Beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor daripada Barisan
Nasional bertindak meninggalkan persidangan pada Selasa kerana membantah
tindakan Speaker Datuk Teng Chang Kim yang mereka anggap sebagai tidak
adil.
Abdul Shukur Idrus (BN-Kuang) berkata, Teng telah menyalahgunakan
kuasanya apabila menghantar SMS meminta semua anggota exco kerajaan
negeri "menggunakan peluang secukupnya" untuk menjelaskan kejayaan
kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat itu memerintah Selangor
selama empat tahun dalam sesi penggulungan perbahasan.
"Speaker tidak boleh hantar SMS sebegini kepada ahli exco sebab hanya
MB (Menteri Besar) sahaja boleh hantar SMS untuk meminta semua ahli
Exco membahas tentang kejayaan pakatan PKR-DAP-PAS memerintah Selangor.
"Ini jelas menunjukkan Speaker mengambil pendirian berat sebelah
apabila hantar SMS yang memberi rangsangan kepada anggota exco supaya
menjawab baik mengenai pemerintahan pakatan pembangkang," katanya kepada
pemberita selepas keluar dari dewan itu.
Turut bertindak keluar adalah Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai
Burong), Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali), Wong Koon Mun (BN-Kuala
Kubu Baharu), Datuk Abdul Rahman Palil (BN-Sementa) dan Badrul Hisham
Abdullah (BN-Pelabuhan Klang).
Mohd Shamsudin pula berkata, Teng sepatutnya meminta maaf kepada
semua anggota dewan kerana SMS yang dihantarnya itu bertentangan dengan
amalan seorang Speaker kerana ia cuba mempengaruhi pemikiran orang lain
untuk membahas sesuatu isu.
SMS dalam bahasa Inggeris itu antara lain berbunyi: "Ini mungkin
penggulungan terakhir bagi exco, peluang harus digunakan sepenuhnya bagi
menjelaskan tentang kejayaan kita sejak empat tahun lepas."Teng pula berkata, beliau tidak mengambil sikap berat sebelah "dalam usaha mendekati dan menegur semua anggota dewan".
Beliau berkata, SMS yang dihantarnya itu hanya untuk memberi
peringatan kepada semua anggota exco untuk menggunakan peluang
sebaik-baiknya membahaskan tentang sesuatu isu.
Teng berkata, mana-mana wakil rakyat BN boleh membawa usul terhadap beliau jika beliau menyalahgunakan kuasanya. - BERNAMA
di parlimen pulak ketua menteri paling cilakak lim guan eng telah di malukan oleh menteri. KLIK SINI
di parlimen pulak ketua menteri paling cilakak lim guan eng telah di malukan oleh menteri. KLIK SINI
0 comments:
Post a Comment