Tuesday, November 3, 2020

ITU WANG RAKYAT.


Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada ruang aliran tunai untuk membenarkan pengeluaran sehingga RM10,000 daripada Akaun 1 untuk pencarum yang paling terdesak.

Lagipun, katanya, ia adalah wang milik rakyat dan KWSP ditubuhkan untuk menjaga rakyat.

”Sebab itu, rakyat ada hak untuk gunakan sebahagian wang ini pada masa mereka paling terdesak,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam hantaran di Facebook.

Sebagai individu yang mencadangkan pengeluaran wang dari akaun itu, Najib berkata, wang yang dikeluarkan pada masa terdesak ini boleh dipulihkan pada masa depan apabila krisis Covid-19 berlalu dan ekonomi bertambah baik.

Jelasnya, tiada siapa yang kata wang yang dikeluarkan hari ini pada masa kadar dividen KWSP tak dijangka tinggi, tidak boleh dimasukkan kembali setahun atau dua tahun kemudian.

Ini kerana terdapat dua cara untuk memulihkan semula simpanan pencarum iaitu dengan menaikkan semula kadar caruman KWSP majikan dan ahli yang telah diturunkan pada awal tahun ini.

Selain itu melalui pemberian projek-projek lumayan kepada KWSP oleh kerajaan dengan tujuan untuk menjana lebih keuntungan.

”Jika dibenarkan, wang yang dikeluarkan pada masa ini akan merancakkan kitaran wang ekonomi tempatan pada ketika ekonomi lembab akibat Covid-19.

”Akhirnya balik kepada kerajaan melalui pelbagai cukai juga,” kata beliau. – MalaysiaGazette

0 comments:

Related Posts with Thumbnails