Selepas tujuh tahun, bencana tsunami melanda rantau ini, sehari selepas Krismas pada 2004 dan mengorbankan ratusan ribu nyawa termasuk hampir 70 di negara ini, kian dilupakan.
Di Kota Kuala Muda di sini, 12 nyawa terkorban akibat ombak tercetus susulan gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter di Banda Aceh, Indonesia itu.
Namun, selain pembinaan tugu peringatan serta tinggalan rangka beberapa rumah yang musnah akibat bencana itu, tiada sebarang acara diadakan terutama oleh pihak berkuasa bagi mengenang tragedi tersebut.
“Kami di sini hanya buat majlis Yasin dan tahlil bagi memperingati mangsa tragedi,” kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Taman Permatang Katong, Muhammad Hussain.
Taman Permatang Katong dibina kerajaan pada 2006 bagi menempatkan lebih 100 keluarga dari Kampung Kepala Jalan, Kampung Masjid dan Kampung Keda di pesisir pantai Kota Kuala Muda yang musnah akibat tragedi itu. Mengenang kembali kejadian, Muhammad, 45, berkata, pada hari tersebut terdapat tiga kenduri masing-masing di Kampung Kepala Jalan, Kampung Masjid dan Kampung Keda.
“Boleh dikatakan pada hari itu, semua penduduk yang rata-rata bekerja sebagai nelayan tidak turun ke laut, bagi menghadiri kenduri dan saya sendiri menjadi tukang masak bagi kenduri Kampung Kepala Jalan,” katanya yang bekerja sebagai tukang besi
Katanya, selesai memasak, beliau pulang ke rumah untuk menjaga pasangan anak kembarnya berusia setahun bagi membolehkan isterinya menghadiri kenduri.
“Kira-kira jam 1.45 tengah hari, isteri saya pulang ke rumah dan pada masa itu ombak besar melanda, menyebabkan saya menggendong kedua-dua anak dan lari menyelamatkan diri bersama isteri,” katanya. Menurutnya, rumah dan bengkel besinya terletak di seberang jalan kira-kira 100 meter dari pantai musnah dalam kejadian itu.
Muhammad berkata, apabila air mula surut, dia kembali ke rumah yang mengadakan kenduri itu dan cuba membantu mangsa, termasuk mengangkat dua mayat wanita.
Sementara abang Muhammad, Idris yang juga Ketua Kampung Kepala Jalan berkata, beliau mengalami trauma selama berbulan-bulan selepas tragedi itu.
“Dengar deruan ombak...malah bunyi kenderaan pun saya rasa takut,” katanya.
Idris berkata, semasa kejadian, beliau menemani kira-kira 15 anggota keluarganya berkelah di pantai Kota Kuala Muda.
“Kami bawa makanan, dan keperluan lain. Masa hendak hidang makanan saya lihat air sungai kering, air laut juga surut. Masa itu kira-kira jam 1 tengah hari, saya lihat ombak putih panjang,” katanya.
Beliau berkata, tidak lama kemudian pantai dilimpahi air dan menenggelam kawasan sekitar, menyebabkan mereka semua lari ke tingkat dua rumahnya.
“Semua barang tingkat bawah musnah, namun saya bersyukur kami selamat kerana air kira-kira 1.5 meter tinggi tidak sampai ke tingkat atas,” katanya.
bernama

0 comments:
Post a Comment