Monday, December 5, 2011

JOM TENGOK FILEM " BUJANG TERLAJAK BELUM TERLANJUR"



Bujang Terlajak Belum Terlanjur Meletup Di Pawagam 2012 

Saya telah dipertontonkan filem terbaru arahan Prof.Madya Razak Mohaideen yang bertajuk Bujang Terlajak Belum Terlanjur pada 1hb Disember 2011 bertempat di sebuah pusat tayangan MidValley. 

Filem ini akan disiarkan di pawagam-pawagam seluruh tanah air sempena cuti Tahun Baru Cina pada 2012. Filem ini mempunyai plot cerita yang sangat mudah tetapi mempunyai maksud mendalam yang mengisahkan tentang kehendak manusia apabila memuncak , mereka sanggup lakukan apa sahaja bagi mendapatkan hajat terpendam. 

Terdorong akibat terdesak adalah satu mesej kemanusiaan yang cuba disampaikan melalui filem komidi ini. Cara penceritaan filem ini sangatlah menarik kerana ia bermula dengan satu insiden dan daripada insiden tersebut plot-plot komedi ini dibina dan disusun sehingga menjadi sebuah cerita yang penuh dengan adegan-adegan lucu dan komidi yang original.

Filem ini menggabungkan tiga watak utama iaitu Johan Raja Lawak, Nabil dan Saiful Apek. Lakonan mereka sangat bersahaja dan mempunyai ciri-ciri unik tersendiri kerana membawa dua watak berlainan setiap seorang. Di samping itu ada satu watak istimewa lakonan pelakon baru Shaheed Salim iaitu watak Jibab yang pasti memikat hati kanak-kanak serta para remaja. 

Filem komidi ini sesuai untuk tontonan umum dan amat relevan untuk semua lapisan masyarakat. Lakonan para pelakon pembantu termasuk Fazura dan Mustapha Kamal telah memainkan peranan menjayakan filem komidi ini. Filem ini bakal menjadi filem “box office” tahun 2012 kerana plot cerita yang menarik serta komidi asli yang pasti membuat anda tertawa. 

Sokonglah filem-filem tempatan dengan keluar beramai-ramai menyaksikan filem komidi ini bagi menyokong pengeluaran industri filem tempatan. Sokongan anda akan membolehkan pemain-pemain industri filem terus berkembang maju dan menghasilkan filem-filem bermutu tinggi. Sokonglah industri filem tempatan.

20 comments:

Kak Non said...

Kalau dah disarankan...cuti raya Cina, akak turun anak beranak gi panggung...Sokonglah filem tempatan..

Bang Long said...

Dari putrajaya kami akan support razak mohaideen...

Acik said...

Cayalah sama lu bro...Dalam sibuk politik, dan lagi sokong filem tempatan..Kawan I dah tengok di UPSI Tanjung malim ari tu..Bestlah !...Acik nak pi lah nenngok filem ni..

Ani laser said...

Klip dia tu sempoilah....19 Januari 2011...pasti meletup !

nana tanjung said...

nana bawak aci pi tengok sekali...

Mapedia said...

arab....you punya recommend, gua mesti tengok....

Jangan Kecoh lah.. said...

Filem produser respect blogger..1hb Disember 2011, Line Clear jemput blogger khas untuk preview movie ni di midavalley...Ramai blogger hiburan turun..Respect this producer...

anak ku sazali said...

Johan...u r the best..Aku pasti tengok punyer...

Ampun tuanku said...

100% kita orang support..Ipoh mali..

Blogger Power said...

Tima sih kerana war warkan...Tak sangka blog support filem tempatan...I follow...

Bang Die said...

Kalau di aloq Setaq...sekampung turun mai...kami suka Apek dgn Johan...

Hikmah said...

Filem ni pengajaran suruh kita hormati OKU..Mesej yang very islamik...support power !

Puteri Gunung Ledang said...

Wah..bestnya klip ni...Kuar je..kami geng Uni KL gi tengok ramai-ramai..Syabas Prof Razak..Thanks blog..

Budak Sabah said...

Sandakan sampai bah..Kami support semuanya sekali ni..

Legenda budak setan said...

Tak kisah..u recommend , kita pi tengok..

hantam sama dia said...

Wow..sampai masuk blog..ni mesti kecoh habis...kutipan box office nih..

PFM said...

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian..Filem paling kelakar 2012...johan, apek dan nabil..kombinasi meletup !

Anonymous said...

kalau tengok dia punya trailer, memang best....kak ana

Rumah sebelah said...

Tak sangka hang minat..ni mesti best

Anonymous said...

Dah hang kata best..bergolok bergadai aku pi tengok...

Related Posts with Thumbnails