Wednesday, December 28, 2011

TRAGEDI MEMALI DAN BUKIT JENALIK....HADI AWANG HARUS BERTANGGUNG JAWAB

Sebenarnya Amanat Haji Hadi bukan satu-satunya fatwa dikeluarkan oleh Abdul Hadi, malah sebelum dan sesudah timbulnya amanat itu pun, dia mengeluarkan bermacam-macam fatwa atau pandangan atau ucapan berciri hukum agama walaupun padah dan kesan buruk tidak sebesar dan sehebat amanatnya itu.


Di antara fatwa yang membawa padah dan memberi kesan buruk pada pengikut Pas ialah dakwaan bahawa Allah menjadikan manusia itu bergaduh antara satu sama lain. Fatwa ini dikeluarkan oleh Abdul Hadi pada 24 September 1980, iaitu enam bulan sebelum dia mengeluarkan amanatnya.


Hadi Awang berkata begitu semasa berceramah di Bukit Kulin, Marang, Terengganu dengan memetik ayat al-Quran, surah al-Baqarah ayat 251. Dia mendakwa ayat itu bermaksud : “Kalau Allah tidak menjadikan manusia ini bergaduh, bermusuh, berkelahi, nescaya akan rosaklah muka bumi”.


Tetapi sebenarnya ayat berkenaan bermaksud :”Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.” (al-Baqarah :251)


Ini bermaksud Amanat Haji Hadi adalah kesinambungan kepada tafsiran salah ayat berkenaan untuk menggalak orang Islam bermusuh sesama Islam. Pendekatan bermusuh sesama Islam perlu bagi Pas untuk menyekat pengikutnya daripada mendekati kebenaran dan seterusnya menolak UMNO dan Barisan Nasional.

Amanat Haji Hadi berjaya meyakinkan penyokong Pas bawahan yang tidak mempunyai pengetahuan agama supaya membenci dan bermusuh dengan penyokong UMNO dan BN serta percaya dengan jaminan hukum jihad dan mati syahid. Tragedi Memali dan Bukit Jenalik adalah bukti Amanat Haji Hadi salah satu punca utama yang mempengaruhi pemikiran pihak yang mencetuskan kedua-dua tragedi.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails