Chegubard telah ditahan di balai polis Seremban 2 kerana sebuah akaun twitter yang menggunakan nama AMK_Rembau.
Laman Twitter berkenaan didapati membuat komen yang didakwa menghina DYMM YDP Agong.
Penahanan ke atas chegubard adalah kerana beliau dikatakan mempunyai hubung kait dengan pemilik akaun twitter AMK_Rembau.
Julai lalu, sebuah NGO telah membuat laporan polis ke atas sebuah akaun twitter yang menggunakan nama 'AMK Rembau', kononnya kerana menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.
Bagaimanapun, ia segera dinafikan oleh Ketua AMK Rembau iaitu Md Sani Mohd Shah didalam satu kenyataan akhbar dengan mendakwa akaun tersebut bukan milik pemimpin PKR tersebut.
CheguBard juga menafikan dia adalah pemilik akaun laman sosial berkenaan. Katanya, akaun twitter AMK_Rembau muncul ketika Pemilihan 2010 PKR semata-mata untuk memburuk-burukkan namanya yang bertanding jawatan Ketua AMK.
Setelah keterangan diambil, chegubard dilepaskan pada hari yang sama dengan jaminan polis.
Pihak polis telah merampas BlackBerry kepunyaan Chegubard dan pihak polis juga cuba untuk mendapatkan laptop milik Chegubard dan juga laptop kepunyaan PKR Cabang Rembau.
baru ada akai, sesuai dah tu kaki buat fitnah kena dengan buat fitnah.
0 comments:
Post a Comment