Friday, August 30, 2013

LIVE UPDATE; ANAK MERDEKA PERMATANG PAUH MENYELAR KEPUTUSAN KETUA MENTERI DAP PPINANG. #TandaPutera #merdeka56

Tadi seramai 100 anak merdeka permatang pauh dengan berpakaian putih seluar hitam dan bersongkok melalui wakilnya Sdr Azlan Azmi menyelar sikap ketua menteri pulau pinang kebudak budakan dalam isu ini, suka sangat membuat publisiti murahan, bila mengatakan rasis sebenarnya filem ini adalah cerita sejarah dua pemimpin kebangsaan mengharungi saat getir bagaimana mahu menyatupadukan kaum selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969
Difahamkan mereka telah membeli tiket untuk menonton filem sejarah pada hari rabu sebanyak 100 tiket, dan tayangannya jam 4.45 petang dan kecewa dengan pembatalan ini.

Selepas mendapat desakan dari beberapa pihak akhirnya pihak panggung akan mula tayangan filem tanda putera pada malam ini dan seterusnya.

Di luar perkarangan pulak sdr azlan azmi dan rakan menyerahkan bendera malaysia sebanyak 1000 bendera di luar bangunan sunway carnivall seberang jaya.

Semangat kemerdekaan

Komen aku,, ketua menteri pulau pinang tak ada kerja lain,,nak cari publisiti murahan. Belum pernah dalam sejarah apabila filem dah masuk panggung ketua menteri meroyan dan teramat lah perasan mahu menghalang pulak.. !!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 21, 2013

UPDATE OPS PIRAMID 11: 100 PELAJAR PERTAMA DI BAWA PULANG KE MALAYSIA.

From Evernote:

UPDATE OPS PIRAMID 11: 100 PELAJAR PERTAMA DI BAWA PULANG KE MALAYSIA.


UPDATE OPS PIRAMID 11. 

mengikut berita dari kawan di mesir, seramai 100 pelajar pertama telah bertolak balik dari cairo ke kuala lumpur. pelajar pelajar ini dari malaysian student hostel DEMAK yang terletak di abasiah. 

kerajaan malaysia telah menyewa 3 pesawat penerbangan dari EGYPT AIR, ETIHAD AIRWAYS, QATAR AIRLINES  

setakat berita ini di tulis semua pelajar kita seramai empat ribu orang dalam keadaan bersedia bila bila masa akan di bawa balik. 



Saturday, August 17, 2013

UMNO PULAU PINANG MENYOKONG AHLI PARLIMEN TASEK GELUGOR @NajibRazak @Zahid_Hamidi @MuhyiddinYassin @HishammuddinH2O @dzainalabidin #PemilihanUMNO2013

Semalam aku berkesempatan berjumpa dan bersembang hampir sejam dengan Ahli Parlimen Tasek Gelugor merangkap Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor Yang Berhormat Ustaz Shabudin Yahya di majlis rumah terbuka JKKK Bagan Ajam. 

Soalan
YB Ustaz dengar kata Ustaz mendapat sokongan dari Negeri Pulau Pinang  untuk menawarkan diri sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Pusat. 

YB Ustaz Shabudin
Ya, sebenarnya selepas mesyuarat perhubungan negeri Pulau Pinang di Balik Pulau baru baru ini, Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang bersama semua jawatankuasa  bersetuju untuk memberi sokongan penuh kepada saya ke peringat UMNO pusat setelah Dato Zainal Abidin dan Dato Sri Helmi menarik diri  untuk bertanding dan memberi muka baru atau pelapis untuk memimpin negeri Pulau Pinang kelak

Soalan
Saya lihat satu tindakan bijak yang di buat oleh UMNO negeri Pulau Pinang kerana YB Ustaz ada "background"  agama memang layak untuk di ketengahkan ke peringkat tertinggi. 

YB Ustaz Shabudin
saya melihat ini lah cabaran saya dan saya akan mengalas tanggungjawab itu jika di beri peluang. insyallah saya dapat membantu Presiden UMNO kita. 

jadi terjawab lah sudah, UMNO Negeri Pulau Pinang memberi dan menyokong penuh YB Ustaz Shabudin untuk bertanding sebagai MT UMNO , satu satunya wakil dari Pulau Pinang.











Wednesday, August 14, 2013

ISTERI KENA PUKUL DALAM LIF




Rakaman video seorang isteri dibelasah suaminya yang tersebar di laman Youtube sejak semalam kini sedang disiasat pihak polis. 

Rakaman berdurasi 2 minit 20 saat itu bukan sahaja memaparkan aksi seorang isteri dipukul bertubi-tubi oleh suaminya malah turut diterajang lelaki terbabit di hadapan dua anak mereka di dalam lif.

difahamkan, kejadian berlaku di lif sebuah hospital di Bandar Perda, Bukit Mertajam, kira-kira jam 4 petang, 12 Julai lalu.

Kejadian dikatakan berpunca akibat salah seorang anak mangsa enggan mengikut bapanya pulang.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis sudah menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun pada hari kejadian dan sedang memburu lelaki berkenaan.

Mazlan berkata, lelaki berusia 36 tahun itu adalah seorang penjawat awam dan bertugas di Jerantut, Pahang.

"Polis ke pejabatnya di Pahang pagi tadi, namun lelaki itu dimaklumkan tidak hadir bekerja.

"Tindakan suami itu keterlaluan kerana memukul isteri di hadapan anak yang baru berusia empat dan lima tahun," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam di pipi, bengkak kepala dan sakit di bahagian pergelangan tangan.

Mazlan berkata, polis sudah mendapatkan perintah perlindungan sementara (IPO) untuk menghentikan perbuatan suaminya dan memberi perlindungan kepada mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

sumber sinar
Related Posts with Thumbnails