Thursday, January 5, 2012

KEANGKUHAN PKR DI BIDAS

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar seluruh pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu mencetuskan huru-hara dengan menganjurkan perhimpunan haram menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini.


Timbalan Perdana Menteri menegaskan, perancangan itu menunjukkan PKR menganggap keamanan dan keselamatan yang dikecapi negara ini sebagai liabiliti kepada cita-cita politik parti pembangkang tersebut.


Kata beliau, walaupun sudah terdapat banyak pihak menyatakan bantahan serta membuat laporan polis bagi menentang perhimpunan haram itu, PKR tetap berdegil untuk meneruskannya.


"Tetapi memang ada pihak lain yang tidak suka keadaan sebegini, aman tenteram itu macam liabiliti bagi dia dan dia nak porak-peranda, kalau ada huru-hara.


"Caranya ialah dengan membangkitkan semangat marah, benci, mengapi-apikan orang ramai untuk sama-sama terlibat dalam kegiatan seperti itu (perhimpunan haram)," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai di sini hari ini.


Beliau mengulas mesej Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang meminta kesemua ahli parti di peringkat akar umbi untuk sama-sama berhimpun Isnin ini dalam kempen Bebaskan Anwar 901.


Azmin dan PKR dilihat angkuh dengan berhasrat mengumpulkan 100,000 penyokong pada hari keputusan kes liwat Anwar itu nanti meskipun pihak polis memberi amaran akan menangkap mana-mana individu yang menyertai perhimpunan haram berkenaan.


Justeru, Muhyiddin menasihatkan seluruh pimpinan PKR supaya tidak terlalu angkuh untuk meneruskan penganjuran perhimpunan haram menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang terbabit minggu depan.


Kata beliau, tindakan PKR yang terus berdegil mahu menganjurkan perhimpunan haram itu jelas tidak menghormati undang-undang dan seolah-olah bertujuan menentang pihak berkuasa termasuk polis dan institusi mahkamah.


Dalam hal ini, tegasnya, kepimpinan PKR perlu lebih bertanggungjawab dengan tidak menganjurkan perhimpunan berkenaan kerana tindakan itu menunjukkan mereka telah membuat andaian sebelum hukuman dijatuhkan oleh mahkamah.


"Ini satu sangkaan buruk yang bagi kita sebagai orang Islam tidak harus kita lakukan. Kita tahu ini agenda peribadi, saya tidak cakap lebih daripada itu" katanya.


SUMBER UTUSAN


arab nak kata: Tan Sri Muyiddin antara pemimpin yang berani marah kepada puak puak pkr, bila cakap soal keamanan negara seharusnya tiada kompromi lagi.


pemimpin pemimpin umno dan bn di semua peringkat wajib berani menyatakan pendapat mengenai DEMO BEBASKAN ANWAR. 


jangan hanya berdiam diri macam patung tokong siam, kerana arab lihat sekarang ini apa saja isu yang diserang oleh pembangkang, tak nampak siapa yang pertahankan. senorio tunggu dan lihat amat bahaya sekakli, rakyat sedang memerhati anda semua.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails