Friday, March 9, 2012

PROPAGANZA AKAN GANTI MELODI....BIAR BETOI !!!!!




Selama sudah berdekad aku di hadapan television setiap Ahad jam 12.00 tengah hari untuk menonton Melodi, akhirnya pada 18 Mac ini, sebuah rancangan yang diberi nama PROPAGANZA bakal tiba. Konsep, masa dan hari tayangan Propaganza adalah sama dengan Melodi. Ini bermakna sememangnya Propaganza secara tidak langsung ingat mencabar kredibiliti Melodi. 

Dihoskan oleh Marsha dan Reza, Propaganza yang akan ditayangkan menerusi Astro Ria (104) akan membawakan 5 segmen iaitu Buzz, Apa Cer, Malatopz, Klik Kantoi dan Murai. Daripada preview di bawah, Abang Nara rasa ada harapan juga Propaganza ini mewujudkan satu persaingan yang sihat dengan Melodi. Jangan lupa untuk menyaksikan Propaganza bermula 18 Mac 2012 di Astro Ria jam 12.00 tengah hari selama 1 jam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails