Monday, December 26, 2011

MALAYSIA NEGARA ISLAM, PAS MEROYAN LAGI

Menolak hukum hudud adalah antara beberapa tuduhan yang dibuat oleh Pas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Benarkah Dr. Mahathir menolak hukum hudud? Jawapannya,TIDAK

Dr. Mahathir walaupun tidak pernah menganggap dirinya sebagai ulama, tetapi pengetahuan beliau dalam agama sangat mantap. Malah dalam banyak aspek penghujahan beliau mengenai isu-isu agama termasuk sebab tidak dilaksanakan hukum hudud di Malaysia adalah menujukkan bahawa beliau lebih faham pun dari sesetengah cerdik pandai agama dan ulama Pas.

Dengan itu tidak hairan puak pembangkang jika mahu menuduh Dr. Mahathir menolak hukum hudud, mereka hanya mengguna cara putar belit seperti menuduh beliau menghina Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perhimpunan Agung UMNO pada Mei lalu.

Mereka mengambil sedikit saja ucapan beliau untuk menggambarkan beliau menghina Nabi. Untuk menuduh beliau menolak hukum hudud pula mereka mentafsirkan kenyataan-kenyataan tertentu Perdana Menteri mengenai hukum hudud yang tidak dapat dilaksanakan di Malaysia kerana tidak cukup syarat untuk menggambarkan beliau menolak hukum Allah yang unik itu.

Bagaimanapun, ramai orang awam Islam termakan dakyah Pas itu dan mereka percaya tuduhan yang dilempar kepada Dr. Mahathir itu.

Apa kata Dr. Mahathir mengenai tuduhan Pas bahawa beliau menolak hukum hudud?

Dr. Mahathir berkata, Pas menuduh kita bukan negara Islam kerana tidak mengamalkan hukum hudud.

Apakah ini boleh dijadikan sebab untuk menidakkan kita sebagai negara Islam. Pas mendakwa Arab Saudi mengamalkan hukum hudud. Negara itu melaksanakan hukum pancung dan kadang-kadang dia potong tangan, yang menjadi persoalan ialah bagaimanakah dia membuat keputusan untuk menghukum seseorang itu.

"Kita ada bertanya kepada mereka mengenai hal itu terutama mengenai bagaimanakah mereka membuat keputusan untuk menghukum bunuh seseorang.

Mereka tidak dapat memberikan jawapan dan oleh itu kita tidak tahu apakah dibuat perbicaraan mengikut kehendak hukum hudud.

"Baru-baru ini terjadi satu kes di Arab Saudi yang menjatuhkan hukum hudud ke atas dua orang yang meliwat seorang budak dan mereka membunuh budak itu.

Kerana membunuh budak itu kerajaan Arab Saudi telah menjatuhkan hukum bunuh ke atas dua orang itu. ''Kita hendak tahu bagaimanakah cara menjatuhkan hukuman bunuh ini dan kaedah yang digunakan oleh mereka untuk membicarakan seseorang itu mengikut hukum hudud.

Sampai sekarang masih lagi tidak mendapat jawapan daripada pihak mereka. Cara yang digunakan itu tidak semestinya dikehendaki oleh hukum hudud. Kita tidak tahu pasal apa!,'' katanya.

Menurut beliau, ngara-negara lain tidak ada yang mengamalkan sistem hudud, tetapi ia diiktiraf oleh umat Islam dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sebagai negara Islam.

Dalam konteks Malaysia yang diiktiraf sebagai negara Islam, Dr. Mahathir berhujah, hukum hudud bukan syarat untuk menjadi negara Islam.

Sebab hukum hudud tidak dilaksanakan adalah kerana keadaan tidak mengizinkan. Keadaan rakyat termasuk orang Islam di Malaysia ini tidak mengizinkan dilaksanakan hukum hudud. Beliau berhujah lagi, banyak perkara dan hukum yang diwajibkan dalam ajaran Islam tidak dapat kita laksanakan.

Hanya kerana kita tidak melaksanakan perkara-perkara dan hukum-hukum itu tidak menjadikan kita tidak Islam. "Kita akan menjadi kafir jika kita mengatakan bahawa sembahyang itu tidak wajib dan sembahyang itu karut. Maka barulah kita dianggap kafir. Tidak sembahyang kerana sebab-sebab tertentu, kita masih lagi dianggap Islam kerana kita percaya bahawa sembahyang itu adalah satu daripada Rukun Islam.

Cuma yang menjadi masalahnya ialah kita tidak dapat melakukannya atas sebab-sebab tertentu. "Kita juga menerima hukum hudud sebagai sebahagian daripada tertegaknya negara Islam tetapi kerana sebab-sebab tertentu kita tidak dapat melaksanakannya. Adakah dengan sebab kita tidak dapat melaksanakannya maka kita menjadi kafir?

"Lainlah sekiranya kita mengatakan bahawa hukum hudud itu adalah hukum cara lama yang tidak boleh digunakan lagi serta ia patut dibuang, maka barulah kita boleh dianggap tidak Islam dan secara tidak langsung menjadi kafir.

Di dalam hal ini kita tidak pernah pun menolak hukum hudud. Kita cuma menyatakan bahawa kita tidak mampu,'' jelas beliau.

Menurut beliau, apabila Pas berkata bahawa kerajaan ini bukan Islam kerana tidak melaksanakan hukum hudud samalah seperti Pas berkata bahawa tidak ada negara Islam di dalam dunia ini kerana kesemua 53 buah negara Islam di dalam dunia ini tidak melaksanakan hukum hudud.

Beliau berkata, Pas menidakkan Malaysia negara Islam sedangkan orang lain tidak pula berbuat demikian. Sebaliknya kita diiktiraf oleh negara Islam lain sebagai sebuah "Negara Islam Contoh”.

"Jika pemimpin negara asing boleh mengatakan Malaysia negara Islam mengapa Pas dengan lantang mengatakan negara ini bukan Islam kerana tidak melaksanakan hukum hudud. Jika kita mahu berjuang kita mesti menguasai segala ilmu baik ketenteraan, sains, sebagainya,'' kata beliau.

Dr. Mahathir tidak mengetahui bagaimana Pas boleh menuduh kerajaan kafir dan menuduh beliau sebagai "Mahafiraun” dan mereka juga telah mengadakan beratus-ratus sembahyang hajat menuntut beliau mati.

Dr. Mahathir berkata, jika mengikut Pas beliau telah mati sebanyak empat kali, tetapi Alhamdulillah beliau masih hidup.

"Jika kita mahu mencaci dan memaki memang cukup mudah tetapi untuk berjuang dan memimpin bukanlah satu perkara yang mudah.

Kita tidak memaki tetapi kita hanya berdoa agar mereka (pemimpin-pemimpin Pas) sedar terhadap apa yang mereka lakukan itu adalah amat buruk yakni memecahbelahkan orang Islam. Sedangkan Islam meminta kita bersahabat sesama Islam. Tetapi Pas mengasingkan sesama Islam.

Mereka juga menuduh orang UMNO yang beragama Islam sebagai kafir hanya kerana mereka ahli UMNO. "Apakah ini orang-orang atau pemimpin yang mahu menubuhkan negara Islam? Apabila kita umat Islam berpecah, bolehkah kita menubuhkan negara Islam?

Pas memecahbelahkan umat Islam di negara ini. Tetapi sedarkah mereka siapakah yang akan menikmati keuntungan? Sudah tentu musuh-musuh Islam juga yang bakal meraih keuntungan. "Kerana itulah musuh-musuh Islam ini menyokong Pas dan bersama-sama memaki hamun saya serta memperlekehkan negara ini.

Barat bersama-sama Pas bersatu dan berusaha menjatuhkan kredibiliti negara ini serta membuat pelbagai tohmahan. Pihak Barat memang tidak sukakan saya kerana saya agak keras dan tegas.

Ini sudah tentu menimbulkan kemarahan mereka yang mempunyai matlamat untuk memecahbelahkan negara Islam.

"Barat hendak melihat kita berpecah belah supaya mudah bagi mereka untuk menjajah kita semula.

Pas dijadikan alat oleh mereka untuk mencapai matlamat menjajah negara ini. Haji Hadi dan Nik Aziz menjadi jambatan perjuangan Barat,'' tegas beliau.

Bagaimanapun, Perdana Menteri bersyukur kerana ada yang sedar atas segala kesalahan yang telah dilakukan oleh para pemimpin Pas ini. Mereka kembali ke jalan yang benar iaitu jalan yang didorong oleh Islam dengan merapatkan kembali silaturahim yang telah putus. Berkata bahawa beliau saya yakin dan percaya suatu hari nanti Allah s.w.t. akan membalas segala perbuatan para pemimpin Pas ini dan mereka akan merasai balasannya.

Dengan tuduhan dan gelaran yang berbagai-bagai oleh mereka kepada beliau, beliau serahkan kepada Tuhan untuk membalasnya. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails