Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengisytiharkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.
“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas.
Abdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.
Pemimpin berusia 73 tahun itu menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.
Beliau pernah menjadi exco pemuda Umno selama 10 tahun dan ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti ketua pemuda Umno negeri Kedah dan sebagainya.
Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri.
Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan.
Pada minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu - jawatan terakhirnya dalam Umno.
Beliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang diterajui seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.
Abdul Kadir sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiada kebebasan bersuara dalam parti itu.
17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir dan akan bertindak ke atasnya.
ARAB NAK KOMEN: keluar lah lebih baik, jangan menjadi parasit dalam umno untuk menghasut orang umno supaya membenci umno. dulu dia jadi menteri, apa dia cakap semua orang dengar, sekarang dah tak pegang apa apa jawatan dalam umno nak bercakap pun orang tak nak ikut dah. adalah lebih baik berhenti saja lah dan menyertai pembangkang, senang kami nak buat kerja nak hentam hang pulak laaa..!!!
sentimen membenci parti bukan di luar umno saja, tapi di dalam umno pun ada... tidak heran lah orang yang berada atas pagar akan terus membenci umno,,,terima kasih kepada pejuang2 umno yg terdahulu..!!!! alang alang tak dpt apa,,,baik kita ronyeh saja semuanya...!!!!!
p/s : dengar kata ada lagi beberapa bekas ketua umno bahagian akan keluar parti.
sentimen membenci parti bukan di luar umno saja, tapi di dalam umno pun ada... tidak heran lah orang yang berada atas pagar akan terus membenci umno,,,terima kasih kepada pejuang2 umno yg terdahulu..!!!! alang alang tak dpt apa,,,baik kita ronyeh saja semuanya...!!!!!
p/s : dengar kata ada lagi beberapa bekas ketua umno bahagian akan keluar parti.
2 comments:
ketua bahagian yg keluar parti sudah dapat mengagak yg mereka tidak akan dipilih jadi calon dalam pru13.masuk pembangkang mungkin ada harapan sebab dalam pkr berapa kerat sangat orang melayu yg jadi pemimpin yg bolih diletak jadi calon.
ramai wakil rakyat pkr sekarang adalah bekas ahli dan pemimpin umno.
mereka dalam umno bukan kerana nak berjuang membantu bangsa melayu tetapi berjuang mengisi tembolok sendiri.
betul tu,,,tapi kalu dok dalam parti pembangkang pun depa nak berjuang utk melayu ka...sama je perangai depa nie,,, berjuang utk dapat projek bila rasakan atau melihat parti nak menang.
percaya atau tidak lepas nie kalu kalah, mereka akan kembali sokong parti umno. kerana apa sokong kembali...sebab nak gagau projek senang..!!!
orang macam nie dok mana pun boleh hidup,,,
Post a Comment