Dicetuskan hasil ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, buat julung kalinya ekspo dalam skala besar itu dizahirkan untuk segenap peringkat usia dengan pelbagai pengisian - bukti yang menunjukkan pembangunan negara dilaksanakan secara inklusif.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Ekspo Negara 2017: "Ini adalah gambaran masa depan Malaysia dan segala-galanya harus bermula hari ini."
Di sebalik pengalaman menakjubkan Ekspo Negaraku 2017, terselit pelbagai mesej berharga untuk dijadikan azimat ke arah membawa Malaysia meluncur laju mengharungi pelbagai cabaran.
Paling utama, Ekspo Negaraku 2017 membuktikan komitmen kerajaan untuk terus memberi yang terbaik buat kira-kira 32 juta rakyatnya tanpa batasan kaum, lokasi atau apa saja sempadan yang menjadi ukuran perbezaan buatan manusia.
Tempoh sebulan yang diberi, bermula esok hingga 15 Disember memadai untuk anda memperuntukkan sekurang-kurangnya sekali berada di Dataran Merdeka dan berkongsi kebanggaan bergelar rakyat Malaysia!
0 comments:
Post a Comment