Tuesday, December 20, 2011

SMM tidak patut di panggil MAHASISWA.

Pemuda UMNO hari ini mengecam tindakan sekumpulan ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menurun dan memijak bendera memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu. 

Sambil menyifatkan tindakan berkenaan sebagai biadab dan tidak bertamadun, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO menganggap kelompok yang terlibat tidak layak digelar mahasiswa. Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kelakuan tidak beradab yang dilakukan oleh SMM itu tidak melambangkan kematangan tinggi yang dimiliki oleh majoriti mahasiswa tempatan. 

Katanya, kebanyakan mahasiswa tempatan mempunyai nilai akhlak dan budaya yang bertamadun, sekali gus akal yang waras dan saling menghormati. "Bagaimanapun, perbuatan segelintir kecil golongan ini yang dipercayai digunakan oleh pihak pembangkang dan bermotifkan politik telah mencemarkan nama baik mahasiswa yang sebelum ini disanjung tinggi oleh masyarakat. 

"Sepatutnya, pendekatan yang lebih efektif dan efisien yang boleh menunjukkan kredibiliti mahasiswa itu sendiri digunapakai untuk menyelesaikan isu AUKU ini, bukannya dengan cara yang menghancurkan masa depan mereka ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengecam tindakan ahli SMM yang disifatkannya menyedihkan dan menjijikkan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebelum menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. 

Dalam pada itu, Reezal Merican menyatakan, bantahan yang dikemukakan itu tidak salah tetapi tindakan mereka yang melanggar tatasusila ketimuran itu amat tidak boleh diterima akal. "Perbezaan pendapat adalah fitrah dan lumrah setiap manusia dan kita digalakkan untuk bermesyuarat (berbincang) untuk menyelesaikan masalah yang timbul. "Bukan dengan cara yang begitu bertentangan dengan identiti mahasiswa seperti ini," tegasnya.

2 comments:

Cherok To' Kun said...

bila remaja diasuh dgn mempercayai segala berita menarik sahaja, maka cerita si penglipurlara a.k.a Ketua Umum di percayai bulat-bulat. Hasutan untuk merusuh nampaknya dah menjadi atas nama kebebasan hak pelajar. apakah golongan dewasa yang berada diluar sana tidak pernah bergelar mahasiswa?
Sebagai mahasiswa, kejarlah ilmu dimenara gading yang hanya bertempuh lebih kurang 5 tahun. Persetankan dengan pergolakan & percakaran golongan politik yang penuh dengan hipokrasi. Genggamlah dulu segulung ijazah sebelum mendabik dada kononnya merekalah golongan cerdik pandai. Kebanyakan graduan masakini bukannya mahirpun untuk memasuki pasaran pekerjaan. Masalah komunikasi para graduan sememangnya sedia maklum oleh para majikan. bak kata orang kampung aku " buat kerja bodo, demand gaji nak tinggi, benefit nak pelbagai !!!!! akai tarak!!!

arab said...

komen yang bernas...terima kasih kerana menyokong. sebenarnya suara mahasiswa yang tak seberapa itu, bukan lah mengikut suara keseluruhan mahasiswa yang dok ada.

kita mengharapkan mahasiswa yang tidak terlibat akan terus belajar dan memegang segulung ijazah.

Related Posts with Thumbnails