Friday, June 16, 2017

TIP MEMANDU BALIK RAYA. APA ITU MICROSLEEP MESTI BACA #OPSIKAP

Pernah tak anda alami situasi di mana anda sedang memandu kenderaan dan tiba-tiba terlelap?
Hanya seketika. Hanya beberapa saat.

Lori yang pada mulanya masih jauh jaraknya tiba tiba berada di hadapan mata.

MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan 'tidur' buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah "shut down".

Pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h.

Seringkali pemandu memikirkan dia kebal.
"Accident berlaku kepada orang lain. Aku ada skill. Kereta pun elok."

Keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk.
"Aku dah janji dengan anak - anak nak bawa mereka berjalan. Kesian mereka kalau aku lambat."

Ada juga yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan kurang mengantuk akibat kesan 'adrenaline' yang meningkatkan upaya 'fight or flight'. (Fight or flight adalah sitiuasi dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang memberhayakan diri: lari atau lawan). Manakala jalan yang berbengkang bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan cabaran ambil 'corner'.

Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Kesan 'fight or flight' hanya seketika sahaja. Sistem badan akan 'burn out' dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama.

Jadi, apa yang harus dilakukan?

🔺 BERHENTI.
🔺 LETAK KERETA DI TEMPAT YANG SELAMAT.
🔺TIDUR.

Tak perlu tidur lama. Lima minit cukup. Ulang setiap kali anda mula berasa mengantuk. Berhenti berehat setiap dua jam untuk pemanduan jarak jauh.

Untuk penumpang hadapan pula, jadilah co-driver yang baik. Apabila perjalanan bermula janganlah berdengkur sahaja ataupun sumbat earphone di telinga dan layan filem Korea seorang diri. Cuba lakukan beberapa perkara ini:

1. Bawa bersembang dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
2. Perhatikan cara pemanduan. Jika sudah mula membawa tidak mengikut lorong, tegur pemandu. Cadangkan untuk berehat seketika di stesen minyak.
3. Sekali sekala lihat paparan dashboard pemandu. Adakah pemanduan terlalu laju? Ada tak lampu - lampu amaran yang menyala? Jika ada, tegur.

Berhati hati di jalan raya. Musim perayaan telah bermula. Jangan jadikan diri dan keluarga anda sebahagian daripada statistik OPS SIKAP.

Ramadan Kareem.

Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
Presiden & pengasas
Medical Mythbusters Malaysia

#drafh
#microsleep
#opssikap

Wednesday, May 17, 2017

RAIS HUSSIN PEMAKAN DEDAK PARTI BUNGA DAPAT PROJEK NILAI RM887juta

Kerajaan negeri Perak bakal menjadi pengeluar utama tenaga solar menggunakan teknologi fotovolteik (PV) menjelang 2011 setelah termeterai memorandum perjanjian (MoA) antara syarikat TCT Inc. (TCT) dari Lembah Silikon, Los Angeles dengan syarikat tempatan Red Solar (M) Sdn. Bhd., (Red Solar) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, melalui perjanjian tersebut, sebuah kilang pengeluaran tenaga solar akan dibina menjelang akhir tahun 2010 dengan membabitkan kos bernilai RM887 juta.

Katanya dua kawasan sudah dikenal pasti di daerah Manjung dan di Kanthan di sini bagi membina kilang pengeluaran tenaga solar PV itu,'' katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani MoA di antara ketiga-tiga pihak tersebut di sini semalam.

Pada majlis menandatangani MoA ini, PKNP diwakili Ketua Eksekutifnya, Datuk Samsudin Hashim manakala Red Solar oleh Rais Hussin dan TCT diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siva Sivaram.

Kilang tersebut akan menghasilkan tenaga solar sebagai alternatif kepada tenaga elektrik yang kini digunakan sepenuhnya oleh rakyat negara ini.

psss.....dia kata kami pemakan dedak...akhirnya dia makan dedak dapat projek kerajaan BN.  muka tak malu... 

Sunday, April 23, 2017

PENGGUNA CELCOM BOLEH TARIK NAFAS

Celcom mengumumkan tiada caj data dikenakan bagi melayari Facebook (FB) dan Whatsapp kepada pengguna telko terbabit selama seminggu bermula 25 April ini.

Pengumuman terbabit dibuat menerusi FB Celcom, hari ini, berikutan masalah gangguan Internet bagi melayari FB, Whatsapp dan Instagram sejak dua minggu lalu.Selain menawarkan data percuma bagi melayari FB dan Whatsapp, Celcom turut mengumumkan bahawa penambah-baikan bagi melayari FB sedang dijalankan dan dijangka selesai pada 28 April ini.

terima kasih celcom. 

Saturday, April 22, 2017

KETUA UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH SELAYAKNYA MENJADI CALON PARLIMEN P044. @NajibRazak @Zahid_Hamidi @dzainalabidin @HishammuddinH20

Datuk Hj Mohd Zaidi Mohd Said telah banyak jasa dan baktinya dalam memastikan syiar Islam terus subur dan berkembang didalam Parlimen Permatang Pauh. Banyak Masjid dan Surau telah mendapat sentuhan kasih dan sayang dari beliau. 




antara Masjid yang telah dibina dan akan dibina sejak beliau berkhidmat ialah Masjid Timah (RM3.83 juta) dan Masjid Kubang Ulu (RM2.8 juta). Selain itu Surau Tanjung Putus tempat kelahiran beliau dan Surau Al-Fateh Kg Pelet turut tersergam indah hasil wakaf bersama ayahanda beliau.
Terbaru beliau akan menyempurnakan Majlis Pelancaran Wakaf Tanah bagi pembinaan Masjid Papan Kg Pertama pada 24 April 2017. Semoga dengan pembinaan naik taraf Masjid Papan ini akan memberi keselesaan para jemaah di qaryah tersebut.

persoalannya mana pergi ahli parlimen permatang pauh wan azizah....??? langsung tak balik mai tengok kawasan... rasanya tahun 2017 belum pernah nampak kelibat dia...  

lebih baik umno dan bn meletakkan calon di permatang pauh ialah dato zaidi ketua umno bahagian permatang pauh. kalau kita tengok sejarah permatang pauh kali terakhir calon yang bertanding di parlimen permatang pauh datang dari jawatan ketua umno bahagian ialah datuk seri anwar ibrahim. 

selepas itu semua calon calon di parlimen ini ada lah dari luar.   semua nya kalah... 

PRU14 kali ini kembalikan calon kepada ketua umno bahagian permatang pauh...  


Saturday, April 15, 2017

AKU YANG DAPAT. HANG YANG PANAS #respectmypm #sayabanggasokongPM

aku mempunyai prinsip macam nie. hang buat kerja hang. aku buat kerja aku. 

jangan dok perdajai dan perlekeh orang. 

apa hang dapat itu hak hang. apa aku dapat itu hak aku. 

masa hang tengok aku terkapai kapai sorang diri mencari sponsor dan akhirnya aku beli sendiri. hang diam je pun. sekarang bila aku dah dapat baru satu . lagi sekali baru satu.  dah hang melompat .  hahahahahaah 

elok laaa tu dari tahun 2008 aku dah menulis. tahun 2017 baru orang nak bagi sedikit penghargaan. apa lah salahnya kan kan kan....   jgn membebel laaa.. .  

aku selfie sebab aku nak lepas geram dapat hangphone baru ....samsung A9 pro6 tu... gambar yang jelas . 32GB. selfie sampai termuntah ... 

terima kasih team PMO dan mykmu 

#respectMyPM
#tibaiPMkamitibaibalik
#UMNO71

Sunday, January 29, 2017

FAHAM MAKNA KAFIR IKUT AL-QURAN

Tabiat mengkafir orang lain di kalangan masyarakat Melayu di sini sudah agak lama melepak. Gejala ini kelihatan seperti tidak akan pergi, malah nampak macam jadi-jadi lagi. Malangnya, ia dilakukan dengan tanpa mengerti makna sebenar perkataan kafir yang dalam bahasa Arab. Bagi mereka perkataan itu bermaksud orang-orang yang tidak serupa pegangan dengan mereka dalam Islam ciptaan mereka.


Rujukan

Al-Qur'an adalah rujukan utama dalam bahasa Arab. Dan juga dalam agama Islam. Justeru, ayat-ayatnya akan dikemukakan di sini untuk menjelaskan penggunaan dan makna kafir dalam bahasa Melayu.

Adalah difahamkan bahawa daripada akar, kaf fa ra, terbit perkataan-perkataan kafarakaffarkaffarahkafur,kufran dan kaffara, dalam bahasa Arab. Perkataan-perkataan tersebut turut digunakan di dalam al-Qur'an.

Oleh kerana kafir terbit daripada perkataan kafara, maka ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kafara dan kata-kata yang terbit daripadanya dijadikan bukti di sini untuk mendedahkan makna sebenar perkataankafir


Tidak percaya

Lawan bagi kafara atau kafir adalah amana yang daripadanya terbit perkataan-perkataan yukminuimanmukmin dan sebagainya. Ia bermaksud percaya atau imanorang-orang yang percaya, atauorang-orang yang beriman, bagaimana yang lazim disebut.

Daripada kafara terbit (selain kafir) perkataan-perkataan yakfuruukfur,kufirayukfarukufrkufur, atau kafirun, dan yang serupa dengannya. Walaupun bunyinya agak berlainan, kerana berlainan kala, namun maksudnya sama, atau seakan-akan sama.

Perkataan-perkataan tersebut bermaksud tidak percayatidak berterima kasihdinafikanjangan percayaketidakpercayaan, dan orang-orang tidak percaya.

Sebagai contoh, diturunkan ayat berikut:

"Katakanlah, 'Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu; maka hendaklah sesiapa yang hendak, percaya (yukmin); dan hendaklah sesiapa yang hendak, tidak percaya (yakfur).'" (18:29)


Banyak

Perkataan kafara dan kata-kata terbitannya cukup banyak ditemui di dalam al-Qur'an. Kesemuanya, dengan sekali kiraan, berjumlah 489. Hampir kesemua diterjemah kepada "tidak percaya".

Ayat al-Qur'an yang pertama mengandungi perkataan kafara berbunyi,

"Sesungguhnya orang-orang yang kafaruu (tidak percaya), sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu beri amaran kepada mereka, atau tidak beri amaran kepada mereka, mereka tidak percayai (laa yu' minuuna)." (2:6)

Frasa "tidak percaya" adalah makna yang tepat bagi kafaruu di situ, kerana berlawanan dengan "tidak percayai" yang disebut di hujung ayat tersebut. 

Pun begitu, didapati sesetengah pihak menterjemahkannya, atau memelayukannya, kepada kafir pula, lalu berbunyi "Sesungguhnya orang-orang yang kafir, sama sahaja bagi mereka ..." Itu menyebabkan makna sebenar, tidak percaya, tidak sampai kepada sesetengah golongan masyarakat Melayu. Mereka terus menganggap kafir di situ ditujukan kepada orang-orang yang bukan Islam atau Islam yang bukan macam mereka tafsirkan.

Kembali kepada ayat 2:6 tadi. Apakah yang tidak dipercayai oleh orang-orang di situ? Atau, dengan perkataan lain, apakah yang dikafirkan oleh orang-orang tersebut? Menurut dua ayat yang mendahului, ia adalah kitab Allah yang dikafirkan. Ayat itu berbunyi,

"Yang percayai apa diturunkan kepada kamu (Muhammad), dan apa yang telah diturunkan sebelum kamu," (2:4)

Justeru itu, orang-orang yang dikatakan kafaruu atau kafir dalam ayat 2:6 itu, dan dalam konteks masyarakat Melayu hari ini, adalah mereka yang tidak percaya kepada kitab al-Qur'an (dan Taurat, Zabur dan Injil). Tidak percaya kepada Tuhan!


Ayat Allah

Kebanyakan daripada perkataan tidak percaya, atau kafir, seperti yang diketahui umum, ditujukan kepada Allah, ayat-ayat-Nya, atau al-Qur'an. Ayat yang banyak itu dicatat untuk menjadi amaran yang keras supaya manusia jangan tidak percaya kepada-Nya atau ayat-ayat-Nya.

Orang-orang yang kafaruu (tidak percaya / kafir) kepada ayat-ayat Allah, yang sekali gus mendustakannya, akan dimasukkan ke dalam Api (neraka), dan tinggal di sana selama-lamanya. Amaran ini diberi dari awal lagi di dalam al-Qur'an, yang berbunyi,

"Dan, orang-orang yang kafaruu (tidak percaya / kafir) dan dustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya." (2:39)

Misal orang-orang tidak percaya, atau kafir, kepada ayat-ayat Allah ialah mereka yang tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan. Firman-Nya,

"Sesiapa tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itulah kaafiruuna (orang-orang tidak percaya / kafir)." (5:44)

Oleh itu, umat Islam harus berhati-hati apabila muncul orang-orang yang buat hukum agama, umpama yang digelar hukum hudud, untuk hakimkan sesuatu dalam agama, walaupun dikatakan Islam sebenar atau mereka kelihatan fasih dalam bahasa Arab. Kerana, boleh jadi, pena yang mereka guna untuk menulisnya hanya berdakwatkan tidak percaya, atau kafir kepada Allah.

Mereka yang buat demikian bezakan antara Allah dan Rasul-Nya, walhal Allah dan Rasul-Nya adalah satu dalam hukum. Ayat-ayat berikut, apabila diketahui, akan buat umat memulaukan orang-orang yang ingin menggunakan nama Rasul untuk mengadakan sesuatu yang berlainan daripada apa yang Allah turunkan di dalam al-Qur'an:

"Orang-orang yang yakfuruuna (tidak percaya) kepada Allah, dan Rasul-Rasul-Nya, dan hendak buat perbezaan antara Allah dan Rasul-Rasul-Nya ........ Mereka itulah kaafiruuna (orang-orang tidak percaya) yang sebenarnya" (4:150-151)

Mereka dipulaukan kerana mereka adalah orang-orang kafir yang sebenarnya.


Sebahagian Kitab

Contoh selanjutnya ialah kalimat yakfuru dan ayat yang mengandunginya. Ayat yang dimaksudkan beritahu tentang orang-orang tidak percaya, atau kafir, kepada sebahagian daripada al-Kitab, dan ia berbunyi,

"Adakah kamu percayai sebahagian al-Kitab, dan kamu takfuru (tidak percaya / kafir) kepada sebahagian yang lain? Maka apakah balasan ke atas orang-orang daripada kamu yang buat demikian itu, melainkan kerendahan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat, dikembalikan kepada azab yang paling keras, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat." (2:85)

Amalan tidak percaya, atau kafir, kepada sebahagian al-Qur'an dimurkai Allah. Mungkin tidak salah di sini untuk beri contoh seperti orang-orang yang percaya kepada ayat yang menyuruh berpuasa, tetapi tidak percaya atau kafir kepada ayat lain yang tentukan waktunya pula.

Atau, orang-orang yang percaya kepada ayat yang menyuruh bersolat tetapi tidak percaya kepada ayat lain yang berkaitan dengannya - sekadar beri dua contoh sahaja di sini.


Lima perkara

Tidak percaya, atau kafir, adalah bukan kepada ayat-ayat Allah sahaja. Yang lain, yang harus tidak ditidakpercayai, adalah seperti yang dinyatakan di dalam ayat berikut:

"Wahai orang-orang yang percaya (aamanuu), percayalah kamu (aaminuu) kepada Allah, dan Rasul-Nya, dan Kitab yang Dia turunkan kepada Rasul-Nya, dan Kitab yang Dia turunkan sebelumnya. Sesiapa yang yakfur (tidak percaya / kafir) kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya, dan Hari Akhir, sesungguhnya dia sesat dalam kesesatan yang jauh." (4:136)

Umat Islam harus jangan tidak percaya kepada lima perkara (bukan enam) yang disebut itu (sila rujuk artikel Percaya kepada Taqdir). Mereka yang tidak membaca dan memahami al-Qur'an mungkin tidak terlepas daripada dikumpulkan bersama orang-orang tidak percaya, atau kafir, kerana ajaran yang mereka terima, daripada ulama palsu, mengenai lima perkara tersebut, mungkin bertentangan dengan ajaran sebenar daripada Allah.


Jangan percaya

Ukfur pula bermakna jangan percaya bagai yang terdapat di dalam ayat di bawah yang beritahu tentang syaitan yang menyebutnya. (Adalah dirasakan amat tidak sesuai bagi kafir untuk dijadikan terjemahan kepada perkataan ukfur di sini).

"Persamaan syaitan, apabila ia berkata kepada manusia, 'Ukfur (Jangan percaya)'; kemudian apabila dia tidak percaya (kafara), ia berkata, "Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemelihara semua alam." (59:16)

Apa yang disuruh syaitan supaya jangan dipercayai di situ ialah al-Qur'an. Andaian ini dibuat setelah merujuk kepada ayat yang kelima selepas ayat tersebut, iaitu ayat 59:21.


Dinafikan

Dan Kufira dan yukfaru, yang turut terbit daripada kafara, diterjemah kepadadinafikan pula, atau "tidak dipercayai". Contoh ayat yang mengandungi perkataan tersebut adalah:

"Apabila kamu dengar ayat-ayat Allah yukfaru (dinafikan), dan diperolok-olokkan, janganlah duduk bersama mereka ..." (4:140)

Sekiranya perkataan itu diertikan kepada kafir maka ayat tersebut berbunyi "Apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah dikafirkan, dan diperolok-olokkan, janganlah duduk bersama mereka ..."Sekali lagi ditegaskan iaitu apa yang dikafirkan adalah ayat-ayat Allah, yang terkandung di dalam al-Qur'an.


Ketidakpercayaan

Sementara kufr dan kufur pula diterjemah kepada "ketidakpercayaan". Hanya satu ayat diturunkan sebagai contoh, berbunyi,

"janganlah ambil bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu untuk menjadi wali-wali kamu, jika mereka lebih suka kufr (ketidakpercayaan / kekafiran) daripada keimanan;" (9:23)

Begitu berat tabiat tidak percaya, atau kafir, sehingga Allah melarang ambil bapa dan saudara sendiri yang tidak percaya sebagai wali, atau orang-orang yang dipercayai.


Kafirun

Perkataan kafir atau kafirun, dan yang sepertinya, dalam bahasa Arab, bermakna "orang-orang tidak percaya". Perkataan itu disebut di dalam al-Qur'an sebanyak kira-kira 158 kali daripada 489 yang disebut dalam kafara. Satu contoh kegunaannya di dalam al-Qur'an adalah seperti berikut (selain ayat 4:150-151 tadi):

"Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu taati segolongan daripada orang-orang diberi al-Kitab , mereka akan kembalikan kamu, sesudah keimanan kamu, kepada kaafiriina (orang-orang tidak percaya / kafir)" (3:100)

Ayat itu mengingatkan orang-orang yang percaya supaya tidak mentaati segolongan orang-orang yang menerima al-Qur'an kerana mereka sudah jadi tidak percaya atau kafir. Ini berlaku pada hari ini dengan kewujudan pelbagai pengertian bagi suruhan Tuhan dalam solat, haji dan puasa, misalannya. Dalam perbezaan yang banyak, tentu ada beberapa yang kafir.


Iblis

Pakaian "tidak percaya" atau kafir, tidak menutup sifat ingkar pada diri seseorang. Sifat itu dapat dilihat dengan jelas. Serupa Iblis, yang tergolong dalam golongan kafirun, ingkar kepada perintah Tuhan. Perintah-Nya satu, dan mudah pula, iaitu sujud kepada Adam. Firman-Nya,

"Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam', lalu mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia jadi antara kaafiriina (orang-orang tidak percaya / kafir)." (2:34)

Kerana satu keingkaran sahaja, Iblis digolongkan dalam kumpulan kafir. Bagaimana pula dengan orang-orang yang ingkar kepada perintah Tuhan, seperti dalam pembunuhan? Orang-orang itu lakukan keingkaran yang jauh lebih dahsyat daripada Iblis. Keingkaran Iblis tadi tidak melibatkan nyawa orang-orang lain, terutamanya mereka yang tidak berdosa.

Pembunuhan dihalalkan hanya dalam peperangan. Antara ayat yang membawa arahan tersebut adalah dua yang berikut:

"Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itu balasan ke atas orang-orang tidak percaya." (2:191)

"Kemudian, jika mereka (orang munafik) berpaling, ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu dapati mereka" (4:89)

Menyebut lagi tentang orang-orang yang membunuh tadi, yang ingkar atau tidak percaya kepada perintah Allah. Apakah kedudukan mereka setelah membunuh ramai orang awam, dengan bom misalnya, bukan dalam peperangan, dan bukan juga mereka yang memerangi? Dan tidak ketinggalan, yang tidak berdosa, atau yang mukmin, yang hanya dikenali oleh Allah sahaja?

Bolehkah orang-orang yang mengaku Islam sebenar tidak percaya atau kafir kepada ayat-ayat Allah?


Palsu

Orang-orang tidak percaya, atau kafir, hanya ikut yang palsu, menurut sebuah firman yang bermaksud,

"... orang-orang tidak percaya ikut yang palsu" (47:3)

Kerana tidak percayai yang benar (al-Qur'an), orang-orang tidak percaya ikut yang palsu. Mungkin ada juga yang melakukannya tanpa disedari kerana memikirkan kitab dan gurunya mendatangkan ajaran yang suci.


Makna lain

Hanya beberapa sahaja daripada perkataan kafara di dalam al-Qur'an yang wajar diterjemah kepada selain "tidak percaya". Selain "jangan percaya" dan "menafikan" seperti yang telah disebut, ia (kafara) diterjemah juga kepada "tidak berterima kasih". Faktor utama yang menyebabkan pengecualian ini adalah konteks ayat. Sehubungan itu, dua ayat diturunkan di bawah ini sebagai contoh:

"Berkata yang mempunyai pengetahuan al-Kitab, 'Saya akan datangkannya kepada kamu sebelum gerlingan mata kamu kembali kepada kamu.' Kemudian apabila dia (Nabi Sulaiman) melihatnya menetap di hadapannya, dia berkata, 'Ini adalah daripada pemberian Pemeliharaku untuk menguji aku, sama ada aku bersyukur (berterima kasih), atau aku akfuru (tidak berterima kasih / kafir). Sesiapa berterima kasih hanyalah berterima kasih untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang kafara (tidak berterima kasih) - sesungguhnya Pemeliharaku Kaya, Mulia.'" (27:40)

"Supaya mereka yakfuruu (tidak berterima kasih / kafir) pada apa yang kami beri mereka. 'Gembiralah kamu; sesungguhnya kamu pasti akan tahu.'" (30:34) dan,

Oleh yang demikian, kafara, atau kafir bagai yang diertikan oleh sesetengah pihak, bermaksud "tidak percaya" amnya. Iaitu tidak percaya, atau kafir, kepada ayat-ayat Allah amnya juga.

Ia pula boleh ditujukan kepada siapa sahaja, tidak kira label yang digunakan oleh mereka, seperti Islam, Kristian, Yahudi dan lain-lain. Siapa saja boleh jadi kafir kepada Allah kalau tidak mentaati ayat-ayat-Nya. (Sila rujuk sebuah halaman yang mengandungi sepucuk surat berserta jawapannya sekali bertajuk Ayat 2:62.)


Seburuk-buruk haiwan

Pada pandangan Allah, orang-orang tidak percaya adalah jenis haiwan yang paling buruk sekali. Firman-Nya,

"Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah orang-orang yang kafaruu (tidak percaya atau kafir), yang tidak akan percayai," (8:55)

Tentu sekali, sifat haiwan yang paling buruk, seperti mengganas, dapat dikeluarkan dari perimeter masyarakat Melayu apabila anggota-anggotanya mengetahui makna sebenar perkataan kafir. Akan tetapi, yang terlebih dahulu harus dilakukan ialah pakaian mengkafir orang lain itu ditanggalkan, dan diganti dengan pakaian takwa, yang disulami dengan ayat-ayat al-Qur'an.

Melayu Boleh! 


Sunday, January 22, 2017

DAP MAHU JAWATAN TPM.

DAP & Jawatan TPM | Peserta terbaru dalam debat 'DAP mahu jawatan TPM' adalah Teresa Kok, AP (DAP) Seputeh. 

Teresa Kok menuduh Rahman Dahlan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman apabila dalam tweetnya sebagai respons kepada Mahadet berkata perlantikan seorang pemimpin DAP (Lim Kit Siang) akan mengubah lanskap politik negara.

Rahman Dahlan menafikan kenyataan dia itu adalah satu kenyataan rasis. Aku pun tak nampak bagaimana kenyataan Rahman Dahlan boleh dianggap sebagai satu kenyataan yang rasis. 

Persoalan aku, kenapa Teresa Kok dari DAP cuba menjadikan isu ini isu perkauman? DAP selalu melalak mereka bukan parti perkauman tetapi DAP jugalah yang sentiasa cuba menyemarakkan politik perkauman. DAP jugalah yang sentiasa cuba mengaitkan semua hal yang berlaku dalam negara dengan perkauman.

Dalam soal jawatan TPM, kenapa DAP SANGAT TAKUT untuk mengakui mereka juga berminat untuk jadi TPM malah PM jika mereka berpeluang atau diberi peluang? 

Kenapa beri alasan tak mungkin seorang pemimpin DAP boleh jadi TPM kerana kaum Cina minoriti sedangkan keahlian DAP bukan 100 peratus dari kaum Cina sahaja? 

Secara tidak langsung, DAP (Lim Guan Eng) juga menyatakan bahawa seorang pemimpin MCA dari kaum Cina tidak layak jadi TPM kerana dia dari kaum minoriti. Siapa bermain "racial cards" di sini?

Bukankah dalam DAP juga ada Melayu, India, Sikh dan lain-lain kaum atau bangsa? Kenapa sempitkan peluang hanya kepada kaum Cina dalam DAP sahaja? Siapa yang bermain di atas landasan atau pentas kaum dan bangsa?

Jika seorang pemimpin Cina lebih layak menjadi TPM berbanding seorang pemimpin dari kaum lain, apakah DAP akan menafikan merit orang itu hanya kerana dia Cina dan dari kumpulan kaum minoriti? Bukankah ini satu amalan perkauman?

Apakah DAP sebenarnya sangat sedar bahawa kaum masih menjadi asas pertimbangan dalam politik Malaysia pada masa ini ?

sumber facebook Azizi Safar. 

komen aku:  kenapa DAP bersilat pulak. semua benda dia nak main perkauman. adakah bila kita kata ANWAR IBRAHIM tidak boleh jadi PM. bermakna kita nie anti melayu .  DAP lah parti perkauman sebenarnya... 

Friday, January 20, 2017

DATIN SERI ROSMAH BERSAMA RAKYAT BERTANYA KHABAR.

Walaupun keadaan begitu sesak dengan hujan lebat Datin Seri Rosmah tetap komited mau bersama rakyat dan penyokongnya. Tetap mesra walaupun dikerumuni oleh orang ramai dalam sessi Bertanya Khabar Mangsa Banjir di Kawan Setiu, Terengganu.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah ribuan rakyat yang hadir menyatakan syukur kerana kesudian Datin Seri menjejakkan kaki ke situ demi keprihatinan beliau terhadap rakyat.

sumber Facebook Rizal Mansor

Wednesday, January 18, 2017

SESUMPAH UMNO DI PERMATANG PAUH TIDAK PERNAH AMAN.

senario politik permatang pauh kembali dengan budaya menghina, menyerang peribadi pemimpin, fitnah dan lebih teruk mengeji sehingga menjatuhkan maruah orang, habis semua anak bini orang di selak habis habisan.  

bila ini terjadi, aku dapat gambar kan, piliharaya nak dekat atau pemilihan parti nak tiba. 

dengan kehadiran hantu hantu raya guna ACC FACEBOOK  menulis tanpa sempadan, persoalannya sampai bila ??? perkara ini hendak di rosakkan.  

aku bukan pengundi di permatang pauh, tetapi aku beruntung tinggal di seberang jaya . berkawan dengan ramai pemain pemain politik dalam kawasan.  

pemimpin UMNO di permatang pauh bukan lah malaikat, jangan lah kerana itu kita nak membalun selagi boleh, kepada hantu hantu raya di dalam permatang pauh yang kata hebat sangat, jika ketua umno bahagian , timbalan ketua umno, naib ketuam umno, tidak boleh memimpin, tampil lah kedepan, nama nama yang layak . jangan jadi anjing menyalak bukit. jangan jadi hantu raya. jangan baling batu sembunyi tangan... kalau nak membantu umno di permatang pauh ayuhhh kita lawan.   

KALAU TANGAN ITU TIDAK BOLEH MEMBANTU. JANGAN LA JADI TANGAN YANG MENGHANCURKAN... 

Cukup-cukuplah mencerna cerca,
Mengaduk cemar dalam wadah perjuangan ini, bimbang tergelincir iman, tersungkur taqwa, lompong amal menebak lohong dosa,

Wangian kasturi jiwa meloyakan
akal  mengkal menghukum , jari jemari kudung ilmu, buta adab,
menitip bait-bait nista, seakan lupa,
mensucikan lumpur dunia, kerana masa dijemput Sang Pencipta, bukan punya kita....

psssss.... dia naik kuda ka. naik lembu ka. naik kerbau kaa.  dia buat kerja . yang kita dok membalun ...apa dah kita buat untuk pengundi dan rakyat permatang pauh....tak kan membantu calon calon PKR kot.  

Friday, January 6, 2017

JAWAPAN ORANG SIAM TERHADAP FITNAH POLITIK JAHAT ORANG MALAYSIA .

"Ada segelintir manusia POLITIK TAKSUB dari Malaysia, paksa kami untuk mengaku kebenaran FITNAH ini.

Kami tiada kepentingan dalam politik Malaysia, so buat apa kami nak berbohong. Mereka gunakan bendera Thailand untuk melakukan provokasi politik. Ada juga yang TAG di Facebook kami, bila kami nyatakan kebenaran, dia dan geng mereka maki hamun saya. Apa dosa saya bila BERKATA BENAR. Ada yang suruh saya buka cawangan UMNO di Thailand. GILA GILA GILA.

Bila anda buat FITNAH, orang jelaskan kebenaran, Janganlah nak marah. Jangan keluar hadis dan Al Quran bagai katakan kami kafir. Kami memang tak sokong atau undi PAS di Thailand. Takkan kami KAFIR ?

PENJELASAN TENTANG FITNAH BERKENAAN

1. Top Sim Kad Tiada Expiry Date .

Soalannya syarikat mana ? Di tiga Wilayah bergolak, penggunaan HP sangat ketat. Salinan Kad Pengenalan juga diambil. Cuma di wilayah yang dianggap selamat tidak perlu didaftarkan. Tarikh luput sama saja. Ada yang 3 bulan, 6 bulan , 12 bulan dan bergantung kepada tawaran dan promosi.

2. Lesen boleh pakai sampai mati dengan sekali bayar

Lesen apa ? lembu, kerbau atau babi ? Lesen kenderaan, kena renew setiap tahun, sama dengan di Malaysia. Cuma orang yang ambil 30 – 40 dahulu sahaja, boleh guna sepanjang hajat. Sekarang ini penguatkuasaan memasang lampu siang untuk motosikal dan pemakaian helmet dikuat kuasa. Setiap hari ada road block. CUKAI JALAN DAN INSURANS pun kena bayar setiap tahun. Yang murah, sekadar Syarat untuk membeli kereta atau kenderaan. Bila accident ramai yang mati kena tembak bukan mati kemalangan. KERANA masing masing nak claim kerosakkan. Terjadilah pergaduhan.

3. Warga tua, OKU dan Ibu Tunggal dapat Seratus sebulan bersamaan 1200 setahun. 

HAHAHAHA THB100 = RM10 . THB1200 sama dengan RM120, makan kuaci pun belum tentu boleh hidup. Wargatua TERPILIH dapat THB500-THB700 sebulan bersamaan dengan RM50-RM70. Setahun berapa ? Sama dengan BRIM ka ?
Ibu Tunggal dapat? FITNAH yang sangat besar. Orang Islam Thai umur 15 pun dah kahwin, umur 16 th dah cerai. Kebanyakan yang berniaga Tom Yam di Malaysia adalah dari 3 Wilayah bergolak terutama Pattani. Kebanyakan wanita adalah Ibu Tunggal. Pi Tanya sendiri.
OKU dapat? kakak saya pun OKU, sampai sekarang umur 42 tahun mohon tak dapat lagi.

4. Murid Murid diberi Makanan Percuma. 

Benar. Murid murid yang nak jadi Tok Sami Buddha memang dapat makanan percuma. TAPI mereka kena berjalan ke tempat tempat yang mahu bagi makan pada mereka.

5. Parabola sekali bayar RM400 pakai sampai mati . 

HAHAHAHAHA tak da parabola tak gambar la sheikh ooooi. Semua channel kena guna para bola. Kalau nak tengok HBO atau macam Astro, kena bayar sebulan THB1000 – THB1500. Kalau nak IPTV pun kena langgan. Ada PAHAM KA ?

6. Kereta lebih murah di Thailand berbanding Malaysia

Kereta import memang murah. Vios THB600,000 sebuah. Sebab Thai dah lama guna GST. So duti kereta dikurangkan. Kebanyakan kilang pemasangan kereta dan motor Thai antara yang terbesar di dunia. 

Seperti juga Malaysia Ron95 baru 2,30 dan di Thai Ron95 RM4.50 per liter. Guna kereta setahun bubuh minyak nilainya sama macam beli kereta Malaysia dan guna di Malaysia. Ada Faham ka ?

7. Keretapi kelas ketiga FREE. 

Benar, semasa promosi. Macam Airasia juga la, RM1 pun boleh fly.

8. dan macam macam lagi.

Nak komen tentang ini.  Anda perlu bersyukur tinggal di Malaysia, sebab buat FITNAH macam ni boleh terus hidup panjang. Kalau di THAI anda dah mungkin jadi MAYAT. Anda sekadar datang Thai cari AYAM di DANNOK dan balik MALAYSIA LAGAK MACAM ALIM ULAMAK. Sebenarnya anda tak tahu penderitaan kami di sini. Sekarang kami sedang mengadakan kelas Bahasa Melayu dan Fardu AIn dan Pengajian IQRA. Kami ada seramai 232 orang. Kami terpaksa mencari DANA sendiri dalam membimbing anak anak mengenali ALLAH DAN MUHAMMAD SAW. Kalau anda terasa sukar tinggal di Malaysia, kami alu alukan kedatangan anda untuk mengajar sukarela tanpa gaji di Kampung kami. Sila hubungi kami di karlisahalim@gmail.com
Related Posts with Thumbnails