Tuesday, October 25, 2016

#1MDB. HUSNI JAWAB. HUSNI TANYA...

Adakah bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sedar bahawa beliau pernah menjawab soalan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini ketika bertanyakan soalan sama di Dewan Rakyat, semalam.

Pada ketika itu, November 2011 Ahmad Husni menjawab soalan dan memberi penjelasan berkaitan syarikat pelaburan negara itu kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Ahli Parlimen DAP-Gelang Patah, Lim Kit Siang mempersoalkan pada masa itu mengapa Ahmad Husni menjawab semua perkara berkaitan 1MDB dan bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.

Selain itu apa yang paling menarik, pada Jun tahun lepas Ahmad Husni juga berkata dalam penjelasannya berkaitan 1MDB bahawa isu kehilangan wang pelaburan milik kerajaan dalam syarikat itu yang digembar-gemburkan sebenarnya tidak pernah timbul.

"Kerajaan begitu bertanggungjawab dalam memastikan aset dan hutang. Dalam konteks 1MDB, apa yang berlaku ia mencapai pertumbuhan begitu pesat, dalam tempoh enam tahun sahaja ia memiliki aset yang begitu tinggi.

"Keduanya struktur kewangan memiliki modal RM1 juta dan kerajaan memberi tanah seluas 560 ekar. Tapi tanah ini akan hanya memberi pulangan dalam tempoh yang panjang.

"Berdasarkan pertumbuhan pesat, 1MDB bergantung kepada hutang," katanya ketika menjadi panel dalam program khas Bual Bicara Dialog di TV1 pada masa itu menjawab isu syarikat itu.

Pada ketika itu juga Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen BN-Tambun dilantik sebagai jurucakap kerajaan bagi isu berkaitan 1MDB.

Kenapa kini, beliau bertanyakan semula soalan yang beliau sendiri pernah jawab.

Semalam, dalam sidang dewan beliau yang sudah meletakkan semua jawatan dalam Kabinet, UMNO dan Barisan Nasional ingin tahu mengapa 1MDB ditubuhkan dan beliau turut bertanyakan berkenaan wang AS$4 bilion Dolar Amerika (RM16.69 bilion) melibatkan syarikat Aabar Investment PJS Ltd yang tidak dimiliki IPIC.

Sekarang ini, keadaannya ialah Ahmad Husni bertanyakan sendiri soalan yang dijawabnya ketika di dalam Kabinet dulu.

Perlu diingat, beliau hanya meletakkan jawatan di dalam BN dan UMNO tetapi masih lagi Ahli Parlimen BN kerana beliau tidak pernah mengumumkan keluar dari parti.

Moga Husni tidak terpalit dengan virus mudah lupa bawaan Mahathir. Memalukan bila menyoal balik perkara yang beliau sendiri pernah jawab dahulu.

Tulisan :
Beruang Biru
BB100, Selasa
25 Oktober 2016

3 comments:

Anonymous said...

sama bengong dengan muhyiddin sembab....dulu dia pun tak tahu pasal 1MDB...pada hal masa tu dia TPM....
adalah yg dia mintak tu...tapi najib tak bagi..hu..hu..hu

arab said...

mungkin masa dalam kerajaan dia bodoh...tak tahu tanya soalan. bila dah tak ada dalam kerajaan baru nampak pandai..

arab said...

mungkin masa dalam kerajaan dia bodoh...tak tahu tanya soalan. bila dah tak ada dalam kerajaan baru nampak pandai..

Related Posts with Thumbnails