Wednesday, December 21, 2011

ANWAR ONE MAN DISASTER ZONE

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR tentu gigit jari dan akan terasa 'bodoh sangat' apabila membaca blog bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang jawab terperinci berhubung polemik pinjaman Bank Dunia yang mereka cuba dakwa beliau berbohong.

Dalam tulisan terbaharu di blog peribadinya, www.chedet.cc Selasa Dr Mahathir menjelaskan isu pinjaman tersebut bersama-fakta-faktanya sekali.

Anwar sebelum ini berhempas pulas cuba nak 'spin' isu kononnya Dr Mahathir ada tulis surat kepada Bank Dunia minta pinjaman ketika negara menghadapi krisis ekonomi .

Untuk menguatkan dakwaan, mereka tunjuk kepada wartawan beberapa dokumen yang mereka anggap bukti bekas Perdana Menteri meminta pinjaman

Dr Mahathir sebaliknya menerangkan satu persatu berdasarkan fakta dan di akhir tulisannya beliau menegaskan tidak pernah menulis surat meminta pinjaman seperti yang didakwa Anwar dan mencabar ketua pembangkang itu untuk bersumpah junjung Al Quran di masjid bagi membuktikan kata-katanya benar.

Serentak dengan itu beliau tegaskan; "Saya bersedia untuk bersumpah yang saya tidak pernah minta pinjaman Bank Dunia."

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyentuh isu dakwaan Anwar itu dalam ucapan beliau pada Majlis Makan Malam Gala 'Tun Dr Mahathir: Legasi Tersohor' serta pelancaran Program Kepimpinan Ulung Mahathir (MDIP) di PWTC Selasa malam.

Najib berkata Dr Mahathir juga telah menjadi penyelamat ekonomi negara ketika dunia dilanda krisis kewangan apabila menolak untuk menyerahkan Malaysia kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

"... dan saya boleh menyokong apa yang Tun (Mahathir) sebut bahawa dia tentu sekali tidak akan menyerahkan negara kita kepada penguasaan IMF dalam apa jua keadaan.

"Sebaliknya kalau ada orang nak tuduh dia (Tun) menulis surat itu, saya fikir itu mengarut belaka," katanya.

Berikut adalah terjemahan tulisan Dr Mahathir tersebut.
1. Tuduhan bahawa saya menulis kepada Bank Dunia meminta pinjaman adalah tidak berasas. Tetapi Malaysia telah meminjam 'project loan' dari Bank Dunia sejak 1958.
2. Rundingan terakhir untuk pinjaman yang dibuat pada tahun 1997. Ini adalah untuk projek-projek berikut: a) Sektor Pendidikan USD244 juta 
b) Sektor Sosial USD60 juta 
c) Sektor Teknikal USD100 juta 
3. Krisis mata wang juga bermula pada tahun 1997. Seperti kebiasaannya, pinjaman tidak diluluskan sehingga 1999 setelah krisis tamat. Urutan biasa untuk permohonan pinjaman yang dibuat, diikuti dengan rundingan. Kelulusan akan diberikan oleh pihak bank kemudian. 
4. Bank Dunia mahu Malaysia meminta pinjaman bagi menyelesaikan krisis seperti negara-negara lain yang terjejas oleh perdagangan mata wang. Memang diketahui Malaysia enggan untuk mendapatkan bantuan IMF atau Bank Dunia kerana. Sebaliknya, pada tahun 1998 Malaysia memperkenalkan kawalan mata wang Malaysia yang membantu pemulihan ekonomi. 
5. Pada bulan Jun 1998 (sebelum kawalan mata wang dan Anwar masih Menteri Kewangan) pinjaman bagi USD 300 juta telah ditandatangani dengan Bank Dunia untuk; a) Kumpulan Wang Program Makanan b) Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi c) Program Mikro Kredit 
6. Pada 31 Mac 1999 pinjaman sebanyak USD 100 juta telah ditandatangani bagi Bantuan Teknikal dan untuk mengatasi masalah Y2K. Walau bagaimanapun, pinjaman ini telah dihentikan selepas dikeluarkan sebanyak USD 11,94 juta.
7. Daripada USD 244 juta Projek Pendidikan yang telah diluluskan pada bulan Mac 1999, pembayaran telah diperintahkan supaya berhenti selepas USD 216.7 telah dikeluarkan. 
8. Pinjaman Sektor Sosial USD 60 juta, yang diluluskan pada bulan Mac 1999, hanya USD 600,000 telah dikeluarkan sebelum ia berhenti.
9. Oleh kerana seluruh dunia tahu Anwar seperti laporan di dalam akhbar dan majalah asing berhasrat melaksanakan dasar IMF tanpa pinjaman IMF. Beliau menaikkan kadar faedah, mengurangkan tempoh untuk mengisytiharkan pinjaman tidak berbayar dari 6 bulan hingga 3 bulan, peruntukan bajet dikurangkan kepada kementerian untuk mencapai lebihan belanjawan dan sebagainya. 
10. Walaupun beliau tidak menentang (dasar) kawalan mata wang, Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara yang dilantik olehnya enggan untuk melaksanakan dasar dan meletak jawatan. Tan Sri Zeti kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. 
11. Seperti yang dinyatakan di atas, Malaysia berhenti berunding mengeluarkan pinjaman dengan Bank Dunia pada tahun 1997 dan Jun 1998. Ini tidak menghalang Malaysia pulih daripada krisis. 
12. Saya tidak pernah menulis surat atau secara (mengemukakan) permintaan lisan untuk pinjaman dari Bank Dunia. Jika Anwar boleh menunjukkan bukti bahawa saya telah lakukan, maka hendaklah dia (tunjukkan bukti itu). Gagal (berbuat demikian) dia perlu bersumpah Al-Quran di dalam masjid bahawa dia tahu apa yang dikatakannya itu adalah benar. Saya bersedia untuk bersumpah bahawa saya tidak pernah meminta pinjaman dari Bank Dunia.-AgendaDaily 

KOMEN ARAB: Pada tahun 1998-1999 si peliwat ini boleh lah kata macam macam kat tun M , sebab ketika itu tun M perdana menteri, sekrang ini  si peliwat tersilap percaturan bila terus menyerang Tun m dengan fitnah, tun m jawab dan kilas sekali saja, peliwat tegar terus terdiam ....

1 comments:

Anonymous said...

Juburi tu da Gila .. Dia tau PRU akan dtg dia akan jatuh.. so Macam2 Fitnah dia buat .Kasi Bukti ..Kalau Nak Fitnah Tun ..Org yg Difitnah Berani Bersumpah Manakala Org yg Memfithnah ?? Kami semua tak tau Kebenaran ..Jln Terakhir Ialah Sumpah Lakhnat ..Kalau Juburi Benar Sumpah la ..Baru aku Pangkah KAU JUBURI .. ..Seriously Kalau Kau Bersumpah Menafikan 2 Kes Kau Aku Vote Kau Next PRU ..Kalau X ... Jgn Haraplah. .

Related Posts with Thumbnails