Ombak Rindu mengisahkan tentang kehidupan Izzah, seorang gadis kampung yang dijual dan dipaksa menjadi pelacur oleh pakciknya di sebuah kelab di Kuala Lumpur.
Izzah telah dirogol tanpa sedar oleh seorang pemuda kaya bernama Haris. Setelah mengetahui dirinya tidak suci lagi, Izzah merayu kepada Haris agar membawanya pergi dari tempat hina itu. Haris pada awalnya keberatan namun dia menuruti permintaan Izzah, lalu membawanya pulang ke rumah.
Niat Haris adalah untuk menjadikan Izzah sebagai tempat pelepasan nafsunya apabila dia mahu. Izzah meminta agar Haris mengahwininya kerana tidak mahu hidup dalam noda. Haris tidak mahu tetapi selepas berfikir, akhirnya dia menikahi Izzah selepas Izzah berjanji tidak akan menuntut sebarang hak sebagai isteri.
Haris akhirnya semakin menyayangi Izzah dan cinta mereka mula berputik. Hidup mereka semakin bahagia namun kepulangan Mila Amylia , teman wanita Haris, merubah segalanya. Mampukah cinta Izzah dan Haris bertahan?
Ombak Rindu adalah cerita tentang insan-insan yang memegang pada perkara yang
mereka percaya dan mahu percaya. Izzah berpegang pada cintanya. Haris
berpegang pada janjinya. Mila berpegang pada impiannya dan Datuk Sufiah
berpegang pada maruahnya
.
Cinta Izzah dan Haris disimbolikan melalui jam tangan yang menjadi
pertukaran sebagai tanda hantaran pernikahan mereka. Besar nilainya
jam-jam tersebut kerana Izzah tidak mahu berenggang, malah begitu panik
saat jam tersebut telepas dari tangannya. Begitu juga dengan Haris.
Soalan pertama yang terpacul dari mulutnya saat dia sedar dari koma
adalah jam kesayangannya itu.
Mila Amylia, gadis yang bersifat immature yang tidak mahu melepaskan
mimpi waktu kecilnya untuk berkahwin dengan 'prince charming' hatinya.
Biarpun Haris menegaskan yang dia tidak mencintai Mila, namun itu tidak
memadamkan niat Mila untuk mendapatkan Haris. Mila bernasib baik kerana
mempunyai 'penyelamat' seperti Datuk Sufiah, ibu Haris. Watak Datuk
Sufiah mempunyai semangat Nyonya Mansoor (Ibu Mertuaku, 1962) , ikon
kekejaman seorang ibu. Terlalu menjaga maruah dan darjat namun akhirnya
'mati' dalam dunianya sendiri.
Izzah tidak pernah lepas daripada menjadi mangsa keadaan. Dijual,
dikurung, dihalau, dan diherdik, segalanya ditempuhi Izzah dengan
kekuatan. Jiwa yang terkandung dalam watak ini diuraikan dengan berkesan
oleh Maya Karin. Terdapat peningkatan pada slang Melayu Maya dan ini
membantu dalam penerimaan dialog-dialog beliau.
Tetapi apa yang
membuatkan aku lebih berminat dengannya adalah bagaimana Maya mendalami
watak itu dan mengekspresikannya menerusi mata, mimik muka dan gerak
tubuh beliau. Maya membuat aku percaya beliau adalah Izzah. i luv u maya.!!!!
Haris menjadi' di tangan Aaron. Tangisannya pasti akan meluluhkan hati wanita
yang memandang, seperti mana luluh Izzah melihatnya. Begitu juga dengan
Lisa. Jujurnya aku tidak berminat dengan lakonan beliau namun Lisa
membuatkan Mila Amylia itu believable! Daripada benci bertukar simpati. Lagaknya dan kualitinya mirip pelakon hebat iaitu fauziah ahmad daud (OGY) kalau diberi naskhah dan
dibentuk oleh pengarah yang baik seperti Osman, Lisa cemerlang.
semua pelakon dalam cerita ini hidup dalam watak masing masing, aku suka pada pak dollah kerana aku pada mulanya tidak faham apa hubungan dia dengan Haris, Tonasi dan riak wajah beliau sukar ditandingi pelakon
muda yang beraksi dengannya. Sungguh terkesan melihat wajahnya yang
berdoa syukur selepas mengetahui status hubungan Izzah dan Haris. Saat
Pak Dollah memburaikan rahsia, saat dia mengejek pujukan arwah suami
Datuk Sufiah, semuanya segar diingatan.
apa yang menjadi aku potong stim ialah bilamana ada pertukaran babak dari satu scene ke satu scene itu menjadi satu kejutan tiba tiba, jalan ceritanya tergantung kerana terlalu pantas, ianya betul betul menganggu kosentrasi aku dan penonton.
ombak rindu mempunyai momen-momen indah yang cukup cantik. Momen-momen itu sarat dengan sifat cinematic-nya yang menjadikan ia sebuah naskah yang layak dipanggil 'filem'. Elemen drama dan Hindi yang wujud tidak dibuat secara berlebihan, ia cukup-cukup untuk menciptakan emosi yang bertepatan. Hujan, petir, matahari terbenam, adalah antara penambah rasa dalam bentuk simbolisme yang membantu mecantikkan filem ini.
bohong kalau aku katakan aku tidak mengeluarkan airmata, scena yang membuat ramai yang menangis bila izzah datang kepada haris yang sedang tidur keletihan, lalu izzah meletakkan kepalanya di dada haris serentak dengan itu lagu ombak rindu dimainkan, cuba hayati liriknya.
"Tuhan tolong lembutkan hati dialagu lagu yang dimainkan memang penuh dengan elemen drama dan hindi yang bisa meragut jiwa penonton, Penonton tidak akan dipaksa untuk mengalirkan airmata, ia pasti mengalir sendiri bagi mereka yang betul merasai. Runut bunyinya juga akan menjadi punca lelehan itu. Percayalah!
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku"
aku nak kata filem ini antara yang terbaik bagi tahun 2011
Tetapi untuk penonton biasa, belilah tiket anda sekarang. Worth every cent.
"Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah"
i love u maya...!!!!!
0 comments:
Post a Comment