Friday, December 9, 2011

PAKATAN RAKYAT : POLIS MORAL POLITIK

People Against Opposition
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah di-implikasikan dengan pelbagai isu-isu yang membabitkan moral peribadi serta etika sivik.

Dalam tahun 1999 , Datuk Seri Anwar Ibrahim telah didapati bersalah menyalahgunakan kuasa dan telah dipenjarakan selama 6 tahun. Kemudian untuk tuduhan Liwat 1, mahkamah telah mendapati bahwa bukti tempat dan masa tidak konsisten. Kes tuduhan Liwat 1 telah dibuang. 

Sekarang ini beliau sedang menjalani perbicaraan kes Liwat 2 yang membabitkan bekas pembantu khas beliau. Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta membela diri. Dalam pada itu terdapat pula isu video seks lucah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Di dalam kemelut ini, PKR adalah sebuah parti yang cuba menjadi POLIS MORAL POLITIK Malaysia dengan menuduh Barisan Nasional adalah sebuah parti korup, Perdana Menteri dituduh terlibat dalam Kes Altantuya tanpa bukti sahih tetapi telah mengalihkan pandangan daripada isu yang melibatkan moral Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengeluarkan kenyataan bahwa ini adalah fitnah politik UMNO. 

Jika benar PKR ingin memperjuangkan kebenaran serta ketelusan perundangan, dalam kes-kes yang sedang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka kepimpinan Pakatan Rakyat perlu berani sekurang-kurangnya meminta Anwar Ibrahim undur atau letak jawatan buat sementara sehingga nama beliau dibersihkan daripada segala pertuduhan ini. 

Barisan kepimpinan Pakatan Rakyat serta barisan kepimpinan Parti Keadlian Rakyat tidak berani membuat pembetulan dalaman berhubung isu-isu yang berkaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

UMNO dituduh sebagai parti yang sangat korup namun UMNO mempunyai integrity memecat serta menghukum pemimpin-pemimpinnya apabila berlaku pertuduhan yang melibatkan rasuah, skandal kewangan atau skandal seks sekalipun. 

Jadi kajian lebih dekat terhadap PKR menunjukkan bahwa parti tersebut dan sekutu-sekutunya dalam Pakatan Rakyat tidak mempunyai prinsip yang jelas dalam menguruskan isu-isu pertuduhan yang melanda kepimpinannya. 

“Double Standard” yang digunakan oleh PKR dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang senantiasa enggan mengambil tindakan ke atas pemimpin yang terlibat dengan pertuduhan salah-laku mencerminkan prinsip sebenar parti-parti Pakatan Rakyat yang tidak telus , tidak berpegang kepada prinsip kepimpinan melalui teladan serta hipokrit kepada perjuangan yang mereka namakan REFORMASI. They are con-men....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails