Monday, March 19, 2012

BR1M: KERAJAAN MEMANG NAK BAGI SAJA..!!!!!

Pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih boleh membuat rayuan berikutan tempoh permohonannya dilanjutkan selewat-lewatnya akhir bulan ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata borang permohonan yang dibuat sebelum ini akan disemak semula bagi memastikan pemohon yang benar-benar layak tidak terlepas daripada menerima bantuan wang tunai RM500 itu.

"Sebelum ini kerajaan memutuskan 15 Mac sebagai tarikh akhir permohonan bagi individu yang tidak berjaya menerima bantuan. Kita akan terus membuat pertimbangan bagi memastikan setiap pemohon layak mendapat bantuan.

"Kita tak tetapkan tarikh akhir permohonan tapi saya berharap akhir bulan Mac ini majoritinya akan buat rayuan kerana bulan April nanti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi yang memproses permohonan itu akan mula terlibat dalam kutipan cukai," katanya selepas Majlis perasmian pecah tanah tapak Perpustakaan Desa Pekan Chemor di sini.

Husni berkata melalui permohonan rayuan, 90 peratus daripada 200,000 pemohon berjaya menerima bantuan itu dan kegagalan pemohonan sebelum ini adalah berpunca daripada masalah teknikal.----BERNAMA

ARAB NAK KOMEN: di fahamkan ada lagi orang yang belum memohon dan pengumuman ini pasti mengembirakan rakyat yang belum mohon. terima kasih kerajaan malaysia. 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails