Pakatan Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat yang dibazirkan Umno-BN sebaik gabungan KEADILAN, PAS dan DAP diberi mandat membentuk kerajaan.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, fokus suruhanjaya itu terarah kepada skandal pembaziran wang rakyat yang melibatkan pemimpin besar.
“Skandal PKFZ misalnya, ia melibatkan pembaziran wang rakyat RM14 bilion dan yang terbaru penyelesaian di luar mahkamah bagi kes hutang kroni Umno, Tajudin Ramli terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
“Skandal NFC juga tidak akan terlepas kerana wang rakyat turut dibazirkan keluarga pemimpin Umno dengan menggunakan dana awam RM250 juta itu.
belum pun PRU13 mereka dah berjanji untuk buat itu semua, ini menarik minat rakyat untuk mengundi mereka. duit rakyat adalah isu utama mereka, adakah pemimpin2 pakatan tidak pernah menyamun duit rakyat???
sebenarnya apa yang mereka ucapkan ada udang di sebalik batu, rakyat mesti kena tahu ini, rakyat jangan tertipu dengan janji yang di ucapkan.
sebenarnya ini yang mereka katakan. jika pakatan rakyat menang, kita akan samun semua harta kerajaan dan merompak semua hasil kerajaan dan lagi akan mencuri duit rakyat.
jika ini terjadi maka rakyat akan marah, dulu BN macam nie, sekarang mereka pulak macam tu, dan besar kemungkinan rakyat akan bangkit seperti mana yang berlaku di indonesia dan thailand. selepas itu siapa yang untung, mereka dan keluarga mereka yang untung...!!!!!
pakatan di selangor telah memberi projek berjuta juta ringgit secara direct nego kepada kroni2 nya. ini telah di dedahkan dalam blog malaysia today KLIK SINI
sekarang pakatan jangan cakap bab nak memperjuangkan nasib rakyat, katalah yang sebenarnya nak kuasa nak menyamun lebih dari apa yang berlaku. jangan main isu rakyat, rakyat tak bodoh macam kamu semua derrrrr,
0 comments:
Post a Comment