Tuesday, March 20, 2012

KENAPA APCO?? SATU PENDEDAHAN YANG RAKYAT PERLU TAHU!!!!





KENAPA  APCO.

Isu kerajaan Malaysia menggunakan khidmat nasihat APCO dalam membaiki imej Malaysia yang telah dirosakkan oleh Anwar Ibrahim di luar negara kembali menghangatkan pentas-pentas ceramah puak-puak Khawarij.

Mereka mengatakan kerajaan Malaysia telah menghabiskan wang rakyat berjumlah 77 Juta bagi membaiki imej Malaysia di mata dunia.

Pada pandangan penulis angka 77 juta yang dikatakan oleh juak-juak Pakatan Khawarij ini adalah satu jumlah yang agak besar bagi digunakan untuk membaiki imej negara kita di persada antarabangsa. Namun yang penulis hairankan disini ialah, mengapa tidak ditanya apakah punca kerajaan mengeluarkan kos yang begitu tinggi bagi membaiki imej Malaysia di luar???

Sepertimana yang ditulis dalam akhbar-akhbar Pro-Pemerintah dan Pro-Khawarij, sebab utama kerajaan berbelanja besar mendapatkan khidmat nasihat dari APCO ialah tindakan yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim AL-KHAWARIJ itu sendiri.

Sejak Anwar Ibrahim Al-Khawarij ini dibebaskan di zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi, Anwar Ibrahim Al-Khawarij telah berhijrah sementara ke Amerika Syarikat bagi berkhidmat disana. Dan berdasarkan risikan yang dilakukan, sepanjang Anwar Ibrahim Al-Khawarij di negara Uncle Sam itu, beliau telah diberikan posisi di dalam Foundation Of Future, New Endownment For Democracy (NED), Felo Kehormat di John Hopkins University, dan beberapa jawatan lain yang mana penulis mencurigai latar belakang pertubuhan ini.
Melalui badan-badan inilah, Anwar Ibrahim Al-Khawarij ini mencanang ke seluruh dunia bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak aman dan memiliki kerajaan yang zalim.Anwar Ibrahim menggunakan kesempatan dari kelemahan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dalam gerakan memburukkan imej Malaysia di luar negara.

Melalui forum-forum demokrasi anjuran NED, Anwar Ibrahim Al-Khawarij melabelkan Malaysia sebagai satu tempat yang bermasalah. Secara tidak lansung ini memberi kesan kepada kemasukan pelabur luar negara ke dalam Malaysia.
Untuk makluman pembaca sekalian. Imej merupakan satu perkara penting yang dilihat oleh pelabur luar negara yang hendak melabur ke negara ini. Ini kerana apabila sesebuah negara itu diberikan dengan istilah dan imej yang buruk, maka para pelabur akan berasa curiga untuk menanam modal di negara berkenaan.
Perkara ini pernah dibicarakan oleh Tan Sri Hassan Marican, Mantan Ketua Eksekutif Petronas dalam satu wawancara yang pernah disiarkan di TV1. Dalam wawancara berkenaan, Tan Sri Hassan menjelaskan imej sesebuah syarikat itu dapat membantu memudahkan dari aspek membuat pinjaman di badan-badan perbankan. Katanya melalui imej Petronas di pentas Formula Satu, Petronas mampu memperolehi pinjaman dengan mudah dari institiusi kewangan antarabangsa yang mana satu ketika dahulu Petronas menghadapi kesukaran dalam berurusan dengan Intitiusi perbankan berkenaan. Katanya lagi;

"Dengan penglibatan Petronas dalam Formula Satu, secara tidak lansung mengukuhkan nama Petronas di persada dunia. Apabila Petronas telah mula dikenali, maka Petronas mudah untuk berurus niaga dengan pihak-pihak lain, disebabkan imej Petronas itu."
Kalau Tan Sri Hassan Marican yang membawa Petronas maju dan kukuh sehingga memasuki ranking Fortune Global 500' Largest Corporation in The World yang menyaksikan Petronas berada di kedudukan 95 pada tahun 2008 dan 80 pada tahun 2009. Posisi ke 8 bagi syarikat paling menguntungkan bagi benua Asia, selain pihak The Financial Times yang mengistiharkan Petronas adalah salah satu dari "NEW SEVEN SISTER" : The Mosti Influential And Mainly State-Owned National Oil and Gas Companies From Outside The OECD (Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Minyak) mengatakan betapa pentingnya IMEJ kepada pelaburan, mengapa kita berkira dengan bajet yang digunakan oleh pemerintah bagi membaiki imej Malaysia yang dirosakkan oleh Anwar Ibrahim Al-Khawarij ini.

Walaubagaimanapun penulis berterima kasih juga kepada Anwar Ibrahim Al-Khawarij kerana menjadi pembocor rahsia kerajaan ini. Sebagai rakyat Malaysia kita berhak mengetahui perjalanan pemerintahan di negara ini. Namun dalam masa yang sama kita harus memikirkan siapakah PUNCA kepada tindakan Kerajaan meminta bantuan APCO bagi membaiki imej negara.
Walaupun isu APCO ini adalah isu yang hangat dibicarakan di dewan rakyat malahan di dewan kedai kopi, yang mana pada akhirnya Kerajaan MENGAKUI menggunakan Khidmat Nasihat APCO, satu persoalan yang timbul disini ialah mengapakah sejak dari dahulu lagi ANWAR IBRAHIM AL-KHAWARIJ terus berdiam diri apabila diasak dengan persoalan mengenai hubungannya dengan organisasi Zionis Yahudi.

Datuk Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun pernah membuat persoalan ini di parlimen Malaysia mengenai hubungan ANWAR IBRAHIM dengan Paul Wolfowits (Arkitek Perang Amerika Syarikat Berbangsa Yahudi) dan beberapa pertubuhan yang tidak diketahui latar belakangnya. Namun begitu persoalan ini masih belum dijawab oleh Anwar Ibrahim atau dengan kata yang lain ANWAR AL KHAWARIJ terus mendiamkan diri dan enggan menjawab persoalan berkenaan.

Hanya apabila beberapa lama dan setelah Amerika ditadbir oleh pemerintah yang baru iaitu Barrack Obama, Anwar mula 'berani pondan' untuk mengutuk negara zionis itu. Itu pun hanya dilakukan oleh beliau apabila mendapati kantung wang yang masuk kedalam organisasi miliknya iaitu Parti KeADILan Rakyat dan Institiut Kajian Dasar (IKD) semakin ringan. Sikap Barrack Obama yang tidak lagi mengambil peduli 'penderitaan Anwar Ibrahim' menguatkan lagi semangat Anwar Al-Khawarij untuk membantah tindakan 'KEJAM' abang kandungnya ini. Jika selama ini Anwar berdiam diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungannya dengan organisasi rejim zionis, beberapa hari yang lepas, sebuah pertubuhan Yahudi minta Kerajaan Amerika Syarikat memutuskan hubungan dengan Anwar Ibrahim. Secara tidak lansung inilah BUKTI yang selama ini ANWAR BEKERJA UNTUK YAHUDI ZIONIS. JIKA TIDAK MASAKAN NAMANYA DIUMUMKAN OLEH PERTUBUHAN TERSEBUT. HEBAT SANGATKAH ANWAR SAMPAI PERTUBUHAN ITU CUKUP MARAH DENGAN ANWAR??? APA POSISI ANWAR DALAM KERAJAAN MALAYSIA SEHINGGAKAN PERTUBUHAN YANG MELOBI KONGRES AMERIKA INI CUKUP MARAH DENGAN ANWAR IBRAHIM??? ADAKAH SEBABNYA ANWAR YANG TELAH DIBERIKAN BANYAK BANTUAN KEWANGAN OLEH MEREKA INI 'BERPALING TADAH'???Keterangan lanjut boleh didapati di sini dan sini
Jadi disini penulis ingin membuat kesimpulan iaitu jangan kita melihat pemerintah sahaja yang bersalah kerana menggunakan perkhidmatan APCO bagi membaiki imej Malaysia, sebaliknya kita kena melihat punca bermula permasalahan ini. Kerajaan tidak akan menggunakan Khidmat APCO kalau Anwar Ibrahim AL-KHAWARIJ tidak melakukan tindakan memburuk-burukkan imej negara.
Jadi yang mana lebih teruk? Antara Kerajaan Malaysia Yang bayar wang dekat APCO untuk tujuan membaiki imej Malaysia yang mana dapat membantu membawa keyakinan kepada pelabur asing untuk melabur di Malaysia dan secara tidak lansung mewujudkan peluang ekonomi kepada rakyat atau Anwar Ibrahim pakar memburuk-burukkan Malaysia (Negara Dia Sendiri) yang mana telah menghilangkan minat pelabur untuk melabur ke negara ini, dan secara tidak lansung memberikan kesan kepada perkembangan ekonomi rakyat dan negara?

Dua-duanya sama teruk, tetapi fikirlah yang mana satu lagi TERUK.  Fikir-fikirkanlah....

3 comments:

Kang nasir said...

Tksh perkongsian.

YANG GAMBI said...

Salam bro, inilah yang sepatutnya rakyat perlu tahu disebalik permainan puak-puak PAS yg telah menjadi musuh bangsa dan agama semata-mata nak kan kuasa..... PAS bijak menggunakan agama untuk memanipulasikan segala isu bagi memburuk-burukkan UMNO.... inilah pengkhianat negara yang sebenarnya..

sokong najib said...

Betul la kata orang kos untuk merawat lebih mahal daripada untuk mencegah penyakit, itu la yang rakyat malaysia kena tanggung dek mulut busuk pemimpin pembangkang yang tak habis-habis dok kutuk negara sendiri. Tak pasal-pasal kena keluarkan duit nak pulihkan imej dimana duit tu lagi baik tolong orang miskin....haai pembangkan hanya tau bangkang jer.

Related Posts with Thumbnails