umno di mana mana peringkat pun tidak membantu perdana menteri dato seri najib bin tun razak. benar apa yang di katakan oleh tun daim zainuddin datuk seri najib abdul razak sebagai "general tanpa askar"
semuanya fikir kalau lah ' aku calonnya' dah letih arab tengok keadaan ini. kita sebenarnya tidak pernah belajar untuk susah, masih berasa selesa dengan apa yang ada, orang umno yang semacam ini seharusnya kena bantai dengan batang penyapu..
Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya.
Kali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.
Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.
Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.
Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu.
Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim. Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.
Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.
Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu. Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar".
ini semua cakap cakap orang lama dalam politik, orang umno jangan marah, orang umno jangan cepat melenting, orang umno seharusnya fikir dalam dalam apa yang tersirat dan tersurat.
umno nak menang pru13, umno kena buat kerja, jangan duduk saja sambil bermimpi :KALAU LAH AKU CALONNYA" dalam masa terdekat ini tiada kompromi lagi dalam perjuangan , TAKE IT OR LEAVE IT.
1 comments:
Aku setuju dengan kenyataan Arab..Take it or leave it..
Post a Comment