung.

 serentak itu istiadat menaikan bendera istana negara yang baru di jalan duta, jesteru itu menjadi istana rasmi Yang DiPertuan Agung seterusnya. 

Walaupun ada yang baru, bangunan di jalan istana akan terus di ingati sebagai sebuah tempat menyaksikan kelahiran tradisi diraja peranan pentingnya sejarah negara

BN MAMPU MERAMPAS KEMBALI PULAU PINANG

Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia  yang telah diadakan di Pulau Pinang  mengariskan beberapa program bakal dilaksanakan selama dua minggu sehingga Perhimpunan Agung UMNO akhir bulan ini,

Antara yang menarik perhatian ialah Pemuda UMNO akan berkerja kuat membantu Pemuda Pulau Pinang bagi merampas kembali beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)di piliharaya yang akan datang.

Setelah di beri  penerangan atau taklimat oleh ketua pemuda pulau pinang sdr ir Shaik Husin, YB ketua pemuda UMNO merumuskan BN boleh menang di beberapa kawasan yang di menangi kerajaan DAP pulau pinang dan beberapa kawasan dari wakil rakyat yang gagal berkhidmat untuk rakyat

“Kami yakin mampu mengekalkan 11 kawasan DUN sedia ada serta menambah bilangan kerusi untuk pilihan raya umum nanti, ia berdasarkan kepada gerak kerja di peringkat akar umbi,” katanya. 

Beliau juga berkata tumpuan dan fokus utama Pemuda UMNO juga diberikan kepada usaha untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi muda. “Untuk tujuan ini Pemuda telah mewujudkan pangkalan data dalam laman web Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB), ia mempunyai maklumat terperinci setiap peserta yang menghadiri program anjuran Pemuda UMNO, maklumat mereka ini akan digunakan untuk membantu persediaan pada pilihan raya umum akan datang,” katanya. 

Sementara itu, Pemuda UMNO akan mengadakan karnival kerjaya Pemuda BN pada 18 Nov hingga 20 Nov ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur bertujuan membantu golongan muda mendapatkan pekerjaan. “Ini sekali lagi usaha kita untuk membantu menyelesaikan masalah golongan muda (dalam mencari kerja). Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan majlis penutup karnival itu,” katanya.

Monday, November 14, 2011

GAY AKAN DI HUKUM CARA SYARIAH ISLAM

Malaysia sedang mempertimbangkan lulus undang-undang yang boleh menghukum umat Islam gay dan penyokong hak-hak gay dengan hukuman penjara, 

"Homoseksual adalah bertentangan dengan Islam. Lelaki harus mencari wanita, bukannya lelaki. Itulah sebabnya kita tidak mahu mengikuti aktiviti yang digalakkan oleh negara-negara Barat," kata Mohamad Ali Rustam, ketua menteri Melaka

"Orang bercakap mengenai hak asasi manusia, tetapi ini tidak betul ... kita mesti hentikan semua tetapi kita tidak boleh mengambil tindakan kerana tiada undang-undang," kata Mohamad Ali Rustam.
Homoseksual masih satu subjek tabu dalam Islam majoriti Malaysia, di mana liwat boleh dihukum sehingga 20 tahun di dalam penjara, dan cadangan baru yang diilhamkan datang tidak lama selepas polis mengharamkan perayaan tahunan hak gay. 

Pihak yang berkenaan mengingati menggubal undang-undang baru yang boleh mendakwa di mahkamah syariah orang-orang yang terlibat dalam aktiviti homoseksual "dan" aktiviti-aktiviti seks bebas ", 

menteri itu berkata, tanpa menerangkan lebih lanjut. Hukuman itu boleh julat dari kaunseling, denda atau penjara Mana undang-undang akan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi menteri berkata ini boleh berlaku dalam beberapa bulan. 

Pahang juga telah dilaporkan mencadangkan satu undang-undang yang sama, undang-undang sedemikian perlu untuk menghentikan "orientasi seksual yang menyimpang." 

Umat ​​Islam, yang membentuk 60 peratus daripada 28 juta rakyat Malaysia, tertakluk kepada kedua-dua undang-undang jenayah dan undang-undang islam bagi perkara-perkara sivil. 

Malaysia telah menjadi berita utama awal bulan ini apabila polis berkata, mereka akan menghalang perayaan tahunan hak gay. Pihak penganjur mengambil keputusan untuk menamatkan acara untuk keselamatan peserta mereka. 

Human Rights Watch yang berpangkalan di New York-telah menyarankan Malaysia dalam surat kepada Perdana Menteri - yang dijangka untuk memanggil pemilihan baru dalam beberapa bulan - untuk membatalkan larangan itu dan melindungi semua rakyat Malaysia dari diskriminasi.

AirAsia Fernandes untuk memulakan syarikat penerbangan baru

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tony Fernandes merancang untuk memulakan syarikat penerbangan serantau yang baru untuk bersaing dengan syarikat penerbangan Australia, Qantas.

the sun daily, memetik sumber penerbangan yang tidak dinamakan, syarikat penerbangan itu akan menjadi super-pengangkut perkhidmatan penuh premium untuk menyaingi RedQ pengangkut akan datang Qantas.

Rancangan untuk syarikat penerbangan itu, mungkin dipanggil Caterham Jet, beroperasi dari lapangan terbang berhampiran modal Malaysia Kuala Lumpur Mei tahun depan, kata laporan itu. Laluan yang dicadangkan termasuk Bangkok, Jakarta dan Singapura, katanya.

Syarikat penerbangan masih belum mendapatkan lesen operasi daripada kerajaan walaupun beberapa Bombardier CRJ telah dicagarkan, kata laporan itu.

Fernandes, yang juga Formula Satu Pasukan Lotus prinsipal, membeli kereta sukan British syarikat Kereta Caterham awal tahun ini. 

AirAsia berpangkalan di Malaysia telah menjadi salah satu daripada kisah-kisah kejayaan terbesar industri penerbangan selepas Fernandes mengambil alih syarikat itu satu dekad yang lalu. 2010 tahun penuh keuntungan bersih hampir dua kali ganda kepada 1,07 bilion ringgit ($ 340 juta) berbanding 2009. Embattled Australia syarikat penerbangan Qantas baru-baru ini berasaskan armada global selama dua hari untuk memaksa akhir bulan tindakan mogok oleh para juruterbang, jurutera dan kakitangan alasan, meninggalkan sekitar 70,000 pelancong yang terkandas.

Sunday, November 13, 2011

BUKU 50 DALIL MUNCUL KEMBALI..

terima kasih kepada blog MULUT MELAYU KLIK SINI kerana posting buku 50 DALIL semula di dalam blognya, rakyat dan pengundi mesti baca

arab cadangkan agar buku itu harus di terbitkan dan di beri kepada rakyat supaya rakyat dan pengundi dapat mengembalikan nostagia siapa ANWAR IBRAHIM sebenarnya. 

BN pilihan generasi muda

Slogan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya ‘Undilah BN” dilihat sudah tidak lagi relevan digunakan bagi mendapat sokongan pengundi terutamanya generasi muda dalam pilihan raya pada masa ini. 

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana slogan tersebut seolah mengarah pengundi memilih parti sedangkan mereka kini lebih bijak berfikir dan harus diberi kebebasan memilih parti mana patut disokong berdasarkan kuasa yang terletak sepenuhnya di tangan mereka. 

“Slogan ‘Undilah BN’ seolah kita mengarah golongan muda memilih parti kita. “ Sebagai contoh, untuk menarik golongan muda, slogan ‘BN pilihan generasi muda’ lebih sesuai kerana kita memberi pilihan untuk mereka menyertai parti ini dengan menggunakan kebijaksanaan mereka berfikir,” katanya dalam majlis perasmian Kejohanan Futsal Terbuka Selangor 2011 anjuran Gerakan Pemuda BN Petaling Jaya Selatan di Sport Planet Subang Grand. 

Beliau berkata, belia harus sedar BN sebagai satu parti akan sentiasa mendekati dan membantu mereka dalam pelbagai perkara. Sebagai contoh, menyediakan Skim Rumah Pertamaku dan program Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (Prima) serta baucer buku sebanyak RM200 bagi setiap penuntut universiti. 

“Fikirkanlah siapa lebih mendekati golongan ini dan siapa turun padang untuk mereka. Melalui pelaksanaan pelbagai program ini merupakan petanda bahawa kami memahami dan menjaga generasi muda dengan lebih baik,” katanya. 

Katanya, selain menggunakan pendekatan melalui penganjuran aktiviti dan promosi di televisyen, medium laman sosial seperti Twitter dan Facebook juga digunakan untuk menyampaikan mesej parti kepada generasi muda. 

Menurut Khairy, selain kejohanan futsal ini, BN akan melakukan pelbagai lagi program bagi menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti itu. 

“Futsal merupakan satu permainan yang diminati golongan muda kini. Kami akan berusaha membina satu gelanggang untuk satu mukim bagi mendekati golongan muda. Setakat ini di kawasan saya iaitu Rembau telah dibina satu gelanggang futsal dan kini digunakan sepanjang masa oleh belia di sana. “Selain gelanggang futsal, kami juga akan melakukan pelbagai lagi aktiviti relavan untuk orang muda. Salah satunya ialah melakukan karnival kerjaya bagi membantu golongan muda mendapatkan pekerjaan,” katanya.

sumber: SINAR HARIAN

ARAB KOMEN: sememang nya UMNO dan BN harus mencari kaedah terbaru bagaimana nak menarik rakyat supaya mengundi BN, tagline UNDILAH BN sudah terlalu lama, juga jangan lupa segala bentuk poster  harus di ubah agar dapat satu tarikan kepada pengundi pengundi pada PRU13.

arab percaya ini adalah satu bentuk pengiklanan yang terbaik,

Friday, November 11, 2011

KHAIRY JAMALUDDIN: ISU NPC DAN APARTMENT

PKR sekali lagi telah membuat tuduhan tidak berasas untuk memesong rakyat berhubung isu National Feedlot Corporation (NFC). Semalam mereka cuba memesongkan rakyat dengan tuduhan penyelewangan dana bagi membeli apartment One Menerung, Bangsar yang dikatakan hak milik keluarga Menteri Keluarga, Wanita dan Masyarakat. 

Perkara ini mudah disensasikan kerana jika dilihat sepintas lalu pasti ramai akan tanya apa kaitan projek NFC dengan pelaburan hartanah? PKR mungkin rasa teruja dengan hujah mereka tapi saya ingin tegaskan bahawa tuduhan tersebut jauh terpesong, bak jauh panggang dari api. 

Mengikut kajian saya, memang benar National Livestock & Meat Corporation (NLMC) telah membeli apartment One Menerung di Bangsar. Pelaburan ini dibuat dengan dana yang telah disalurkan kepada NFC dari akaun pinjaman khas (SLA) yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Daripada sumber ini, 

NFC telah memindah sebanyak RM81.2 juta kepada NLMC. Antara tugas dan skop kerja NLMC ialah proses operasi penyembelihan, boning atau proses pengasingan daging dan tulang, pembungkusan serta penghantaran disamping berperanan membeli hasil daripada ladang-ladang satelit apabila ladang-ladang ini beroperasi. 

Dalam tuduhan asal, PKR sebut NLMC ini cuma membuat kerja pemasaran bagi NFC. Jelas disini tuduhan itu tidak berasas memandangkan skop menyeluruh yang diberi kepada NLMC yang memerlukan perbelanjaan operasi yang besar. 

Sebab itu, NLMC diperuntukkan RM81.2 juta untuk menampung kos operasi. Malangnya, projek NFC telah mengalami kelewatan operasi. Kelewatan operasi ini tidak disebabkan oleh pengurusan NFC. Antara sebab kelewatan ini sepertimana dijelaskan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Parlimen pada 8 November ialah Kerajaan tidak ada peruntukan yang mencukupi untuk membangunkan ladang-ladang satelit. 

Apabila ladang-ladang ini tidak dibangunkan sebahagian dari duit yang ada pada NLMC tidak dibelanjakan. Kerajaan juga masih tidak dapat membina pusat penyembelihan yang menepati piawai antarabangsa atau Export Quality Abattoir (EQA) sepertimana perjanjiannya dengan NFC. Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. 

Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan EQA dibangunkan atau mereka melabur duit itu dan mendapat pulangan sambil menunggu masalah kelewatan operasi tersebut diatasi? 

Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikkan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis. Sebagai contoh mudah, kalau NLMC membeli lembu dari ladang-ladang satelit hari ini, kosnya mungkin lebih murah dari pembelian yang dibuat tahun depan disebabkan kenaikkan harga barang dan komoditi. Jadi apabila semua ini tidak dapat dibeli dan ditangguhkan, sudah menjadi tugas pengurusan untuk memikirkan apa mereka nak buat dengan duit tunai yang ada dalam akaun semasa itu. 

Pihak pengurusan telah membuat keputusan bahawa pelaburan yang paling selamat, yang memberi pulangan yang besar, yang boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi adalah aset hartanah. Sudah pasti mereka telah mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikkan harga apartment itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap. 

Difahamkan, apartmen berkenaan telahpun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC. Mungkin ada yang bertanya, kenapa duit dari SLA yang dikawal selia oleh kerajaan disalurkan kepada NFC sekiranya ada kelewatan operasi? Harus diingat, projek ini dimulakan dalam iklim ekonomi dunia yang tidak menentu. Krisis kewangan dunia telah memberi kesan kepada perbelajaan kerajaan yang disusun semula mengikut keutamaan rakyat. 

Saya yakin kerajaan telah meluluskan pengunaan pinjaman dari SLA kepada NFC mengikut perancangan awal tanpa apa-apa kelewatan kepada operasi NFC. Tetapi apabila keadaan ekonomi dunia dan negara menjadi lebih mencabar, adalah menjadi wajar untuk kerajaan menyusun semula keutamaan perbelanjaannya dan inilah yang menyebabkan kelewatan operasi NFC seperti dijelaskan di atas. 

Saya rasa walaupun penjelasan diatas amat logik dan munasabah khususnya dari sudut perniagaan di mana pelaburan dibuat sambil menunggu kelewatan projek yang disebabkan faktor di luar kawalan NFC dan NLMC, PKR akan tetap mempolitikkan isu ini dan tidak akan menerima penerangan yang diberi. Tetapi walau apa pun tohmahan palsu yang diberi oleh PKR, kebenaran alam kes ini sudah terang lagi bersuluh bagi mereka yang tidak prejudis. 

Dalam kes apartmen One Menerung, pengurusan NFC dan NLMC telah membuat keputusan untuk melabur duit yang masih tidak dapat diguna disebabkan kelewatan operasi supaya mendapat pulangan. Hujahnya mudah dan jelas. 

KENYATAAN BALAS TUDUHAN PKR ISU NFC DARI YB AHLI PARLIMEN REMBAU, 

Thursday, November 10, 2011

TUN M: Rakyat Malaysia Harus Berasa Malu

Katanya, adanya sifat itu telah membentuk orang Jepun mengadaptasi budaya kerja yang tinggi di mana kegagalan langsung tidak boleh diterima hingga membuatkan mereka berasa malu.

"Perasaan malu ini cukup kuat sehinggakan dia sanggup bunuh diri selepas kalah perang di mana ratusan ribu tenteranya bunuh diri kerana gagal mempertahankan empayar mereka (semasa perang dunia kedua)," katanya ketika menjawab soalan editor Bernama, Mahrus Ibrahim yang bertanya tentang tamadun dunia moden yang berjaya semasa sesi soal jawab selepas menyampaikan Syarahan Perdana Budaya di sini, Khamis.

Syarahan itu diadakan sempena dengan pelancaran buku bergambar, "Che Det" yang mengandungi lebih 470 keping gambar hasil usaha Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

"Orang Jepun apabila diberi tugas akan cuba buat sebaik mungkin kerana kalau buruk, mereka akan berasa malu.

"Perasaan malu perlu ada dalam masyarakat kita juga, kalau kita tidak capai kejayaan 100 peratus, kita sepatutnya berasa malu," katanya.

Beliau berkata, pada hari ini pertembungan tamadun antara Barat dan Timur sedang berlaku dan Malaysia sedang membentuk tamadunnya sendiri tetapi dengan tidak meninggalkan nilai-nilai mulia dalam diri seseorang individu serta masyarakat.

Dr Mahathir berkata masyarakat Barat mungkin melihat masyarakat Timur sebagai kurang bertamadun seperti di Malaysia contohnya masih mengenakan hukuman gantung sampai mati ke atas pembunuh dan pengedar dadah.

Sebaliknya, kata beliau, bangsa yang menganggap diri mereka bertamadun juga melakukan pembunuhan beramai-ramai iaitu dengan melancarkan perang.

"Walaupun tamadun mereka tinggi tetapi mereka tidak segan-segan melancarkan peperangan, bagi mereka dalam peperangan kita boleh bunuh kerana ia tidak menjadi jenayah. Bagi kita pula, membunuh seorang pembunuh adalah satu cara untuk mencegah supaya pembunuhan tidak meluas dalam masyarakat kita," katanya.

Dr Mahathir juga berkata, Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk maju kerana keunikan budayanya.

Katanya, bangsa bertamadun ialah bangsa yang mampu mengawal diri daripada nafsu untuk melakukan sesuatu yang salah seperti menolak rasuah.

"Jika masyarakat mula menganggap rasuah sebagai perkara biasa, percayalah kita (Malaysia) tidak akan maju," katanya.

Dr Mahathir berkata rasuah besar padahnya hingga menyebabkan kos meningkat dan boleh membawa bencana misalnya bangunan yang dibina boleh runtuh kerana menggunakan bahan mutu rendah kerana perbuatan rasuah.

Jika amalan rasuah menjadi budaya di kalangan kakitangan kerajaan dan kemudian menular di kalangan orang politik, negara ini akan musnah jika pemimpin dipilih melalui amalan rasuah.

"Kerajaan yang mengamalkan rasuah tidak mungkin dapat memajukan negara ini," katanya.

Beliau juga memberitahu, asas kepada demokrasi ialah memberi peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan tetapi Barat telah menokok tambah perkara ini dengan mewujudkan kebebasan bersuara.

Malaysia tidak mampu mengikut acuan kebebasan bersuara ala Barat kerana wujudnya kepelbagaian kaum di negara ini dan tidak mustahil kebebasan bersuara ini akan disalah guna sehingga menimbulkan kekacauan.

"Alasan kebebasan bersuara, satu hari kalau tidak dibendung, kita akan hidup dalam negara yang tegang suasana politiknya," kata Dr Mahathir.

"Umpamanya demonstrasi, ini kononnya adalah hak kebebasan bersuara, memang ada hak untuk demonstrasi tetapi kalau sudah dibuat besar-besaran, ini akan mengganggu pihak lain umpamanya peniaga," katanya.

Katanya, adakah kerajaan akan menjadi lebih adil apabila memberi kebebasan kepada orang yang mahu membangkitkan kebencian atau pun kebebasan kepada peniaga yang mahu mencari makan. - BERNAMA


Sent from my iPhone

Wednesday, November 9, 2011

RM120j untuk pembangunan bumiputera Pulau Pinang

Program pembangunan bumiputera Pulau Pinang akan diteruskan tahun depan dengan peruntukan sebanyak RM120 juta daripada kerajaan Persekutuan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, peruntukan itu bagi pelaksanaan projek perumahan, program keusahawanan dan pembangunan modal insan. 

"Bagi tahun 2011 dan 2012, kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM165 juta untuk pembangunan bumiputera. “Sebanyak RM45 juta telah digunakan untuk tahun ini dan selebihnya adalah untuk tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini, 

hari ini. Beliau berkata, daripada peruntukan itu, sebanyak lebih RM100 juta akan digunakan untuk projek perumahan mampu milik, manakala selebihnya untuk melaksanakan pelbagai program lain melibatkan keusahawanan dan pembangunan modal insan. 

"Kita akan beri tumpuan kepada pembinaan rumah yang berharga antara RM70,000 hingga RM150,000 bagi membantu golongan bumiputera memiliki rumah,”

SPERMA MEMBUATKAN WANITA BAHAGIA

Tekanan adalah keadaan mental yang boleh mengganggu dan menurunkan kualiti hidup. Berbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi tekanan. Sebuah kajian mendapat air mani lelaki juga boleh dijadikan ubat anti tekanan.

‘Air mani membuatkan wanita bahagia’. Itulah kesimpulan yang luar biasa dari sebuah penelitian yang membandingkan perasaan wanita yang menggunakan kondom saat berhubungan seks dengan yang tidak menggunakan.

“Saya ingin menjelaskan bahawa kami tidak menyarankan anda menjauhkan diri dari penggunaan kondom,” ujar Gordon Gallup, psikologist di University of New York, yang mengetuai kajian seperti diberitakan dari Newscientist.

Menurutnya, ternyata kehamilan yang tidak diingini atau penyakit seksual yang menular akan lebih besar kesannyanya daripada mengimbangi kesan psikologi yang menguntungkan dari air mani. Dalam penelitian ini, pasukannya membahagi 293 wanita dalam beberapa kategori.

Kajian menjurus kepada berapa kerap pasangan mereka memakai kondom dan tahap kebahagiaan dinilai dengan menggunakan alat Beck Depression Inventory. Peserta dengan skor rendah adalah yang paling bahagia dan skor lebih dari 17 dianggap cukup tertekan.

Hasilnya, wanita dengan pasangan yang tidak pernah menggunakan kondom mendapat keputusan rata-rata 8, wanita dengan pasangan yang kadang-kadang menggunakan kondom mendapat keputusan 10.5, yang selalu menggunakan kondom 11.5 dan wanita yang tidak pernah membuat perhubungan seks mendapat keputusan 13.5. Dan menurut hasil penelitian yang telah diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior ini, gejala kemurungan dan usaha bunuh diri sering terjadi pada wanita yang menggunakan kondom secara teratur dibandingkan dengan yang tidak. 

Hasil penelitian yang akan menimbulkan kontroversi ini menunjukkan bahawa wanita yang secara langsung terkena air mani akan lebih jarang merasa tertekan atau kemurungan. Pengkaji merasakan hal ini kerana adanya perubahan perasaan wanita akibat hormon dalam air mani yang diserap melalui vagina. Hal ini tidak terlalu mengejutkan, kerana air mani mengandungi beberapa hormon yang mengubah perasaan seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berbeza.

Tuesday, November 8, 2011

WANITA YANG BERLAGAK HEBAT,,,,

Sifat tamak dan buta cinta menjadi antara faktor utama wanita Malaysia khususnya mudah diperbodohkan oleh sindiket warga Afrika yang menjalankan kegiatan penipuan kiriman bungkusan. 

Pensyarah Kriminologi Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. P. Sundramoorthy percaya Malaysia adalah antara negara tertinggi terlibat dalam penipuan seumpama itu berdasarkan bilangan pengguna Internet yang banyak berbanding negara-negara lain. 

"Jika dibandingkan dengan negara-negara Eropah sekalipun, negara kita masih berada di tahap atas. Ia belum lagi diambil kira dengan kes-kes yang tidak dilaporkan kepada polis," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. 

Beliau mengulas Laporan Khas Utusan Malaysia hari ini yang melaporkan semakin ramai pengguna Internet yang mudah 'diperbodohkan' oleh sindiket warga Afrika yang menjalankan kegiatan penipuan kiriman bungkusan dengan menjerat mangsa melalui cinta siber. 

Statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan terdapat kira-kira 86 kes dilaporkan sebulan atau tiga kes setiap hari. 

Sundramoorthy memberitahu, sifat semula jadi rakyat kita yang terlalu mudah mempercayai seseorang tanpa perasaan mencurigai memudahkan lagi pergerakan sindiket itu. 

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terpedaya hanya sedar diri mereka tertipu setelah membuat beberapa bayaran sebagaimana yang diminta oleh sindiket tanpa mendapatkan bungkusan tersebut. "Kita kena sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan kenalan melalui Internet. "Sekiranya penipuan berlaku, peluang untuk mendapatkan wang yang ditipu adalah tipis dan mengesan penjenayah yang terlibat di alam siber adalah amat mencabar lebih-lebih melibatkan warga asing yang tidak menetap di dalam negara ini," katanya. 

Sundramoorthy berkata, penipuan itu kebanyakannya melibatkan wanita berkerjaya, berpelajaran tinggi serta menguasai bahasa Inggeris yang baik. Tidak kurang juga katanya, golongan lelaki turut menjadi mangsa penipuan tetapi jumlah mereka agak sedikit berbanding wanita. 

Beliau menambah, trend penipuan itu semakin membimbangkan kerana bilangan mereka yang menjadi mangsa meningkat dari hari ke hari. Katanya, dalam era langit terbuka adalah sukar untuk menyekat sebarang penipuan selagi mangsa itu sendiri tidak tersedar. "Melalui pemantauan, sindiket tersebut biasanya akan berkenalan dengan mangsa melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan e-mel. 

Sekali mangsa memberi respons kepada suspek, ia seolah-olah menggambarkan mangsa bersedia untuk berkomunikasi dengan sindiket terbabit. "Pada tahap itu, sindiket tersebut hanya perlu mengambil sedikit masa untuk memujuk serta menyakinkan mangsa," jelasnya.

sumber: utusan online. 

Sunday, November 6, 2011

TUGAS RAHSIA: KITA MESTI BUAT FITNAH LAGI

BUKAN sahaja menafikan anak beliau ikut ke Australia baru-baru ini, bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan isterinya tidak membeli apa-apa barang kemas ketika beliau menghadiri mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini. 

Beliau berkata orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan. "Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitter terbarunya. 

Ulasan beliau adalah berikutan penerbitan satu artikel dalam sebuah akhbar Australia yang mendakwa anak perempuannya membelanjakan $60,000 di sebuah pusat beli belah di Perth, venue perhimpunan CHOGM. 

Laporan itu juga menyebut mengenai "seorang wanita pertama diketahui telah membeli mutiara bernilai $150,000 WA (Barat Australia)". Bagaimanapun, ia tidak menamakan individu yang menjadi tanda tanya. Najib dan Rosmah kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci Mekah. 

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan fitnah itu sengaja direka oleh pihak tertentu untuk mencemarkan reputasi kepimpinan cemerlang Najib. “Niat mereka juga untuk mencemarkan imej Perdana Menteri Malaysia di mata dunia,” tegasnya. 

Lagipun kata beliau, laporan akhbar itu amat mengelirukan kerana tidak disebut siapakah yang dimaksudkan dengan wanita pertama (first lady). Beberapa portal berita pro-pembangkang memetik sumber daripada berita yang disiarkan oleh akhbar The West Australian. (petikan keratan akhbar berkenaan sepertimana disiarkan oleh sebuah portal berita pro-pembangkang).
Menurut beliau, pihak pembangkang sengaja menyebarkan fitnah tersebut menerusi portal berita untuk memburukkan Rosmah. Beliau kesal isteri Perdana Menteri sering dijadikan mangsa serangan fitnah dalam usaha pembangkang menarik sokongan rakyat. 

“Mereka tidak ada isu lain untuk diketengahkan bagi kepentingan rakyat, oleh sebab itu mereka cipta pelbagai fitnah karut,” tegasnya. Dalam hubungan ini, Syed Ali menasihatkan blogger pro-pembangkang supaya lebih berhati-hati menyiarkan maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya. “Mereka mempunyai tanggungjawab memberikan maklumat positif untuk kepentingan rakyat dan negara, bukannya sengaja menabur fitnah dan cerita rekaan,” jelasnya.

dari blog: UMNO CHERAS

chegu bard henti kan lah sandiwara mu itu

lagi sekali isu yang menarik perhatian arab, kali ini mengenai chegu bard, siapa chegu bard ini dari spesis mana dia datang aku tak pasti.

apa yang pasti arab lihat makhluk ini selalu buat fitnah selepas itu laporan polis, buat fitnah, laporan polis, 

antara fitnah yang di dah lakukan ialah,
  1. melancarkan FITNAH YANG MAHA DASHYAT, dia dengan bangganya pergi ke kampung kampung mengedarkan sebuah buku NAJIB DAN ALTANTUYA. 
  2. membuat satu laporan polis bahawa SPRM patut siasat rosmah dengan cincin berjuta juta ringgit yang kononnya rosmah yang membelinya, maka dengan muka setebal tebal mencanang seantara dunia, rosmah berbelanja dan membazir duit rakyat
  3. terbaru, dia buat fitnah kononnya anak najib pergi ke australia berbelanja besar, berdasar satu berita post dari australia, 
cuba kita perhatikan 3 kes di atas, semuanya telah di patah kan dan telah di bukti bahawa jantan keparat yang di panggil chegu bard ada lah permbohong dan pembuat fitnah tegar. satu tuduhan yang ti beretika dan bertanggung jawab.

tidak kah budak hitam bernama chegu bard merasa segala ini hanya lah FITNAH semata mata, ????, rakyat kena harus menolak segala galanya dari budak hitam ini






Saturday, November 5, 2011

PM pergi MEKAH guna duit tabung haji ????


aku dah lama tak tengok blog, malam ini apa yang menarik minat aku ialah  ada blog pembangkang haram jadah kerja mereka hentam PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Najib bersama isteri pergi ke Mekah nak buat haji, dan beberapa pemimpin UMNO pun turut serta ke sana. mereka ini pergi sudah tentu lah TABUNG HAJI yang menjadi penyelarasnya di tanah suci Mekah,

rakyat malaysia yang pergi ke sana pun sudah tentu lah dengan TABUNG HAJI, aku tak tahu lah kalau ada yang pergi dengan agensi lain yang di bawah puak haram jadah ini, ada ke ????,

photo ini yang puak puak haram jadah sakit hati sesangat, maka mereka menyerang dalam blog supaya rakyat benci kepada hamba Allah yang bernama NAJIB, kepada penulis  blog ini jangan suka buat cerita yang bukan bukan, patutnya tanya lah pada pemimpin hang, tok guru nik aziz pergi haji dengan duit siapa, bukankah di sponsor oleh sebuah syarikat,  

anwar ibrahim dikata pernah mendapat hadiah jam tangan berjenama omega dari raja arab saudi, tapi pernah kah dia pergi kesana menunaikan haji, itu yang patut hangpa persoalkan, bukannya persoal cara mana perdana menteri mendapat layanan istimewa dari kerajaan arab saudi, 





Wednesday, November 2, 2011

MENDAPAT PERHATIAN AHLI PARLIMEN.

MENINJAU KAWASAN YANG TERLIBAT
YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Ahli Parlimen Tasek Gelugor turun padang melawat mangsa-mangsa ribut di dalam KADUN Telok Ayer Tawar pada 30/10/2011. Bantuan kecemasan utk membaikpulih rumah-rumah yg terlibat diluluskan serta-merta oleh beliau.
Yb tan sri sedang mendengar talimat serba sedikit tentang kerosakan yang di alami oleh penduduk.
antara rumah di di lawati oleh yb tan sri, 
yb tan sri mendengar cerita dari mangsa ribut,

mangsa mangsa ribut di ADUN telok ayer tawar mereka mengucapkan berbanyak terima kasih di atas keperihatinan yb tan sri, sekurangnya dapat lah meringan bebanan yang terpaksa mereka tanggung. turut serta bersama rombongan tan sri nor ialah ketua pemuda umno tasek gelugor sdr hasbul hazani. 


Related Posts with Thumbnails