izinkan arab bermula bicara, pakatan rakyat telah memerintah KELANTAN, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR, negeri negeri ini kalau mengikut rekod tidak dapat kita banggakan berbanding dengan negeri kerajaan BN.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, mereka telah diberi peluang memerintah beberapa buah negeri tetapi malangnya tidak berusaha membawa kemajuan, sebaliknya lebih mementingkan agenda peribadi berbanding keperluan rakyat.
Sebaliknya, menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak memegang teraju negara telah melaksanakan pelbagai usaha transformasi untuk membawa negara ke landasan tepat menjadi sebuah negara maju.
"Tetapi apa yang dilakukan oleh pembangkang di beberapa buah negeri seperti Kedah dan Kelantan? Dalam tempoh tiga tahun, mereka berada dalam kucar kacir, hendak melantik Exco pun sudah bergaduh di Kedah. Ini baru perintah negeri, cuba bayangkan jika perintah negara.
"Di Kelantan selepas 20 tahun, apa yang Pas buat? Segala pembangunan yang terdapat di negeri itu adalah hasil usaha gigih BN," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Program Mesra GiatMara Sabah di sini hari ini.
Mohd. Shafie yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah diminta mengulas mengenai kecenderungan pemimpin pembangkang yang sering membuat ceramah dengan memfitnah dan memburukkan kerajaan BN.
Tegas beliau, senjata utama pembangkang hanya satu iaitu berbekalkan siri-siri ceramah dengan memfitnah kerajaan dan pada masa yang sama menjanjikan 'bulan dan bintang', sesuatu yang mereka tahu ia mustahil untuk ditunaikan.
"Kepada rakyat, buatlah penilaian terbaik berdasarkan rekod prestasi terbaik, insafi apa yang pembangkang buat di negeri-negeri yang diperintah dan nilai pula apa yang dilakukan oleh kerajaan BN selama ini," katanya.
arab nak komen: kepincangan dan kerosakan yang berlaku pada pakatan rakyat adalah lebih teruk dari BN, mereka hanya pandai bermain isu dan memberi persepsi jahat kepada pemimpin BN tetapi dalam masa yang sama mereka lah yang kaki songlap wang rakyat.
0 comments:
Post a Comment