Thursday, December 8, 2011

OMBAK RINDU SUDAH 4 JUTA DALAM 4 HARI

Filem arahan Osman Ali, "Ombak Rindu" mencetus satu fenomena baru dalam industri filem tempatan selepas berjaya mendapat kutipan jualan tiket sebanyak RM4 juta dalam tempoh empat hari tayangannya bermula 1 Disember lalu. 

Pengarah yang juga calon kategori Pengarah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 berasa sangat gembira dan bersyukur dengan kejayaan filem yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari tersebut. 

"Ia adalah satu suntikan semangat buat saya selepas diberitahu berjaya mendapat kutipan sebanyak itu. Saya tidak menjangkakannya tetapi itulah rezeki buat saya dan semua yang terlibat dalam produksi filem ini," ujar Osman. 

Walaupun gusar jika kurang mendapat sambutan memandangkan penonton kini lebih tertarik menyaksikan filem bercorak komedi dan seram, tetapi dia yakin populariti novel asal turut memainkan peranan penting bagi menarik minat kaki wayang untuk membanjiri panggung. 

"Kami pernah mengadakan kajian sebelum membuat keputusan untuk membawa novel ini ke layar perak. Ternyata ramai yang bersetuju dan berminat. Jadi saya yakin mereka yang ke panggung adalah mereka yang pernah membaca novel tersebut," jelas Osman lagi. Pengarah kelahiran negeri Kedah ini turut mengakui kekuatan yang ada pada "Ombak Rindu" adalah mainan emosi serta lakonan mantap daripada barisan pelakon

arab nak komen: akibat ombak rindu dan maya karin arab lupa sekejap untuk berpolitik, kekadang kita perlukan ruang untuk tenangkan diri. 

.

1 comments:

Anonymous said...

aku syok kat maya karin...
confirm minah ni lagi lawa kalau pakai tudung terus sampai bila2...
dah boring tgk minah ni berpakaian spt yg biasa kita lihat...

tahniah dgn kutipan yg memberangsangkan...

pejuang hamas...

Related Posts with Thumbnails