tiga bulan ketua audit negara senyap, bertepuk tangan melihat datuk shahrizat dan keluarga kena londeh oleh pembangkang malah ahli umno sendiri, baru sekarang nak buat perjelasan. adakah ini satu GAME PLAN yang teratur untuk menjatuhkan pemimpin umno. ?????.
persoalannya sekarang, adakah dengan perjelasan yang bakal di buat oleh ketua audit negara pembangkang dan ahli umno akan tutup mulut ??? percaya atau tidak puak pembangkang akan buat fitnah baru iaitu ketua audit negara telah membuat pusingan U dan terima wang sogokan dari kerajaan umno dan bn sepertimana yang pernah dituduh kepada penulis blog raja petra,
Tan Sri Ambrin Buang sebagai ketua pengarah harus bertanggungjawab dan meminta maaf kepada tuan badan yang telah lunyai kena fitnah.
Tan Sri Ambrin Buang sebagai ketua pengarah harus bertanggungjawab dan meminta maaf kepada tuan badan yang telah lunyai kena fitnah.
SHAH ALAM, 25 Jan - Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang memberitahu beliau akan memberikan penjelasan terperinci berkaitan dengan kemelut dalam Laporan Audit Negara 2010 dalam masa yang terdekat.
Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan entiti perniagaan yang dimaksudkan dalam laporan tersebut sebenarnya merujuk kepada Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan bukannya NFCorp seperti yang didakwa.
"Saya akan memaklumkan penjelasan mengenai perkara ini dalam masa yang terdekat," kata Ambrin. Ambrin turut mengakui pihak pengaudit keliru dengan di antara NFCorp sebuah syarikat Sendirian Berhad dengan syarikat kepunyaan Industri Asas Tani, sebuah entiti kepunyaan kerajaan secara keseluruhan.
Kemelut tercetus setelah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin mendakwa berlaku penyelewengan dana pinjaman dan pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.
Kedua-dua pemimpin PKR tersebut turut mendakwa Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya menggunakan hampir RM600,000 dari dana yang diperuntukkan bagi membayar hutang kad kredir pada tahun 2009.
Walaubagaimanapun, NFCorp menafikan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berniat jahat terhadap syarikat milik persendirian tersebut. NFCorp turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta dimasukkan kedalam akaun syarikat itu sebelum perjanjian berkenaan ditandatangani.
0 comments:
Post a Comment