Ibu jari (jari pertama) menggambarkan kedua-dua ibu bapa. Telunjuk (jari kedua) menggambarkan saudara kandung. Jari tengah (jari ketiga) menggambarkan diri kita sendiri. Jari manis (jari keempat) menggambarkan pasangan hidup kita.
Dan kelingking (jari kelima) mewakili anak-anak kita.
Sekarang, pertemukan kedua-dua tangan kita satu sama lain dengan pasangan jarinya: ibu jari ketemu ibu jari, telunjuk bertemu telunjuk, dan seterusnya. Tapi, untuk jari tengah, pertemukan dengan cara berpunggung-punggungan.(Rujuk Gambar Di bawah)
Sekarang jika memisahkan kedua-dua ibu jari yang menggambarkan kedua-dua orang tua kita, kita mudah melakukannya. Falsafahnya adalah orang tua kita tidak akan hidup dengan kita selama-lamanya.
Begitupun saat cuba memisahkan telunjuk, kita boleh melakukannya.
Ertinya saudara-saudara kita pun akan berpisah kerana mereka akan mempunyai keluarga atau hidup masing-masing.
Lalu kelingking pun sama. Kita boleh memisahkannya. Artinya anak-anak suatu saat kelak akan memisahkan diri dari kita kerana tumbuh dewasa dan berkeluarga.
Akhirnya, cuba pisahkan jari manis yang saling bertautan itu. Cuba sekali lagi. Ternyata itu tak boleh kita lakukan. Sekuat apa pun kita melakukannya keduanya tetap bersatu.Seperti itulah pasangan hidup kita yang selalu bersama dalam suka dan duka, dalam keadaan kaya atau miskin, sihat atau sakit. Hanya kematian yang boleh memisahkan kita.
Itulah kenapa cincin kahwin dipasang di jari manis sebagai penghargaan pada pasangan hidup kita yang akan mendampingi kita selama-lamanya.
ARAB NAK KOMEN :- aku fobia dan alergi pasai benda nie...huhuhuhuhuhuh, kerana dah tak ada makna apa apa pun. usah cakap pasai kesetiaan kalu kita tak boleh nak setia kepada pasangan..
teganya kau menari di atas tangisan ku.
0 comments:
Post a Comment