Wednesday, January 11, 2012

377 B MAKNANYA "SUKA SAMA SUKA"




Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menyebut kejadian seks luar tabie dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara berlaku atas dasar ‘suka sama suka’. 

Anwar menyebut terma ‘suka sama suka’ itu pada 7 Ogos 2008, di luar bangunan Mahkamah Sesyen Jalan Duta, ketika kali pertama kes itu disebut di mahkamah. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. 

Selepas mendengar pertuduhan itu, di luar mahkamah, Anwar mula mencanang maksud ‘Seksyen 377B’ dan memperbesar-besarkan isu ‘Suka Sama Suka’. “Ini pendakwaannya itu 377B maknanya suka sama suka. 

Kalau suka sama suka, pasal apa saya seorang sahaja yang kena dakwa. “Dah Suka (Sama) Suka dakwa dua-dua lah”, katanya. KLIK SINI UNTUK BERITA PENUH

arab nak ajak pembaca blog lihat satu sahaja, tengok betul2 reaksi wan azizah, orang lain ketawa dia masammm je, hehehehhehe..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails