Wednesday, May 17, 2017

RAIS HUSSIN PEMAKAN DEDAK PARTI BUNGA DAPAT PROJEK NILAI RM887juta

Kerajaan negeri Perak bakal menjadi pengeluar utama tenaga solar menggunakan teknologi fotovolteik (PV) menjelang 2011 setelah termeterai memorandum perjanjian (MoA) antara syarikat TCT Inc. (TCT) dari Lembah Silikon, Los Angeles dengan syarikat tempatan Red Solar (M) Sdn. Bhd., (Red Solar) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, melalui perjanjian tersebut, sebuah kilang pengeluaran tenaga solar akan dibina menjelang akhir tahun 2010 dengan membabitkan kos bernilai RM887 juta.

Katanya dua kawasan sudah dikenal pasti di daerah Manjung dan di Kanthan di sini bagi membina kilang pengeluaran tenaga solar PV itu,'' katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani MoA di antara ketiga-tiga pihak tersebut di sini semalam.

Pada majlis menandatangani MoA ini, PKNP diwakili Ketua Eksekutifnya, Datuk Samsudin Hashim manakala Red Solar oleh Rais Hussin dan TCT diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siva Sivaram.

Kilang tersebut akan menghasilkan tenaga solar sebagai alternatif kepada tenaga elektrik yang kini digunakan sepenuhnya oleh rakyat negara ini.

psss.....dia kata kami pemakan dedak...akhirnya dia makan dedak dapat projek kerajaan BN.  muka tak malu... 

Related Posts with Thumbnails