Sebanyak 77 laporan polis dibuat di seluruh negara hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba melancarkan perhimpunan haram menerusi ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’.
Daripada jumlah itu, sebanyak 49 laporan polis dibuat di Selangor apabila Pergerakan Pemuda UMNO bahagian mengetuai beberapa pertubuhan politik dan bukan kerajaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Turut membuat laporan di Selangor adalah beberapa pertubuhan di daerah Kuala Langat yang mengemukakan 11 laporan polis.
Sebanyak 28 lagi laporan polis dibuat masing-masing sembilan di Pahang, enam di Sabah dan Terengganu, Kuala Lumpur (4), Perak (2) serta satu di Pulau Pinang.
Selain Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, antara pertubuhan-pertubuhan lain yang membuat laporan di Shah Alam adalah Putera MIC Shah Alam, Putera MIC Selangor, Parti Progresif Penduduk (PPP) Selangor dan individu perseorangan yang membuat laporan di IPD daerah pada pukul 4 petang.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, Azhari Shaari berkata, tindakan pihak yang menganjurkan kempen berkenaan adalah tidak wajar kerana ia jelas tidak menghormati proses undang-undang di negara ini.
Katanya, selain mencetuskan huru-hara dan menggugat keselamatan orang ramai, kempen itu turut memberikan banyak kesan buruk terhadap kestabilan negara dari segi imej sehinggalah kepada aktiviti pembangunan negara dari segi sosial dan ekonomi.
“Kita menentang ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’ yang dikatakan akan diadakan menjelang keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini.
“Kempen ini dilihat satu usaha yang tidak sihat kepada keamanan negara. Kempen ini juga dilihat seperti menghasut serta mencetuskan kebencian rakyat terhadap institusi perundangan di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Putera MIC Selangor, A. Arvind; Timbalan Setiausaha Putera MIC Shah Alam, A. Prevrnavan dan Naib Ketua Pemuda PPP Selangor, Azli Rahman.
Di Kuala Langat, antara pertubuhan yang membuat laporan adalah Perkasa, Persatuan Jawa Kuala Langat, Persatuan Bugis, Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Jugra dan Pertubuhan Perkumpulan Wanita Kuala Langat.
sumber dari utusan malaysia

0 comments:
Post a Comment