Saturday, December 17, 2011

ISU SPICE: dR Lim Mah Hui harus bersuara

Kerajaan negeri Pulau Pinang sering mencampur tangani urusan majlis perbandaran. Begitulah pendedahan oleh seorang kaunsilor MPPP, Lim Boo Chang. 

Boo Chang berkata kelmarin campurtangan pentadbiran Lim Guan Eng telah menjejaskan autonomi dan integriti MPPP. Tambahnya lagi, sesebuah majlis perbandaran itu bukan berupa suatu jabatan atau badan kerajaan yang wajar diarah supaya mengikut telunjuk orang kuat pentadbiran negeri. 

Namun pada hakikatnya, ahli-ahli majlis masih dicalonkan dan dilantik oleh parti pemerintah. Manifesto PRU12 Pakatan Rakyat yang menyatakan kaunsilor bakal dikehendaki bertanding kerusi dalam pemilihan umum tinggal janji kosong. 

Boo Chang meletak jawatan sebagai kaunsilor pada hari Rabu (Dis 14) dengan menjelaskan bahawa faktor tiada ketelusan dalam projek mega Subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre (sPICE) antara satu sebab beliau menarik diri. 


bongkar lagi pasai DAP, ada lagi yang nak keluar  parti kita tunggu dah lihat....!!!


0 comments:

Related Posts with Thumbnails