Sunday, March 4, 2012

SIAPA BODOH ???? MELAYU KE ATAU ARAB ???

Setiap kali orang Melayu bertelagah pasal isu Israel-Palestin, aku rasa meluat. Sebab-sebabnya macam ni. Dulu ulama Arab cakap haram mengiktiraf atau berdamai Israel, sehinggakan Presiden Mesir Anwar Sadat ditembak mati. Orang Melayu berpegang kepada 'fatwa' ini melebihi kuatnya daripada orang Arab sendiri. 

Hari ini, negara seperti Mesir dan Jordan mempunyai hubungan diplomatik penuh dengan Israel sementara Qatar, UAE dan Oman mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel. Ulama-ulama Arab seperti Yusof al-Qaradhawi sendiri yang mengapi-apikan pemimpin Melayu (dari Pas dan Umno) mengenai isu Israel-Palestin ini beliau sendiri mendapat layanan istimewa dari negara seperti Qatar. Ulama Arab seperti ini muncul dalam TV kerajaan negara Arab yang berkawan dengan Israel. Apabila dijemput berceramah di negara ini, berapi-api menyeru orang Melayu menentang Israel.

Cuba bayangkan, mereka (negara Arab) senang-senang berbaik-baik dengan Israel tanpa dikecam oleh ulama mereka sementara kita pula bertelagah mengenai isu ini. Pada saya, pedulikan sahaja isu ini. Kalau Wall Street Journal tanya, cakap sahaja, "We support whatever solution decided by Palestinian people. Our interest is only the well-being of Palestinian people."

Cukuplah menyusahkan hidup kami di sini. Kerana fatwa ulama Arab zaman dahulu, hari ini kita tidak memberi salam kepada orang berlainan agama, tetapi mereka di Arab Saudi pula bebas memberi salam kepada orang Amerika, Filipino dan sebagainya yang berlainan agama.

Orang Melayu yang tidak membaca Quran gemar membuat kenyataan "Yahudi dikutuk oleh Quran". Memang benar terdapat ayat mengutuk orang Yahudi, ini kerana kebanyakan nabi diutuskan kepada kaum mereka.

Tetapi bagaimana dengan ayat Quran mengenai "orang Arab itu paling kuat munafiknya..". Kenapa ayat ini tidak digembar-gemburkan di kalangan orang Melayu? Nampaknya fikiran kita orang Melayu telah dikolonialisasikan oleh Arab demi kepentingan mereka. Kita bertindak seperti hamba politik mereka.

Setiap kali ahli politik Melayu, Anwar Ibrahim atau Mahathir, menyentuh isu ini, aku naik meluat.

sumber outsyedthebox.

aku lagi meluat kalu ada orang melayu bercakap slang arab,,, 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails