Friday, December 2, 2011

ULASAN DARI NAIB KETUA UMNO TASEK GELUGOR

Naib Ketua UMNO bahagian Tasek Gelugor Sdr Zulkiflee Yahaya mengulas ucapan dasar presiden semalam yang menyeru semua ahli ahli umno di semua peringkat agar mengembalikan perjuangan UMNO yang asal, ketaatan, setia dan kasih kepada parti agar survival orang melayu boleh di teruskan.
ulasan di atas berkait rapat dengan ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib menyebut tiga nilai atau watak yang perlu ada pada orang UMNO - taat setia, cinta kasih; serta berkhidmat tanpa jemu dan berkorban. Tiga elemen itu amat penting dalam menentukan survival dan perjuangan parti. Justeru ia perlu diterap dan diserap oleh semua ahli UMNO supaya mereka taat kepada pemimpin, cinta dan sayang kepada parti dan rela berkorban apa sahaja demi kejayaan UMNO.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails