Sunday, March 18, 2012

DAP RAMPAS TANAH PENDUDUK PULAU PINANG..!!!!!

Seramai 200 penduduk Kampung Pokok Asam, Jelutong, di sini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang cuba ‘merampas’ lapan lot tanah milik persendirian di kampung itu dengan alasan untuk membina projek perumahan awam dan meluaskan tanah kubur. 

Laporan dan penyerahan beberapa dokumen bukti salah guna kuasa oleh kerajaan negeri dibuat Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Jelutong Timur, Zarus Yusof di pejabat SPRM negeri di sini, selepas penduduk kampung bersepakat mengajukan perkara itu kepada SPRM. Zarus berkata, penduduk berang dengan kerajaan negeri dan agensi di bawahnya yang bertindak mengugut serta menakutkan mereka menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 supaya melepas hak milik masing-masing. 

Katanya, Pejabat Tanah dan Galian Negeri menakutkan penduduk kampung menerusi akta itu dengan menyatakan semua penduduk boleh didakwa di mahkamah jika enggan menyerahkan tanah kepada kerajaan negeri. “Kenyataan itu dibuat wakil Pejabat Tanah dan Galian yang dikenali sebagai Jonathan pada 29 Oktober 2011 dalam perjumpaan ketika sesi dialog bersama penduduk kampung,” 

Bulan lalu, penduduk kampung berkenaan mendakwa kerajaan negeri yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng cuba ‘merampas’ lapan lot tanah milik persendirian di kampung itu dengan alasan untuk membina projek perumahan awam dan meluaskan tanah kubur. Penduduk terbabit turut mendakwa kerajaan negeri bertindak mengugut akan menyaman mana-mana pemilik lot tanah yang enggan menyerahkan hak miliknya melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. 

Difahamkan, penduduk terbabit hanya dimaklumkan mengenai rancangan pengambilalihan tanah itu melalui notis dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut pada 27 Disember 2011. Sebanyak lapan lot tanah kampung itu akan diambil alih kerajaan negeri menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, yang mana 26 rumah akan dirobohkan bagi tujuan itu. 

Sementara itu, Zarus berkata, keputusan Pejabat Perancangan dan Pembangunan Negeri serta Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meluluskan pelan bagi pengambilan tanah kampung itu tanpa mengambil kira sensitiviti penduduk juga diragui. 

arab nak komen: didalam buku tulisan henry ford The International Jew, the World's Foremost Problem, the jew said : "strength of a nation that is located on their land, to weaken a nation, we seized their land

boleh tak aku katakan DAP itu yahudi...!!!!!, 

 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails