Sunday, March 18, 2012

BATU KAWAN SOLAR PROJECT: GUAN ENG TIPU RAKYAT

Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP merangkap kroni tegar Kit Siang kantoi sekali lagi! Jika sebelum ini beliau bergelumang dengan skandal Penang Gate Bayan Mutiara yang melibatkan bilion ringgit wang rakyat, kali ini isu kilang panel solar pula.

Kerajaan DAP P.Pinang yang sebelum ini meluluskan kilang panel solar di Batu Kawan mendapat tamparan hebat apabila projek tersebut sebenarnya tanpa rundingan awam!

Malah, rakyat di sekitar Batu Kawan itu tidak diberitahu tentang kemungkinan bahaya berdepan dengan bahan-bahan kimia dan sisa-sisanya yang dikeluarkan oleh kilang tersebut.

Sungguh memalukan apabila Guan Eng DAP terpekik melolong menentang projek Lynas dI Pahang tetapi tidak mempedulikan nasib rakyat di Batu Kawan di negeri yang beliau tadbir!

Dalam masa yang sama, rakyat tentu tertanya-tanya dengan lokasi kilang panel solar tersebut kerana kerajaan DAP turut merancang membina rumah kos rendah dan mampu milik di Batu Kawan. Apakah kilang tersebut berada diproximity yang dekat dengan kawasan perumahan tersebut?

Dan jika berlaku sebarang bencana seperti kilang panel solar di Zhejianng, China, apakah rakyat Cina, Melayu dan India yang berpendapatan rendah di Batu Kawan akan menanggung segala risiko bahayanya?

Jika benar, kenapa Lim Guan Eng DAP sanggup menggadaikan kesihatan dan keselamatan mereka? Kerana mereka orang susah?

Persoalan-persoalan ini mesti dijawab dengan kadar segera oleh Setiausaha Agung DAP merangkap kroni tegar Kit Siang itu. Dan saranan MiM kepada Guan Eng DAP, tak perlulah gunakan teknik lumrah anda. Jawab isu itu dan janganlah berdolak-dalik dengan memperlekeh-lekehkan mereka yang menimbulkan isu ini.

Apa pun, sikap hipokrit yang ditunjukkan oleh Guan Eng DAP begitu terserlah sekali dan MiM yakin rakyat juga sudah sedar dan hanya menunggu masa untuk tidak mengundi beliau lagi.

sumber http://novandri.blogspot.com

ARAB NAK KOMEN:  pandai dia, buat projek kos rumah rendah di batu kawan, perambat semua orang kita pi dok sana. dalam masa yang sama dia luluskan projek kilang panel solar, tu semua nak bagi orang kita mampus...!!!!!! , boleh macam tu..????

0 comments:

Related Posts with Thumbnails