Rakyat Selangor perlu menzahirkan kekecewaan mereka terhadap kepimpinan kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat dengan memilih Barisan Nasional (BN) untuk memerintah semula negeri itu, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata rakyat Selangor dilihat mula sedar dan bangkit untuk menolak kerajaan negeri sedia ada yang jelas tidak memperlihatkan perubahan positif melainkan hanya menjanjikan retorik dalam ceramah mereka.
"Ini hakikat yang menjadi realiti di Selangor, mereka marah, menyesal dengan keputusan pada pilihan raya umum lepas disebabkan rasa marah pada seseorang dan pemimpin tempatan di kawasan mereka.
"Tetapi bila marahkan nyamuk kelambu dibakar, mereka terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Oleh sebab itu, kebangkitan semula BN di Selangor, apatah lagi di bawah pimpinan Perdana Menteri sebagai pengerusi BN Selangor, ia akan dapat memperkasa semula sokongan rakyat terhadap BN," katanya semasa merasmikan Karnival Sayangi Selangor anjuran BN Selangor di i-City malam Khamis.
Turut hadir Pengarah Operasi Karnival Sayangi Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Chua Tee Yong serta pemimpin kanan BN Selangor.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata pada masa sama, jentera BN di Selangor termasuk di peringkat Pusat Daerah Mengundi, Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, perlu menghayati sokongan rakyat yang kian meningkat dengan bekerja keras serta mengetepikan perselisihan peribadi serta perbuatan 'cah keting bagi memastikan kejayaan BN.
Selain itu, beliau berkata BN kini memberi tumpuan kepada golongan muda atau generasi X dan Y, mewakili 38.8 peratus pengundi, yang sedar dengan transformasi parti di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata karnival tersebut adalah pemangkin untuk menjadi kayu pengukur sejauh mana program yang diatur BN mendapat sambutan orang ramai. Ini dapat dilihat daripada kehadiran 100,000 orang ke karnival selepas dua hari berlangsung, dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 300,000 sehingga Sabtu ini, katanya.
Karnival Sayangi Selangor berlangsung empat hari mulai semalam dengan acara kemuncaknya iaitu Sambutan Tahun Baru 2012, akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
-- BERNAMA

0 comments:
Post a Comment