Friday, December 30, 2011

DULU LUDAH MCA, SEKARANG JILAT PUNGKOK MCA

Kalau UMNO bagi duit itu dinama Rasuah 
Kalau PAS bagi duit itu dinama Amal Jariah 
Kalau ceramah UMNO, Hujan turun itu bala 
Kalau ceramah PAS, Hujun turun itu rahmat 
Kalau PAS masuk gereja ikut Nabi, 
UMNO buat kafir 
Kalau PAS ada cryno dan nepo ikut Nabi, 
UMNO buat haram 
Akan datang, anak kita masuk gereja, ajaran apa itu? Parti Ajaran Sesat (PAS)

Pemuda PAS mempelawa bekas Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon dan 439 ahlinya menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di negeri ini untuk bersama-sama menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah berkata, beliau merasakan masa untuk bersama MCA dan BN memerintah telah berlalu kerana terlalu banyak penyelewengan berlaku melibatkan wang rakyat.

"Sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat saya menyeru beliau dan ahlinya menyertai DHPP di Pulau Pinang bagi membantu memperkuatkan PAS sekaligus memperkemaskan jentera Pakatan Rakyat yang sedang diperlekehkan oleh Umno dan BN.

"Dewan Pemuda PAS yakin ia satu perkembangan yang positif terhadap Pakatan Rakyat di negeri ini, " jelas Husni dalam kenyataannya. Dewan Pemuda PAS sendiri katanya, cuba mencari jalan mendekati mereka dengan sokongan DHPP Pulau Pinang bagi menerangkan betapa pentingnya perlawaan tersebut. Ia amat wajar kerana Malaysia amnya Pulau Pinang kena di selamatkan daripada jatuh semula ke tangan Umno dan BN yang ketagih kuasa.

sumber dari MPP

arab nak kata: pas memang melukut di tepi gantang


2 comments:

Zawawi Japilos said...
This comment has been removed by the author.
Zawawi Japilos said...

BN ketagih kuasa?...nampaknya pemuda pas PP ni suka orang melayu dihalau dari pulau, peniaga melayu hilang tempat mencari rezeki, kedai makan kena roboh,perkampungan-perkampungan di ambil dan diberi pampasan yang tak setimpal..didirikan dengan bangunan-bangunan mewah yang sudah tentunya orang melayu p.p yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk membelinya...

Related Posts with Thumbnails