ada lagi kebocoran maklumat penting telah sampai ke tangan pembangkang, ini jelas satu masalah yang serious bilamana rahsia dan maklumat penting tersebar pada umum. nampaknya pihak pembangkang begitu optimis dalam melakukan kerja intipan dan di percayai ini bukannya kerja tangan kosong malah mungkin ada sedikit token di beri kepada penyebar maklumat atau rahsia felda ini.
selepas ini apa pulak rahsia kerajaan atau mana mana GLC kerajaan hendak di bongkarkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab.
Pihak pengurusan FELDA hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan kebocoran dua dokumen sulit FELDA yang dipaparkan dalam sebuah portal berita tempatan.Setiausaha Lembaga FELDA, Asiah Sohit membuat laporan itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini kira-kira jam 9.40 pagi. Beliau berkata, dua dokumen itu ialah minit mesyuarat bil.278 yang bertarikh 8 Januari dan buku mesyuarat pengurusan FELDA bersama Perdana Menteri bil.3 bertarikh 27 Jun 2011"Saya mula menyedari pembocoran dokumen ini apabila saya melihat portal berita itu bertarikh 15 dan 19 Mac," katanya kepada pemberita. Sehubungan itu, katanya, FELDA meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu yang tidak bertanggungjawab di atas pembocoran dokumen terbabit. - BERNAMA
ARAB NAK KOMEN: demi nafsu serakah ...demi wang, negara pun mereka sanggup jual. ....
0 comments:
Post a Comment