Enam wanita warga China yang dipercayai menawarkan perkhidmatan seks ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah apartmen mewah di Bukit Dumbar di sini awal pagi semalam.
Operasi dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut kira-kira jam 12.15 pagi adalah hasil daripada maklumat orang awam dan intipan selama seminggu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pemeriksaan yang dilakukan di beberapa bilik apartmen berkenaan menemui pelbagai barangan yang disyaki untuk tujuan pelacuran.
Beliau berkata, kesemua wanita yang ditahan itu berusia antara 23 hingga 29 tahun dan dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan menjadi pelayan seks (GRO) di negara ini.
“Kesemua barang yang dirampas dari apartmen berkenaan dan wanita terbabit dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1959/1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya.-SH
ARAB NAK KOMEN: sebenarnya aktiviti pelacuran di situ memang dah lama berlaku,
0 comments:
Post a Comment