Pernah tak anda bayangkan PRU ke 13 akan datang akan dimenangi oleh Pakatan Haram ??? Dengan kata lain BN tumbang dan tidak lagi berkuasa di Malaysia.Jika Pakatan Haram menang,apa yang akan berlaku kepada Malaysia ??? Bolehkah mereka mentadbir negara ini dengan baik Dan memberi keadilan kepada seluruh rakyat ???
Sekarang saya akan bawakan anda semua satu analisis yg aku buat secara peribadi perkara-perkara yang bakal atau mungkin berlaku kepada negara ini sekiranya Pakatan Haram ditakdirkan memerintah.
KITA SAKSIKAN 10 PERKARA DI BAWAH
1. Jika Pakatan Haram memerintah,Malaysia mungin akan diheret ke kancah huru-hara akibat ketidaksefahaman di kalangan pemimpin Pakatan Haram dalam pembentukan kabinet. Buktinya kita sudah dapat lihat sekarang.Belum lagi berkuasa,mereka sudah berbalah tentang siapa yang lebih layak jadi Timbalan Perdana Menteri.Pakatan Haram juga sampai kini belum mampu mengeluarkan senarai kabinet bayangan (shadow cabinet) sekiranya mereka memerintah negara.
Jika mereka asyik berbalah tentang jawatan,bila masa pula mereka dapat mentadbir negara ini. Ekonomi negara mungkin merudum, pelabur akan angkat kaki dan kehidupan rakyat semakin terhimpit.Inikah yang kita mahukan ???
2. Jika Pakatan Haram berkuasa,mereka mungkin akan meminda Perlembagaan Persekutuan. Sudah pasti perkara utama yg sudah lama diidam-idamkan mereka (baca : DAP) untuk dipinda adalah semua perkara yg bersangkut-paut dengan keistimewaan Melayu-Bumiputera (Perkara 3,152 & 153).
Jadi tiada lagi hak keistimewaan Melayu dan bumiputera,Islam bukan lagi agama rasmi,bahasa kebangsaan bukan lagi Bahasa Melayu,tiada lagi peruntukan biasiswa untuk Melayu-bumiputera dan pemansuhan kuota biasiswa pendidikan untuk Melayu-bumiputera. Sekarang, semuanya berdasarkan merit. Siapa yang kaya atau kuat dialah yg akan menang.
3. Jika Pakatan Haram mentadbir,sistem pemerintahan negara ini mungkin akan menggunapakai sistem republik. Dengan kata mudah,sistem Raja Berperlembagaan & Demokrasi Berparlimen yg diamalkan sekarang akan dimansuhkan.Nama negara ini bukan lagi Persekutuan Malaysia tetapi Republik Malaysia.
Ketua negara bagi sistem republik adalah Presiden.Jadi,sudah pasti kuasa Raja-Raja Melayu akan dihapuskan.Raja-Raja Melayu akan hidup seperti rakyat biasa yg tiada kuasa (tidak pasti sama ada jika ini berlaku adakah orang Melayu akan bangkit menentang ??? Mungkin juga tidak kerana org Melayu sudah berpecah teruk ketika ini).
4. Jika Pakatan Haram berkuasa,kuasa politik & ekonomi kaum Cina akan bertambah kukuh.Mereka akan menjadi dominan dalam apa jua bidang di negara ini. Dengan kuasa politik di tangan mereka (baca : DAP),sudah pasti mereka akan menentukan hala tuju negara ini mengikut telunjuk mereka.Sesiapa yg menentang (baca : Melayu),akan disumbat ke dalam penjara @ ISA (jika Pakatan Haram tidak mansuhkan).
5. Orang Melayu dan bumiputera akan dipinggirkan.Tiada lagi keistimewaan kepada mereka.Di bawah Pakatan Haram,org Melayu bakal merempat di bumi sendiri.Kehidupan mereka akan sengaja disusahkan.Peluang untuk berniaga diketatkan,kerjaya di perkhidmatan awam dihadkan dan tiada layanan istimewa untuk mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran. Nasib org Melayu-bumiputera bakal menjadi seperti org Melayu Singapura.
6. Jika Pakatan Haram memegang kuasa,rusuhan kaum persis peristiwa 13 Mei 1969 berkemungkinan besar akan berlaku.Ini kerana jika tindakan mementingkan satu kaum sahaja (Cina) dalam semua bidang/layanan tidak sama rata,kaum-kaum lain akan bangkit memberontak.Tidak mustahil rusuhan kaum bakal terjadi.Segalanya mungkin.
7. Jika Pakatan Haram mentadbir,jawatan-jawatan strategik negara seperti Ketua Polis Negara & Panglima ATM mungkin akan dipegang oleh kaum Cina (jika kaum lain pegang pun tidak lebih sebagai boneka saja).DAP tahu dengan memegang jawatan tersebut,kuasa mereka akan terus terjamin.Mereka boleh menggunakan kuasa ketenteraan pada bila-bila masa untuk menghapuskan golongan yg cuba menentang mereka.
8. Negeri berpenduduk majoriti Cina seperti P. Pinang akan diberi autonomi atau kuasa pemerintahan sendiri.Jadi DAP boleh menjadikan P. Pinang sbg Singapura ke-2.Dasar untuk men'cina'kan P. Pinang dapat direalisasikan.
9. Jika Pakatan Haram memerintah,kampung-kampung Melayu/kawasan berpenduduk majoriti Melayu mungkin akan dirobohkan.Pakatan Haram (baca : DAP) akan memastikan tiada lagi kawasan yg kaum Melayu menjadi penduduk majoriti.Strateginya ialah untuk memecahkan undi Melayu.Pakatan Haram telah buat semua ini di P. Pinang, di mana DAP telah merobohkan Kg. Buah Pala (kampung tradisi kaum India) & kampung tradisi Melayu di Balik Pulau dengan pelbagai alasan.
10. Jika Pakatan Haram berkuasa,negara ini akan menerima campur tangan / perlu mengikut telunjuk 'tangan-tangan tersembunyi' (the hidden hand - baca : Zionis, Amerika & Singapura). Anwar Ibrahim sbg teman rapat Zionis dan DAP yg dibiayai PAP Singapura memungkinkan semua ini berlaku.Malaysia akan dijajah semula & tidak lagi bebas menentukan nasib sendiri. Nasib Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan dan Iraq.
10 PERKARA MUNGKIN AKAN TERJADI !!!
ADA KAH INI FAKTA ATAU AUTA ???
PERCAYA LAH,INI BAKAL AKAN BERLAKU SEKIRANYA PAKATAN HARAM MEMERINTAH NEGARA !!!
RENUNG-RENUNGKAN
terima kasih BADUT RAKYAT
0 comments:
Post a Comment