Monday, December 26, 2011

ISU NFC DAN KHIR TOYO TIDAK MELEMAHKAN BN

Isu National Feedlot Corporation (NFC) serta hukuman penjara terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo tidak menjejaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, isu terbabit hanyalah cabaran kecil kepada BN dan beliau yakin, ia tidak memberi impak besar kepada parti.

Beliau berkeyakinan ia tidak menjejaskan hasrat BN untuk merampas kembali negeri yang kini di bawah pentadbiran parti pembangkang.

“Rakyat lebih titik beratkan usaha kerajaan meningkatkan ekonomi, mengekalkan keamanan serta mendahulukan rakyat,” katanya selepas pertemuan dengan kepimpinan penerangan di bangunan Umno Negeri, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Umno Melaka; Isnin Aman, Setiausaha Kerja Umno Melaka; Datuk Akhbar Ali dan Pengerusi PPP Melaka, Datuk Chiw Tiang Chai.

Menurutnya, BN mempunyai strategi menghadapi PRU13 dan terpenting adalah kejayaan pemimpin BN menyelesaikan masalah rakyat.

“Falsafah parti untuk membela dan mendahulukan rakyat, itu yang penting,” katanya.

Ahmad berkata, BN tidak menggunakan masalah dalaman parti pembangkang, termasuk dihadapi beberapa pemimpin parti itu sebagai tiket menarik sokongan rakyat.

SUMBER UTARANEWS

0 comments:

Related Posts with Thumbnails