Tuesday, January 10, 2012

PEMUDA UMNO PERMATANG PAUH BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT

Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh menyumbang alat tulis kepada 2,000 murid di 15 buah sekolah rendah, di sini.


Sumbangan tersebut sebagai galakan kepada murid tahun satu sekolah berkenaan yang memulakan sesi persekolahan 2012 hari ini.


Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, bantuan membabitkan peruntukan hampir RM10,000 itu diberikan kepada murid pelbagai kaum di kawasan Parlimen Permatang Pauh.


“Program yang pertama kali diadakan ini sebagai galakan kepada murid tahun satu agar yang baru menempuh alam persekolahan,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir di sini.


Sementara itu, menurut Penolong Pegawai Pelajaran daerah (Bahagian Pengurusan), Mohd. Hassan Mohamad, seramai 6,500 murid memulakan sesi persekolahan tahun satu di 56 buah sekolah rendah di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) hari ini.- KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR

1 comments:

Unknown said...

ALhamdulillah... Teruskan usaha membantu rakyat... Kalau nak bantu rakyat, tak perlu nak merusuh utk tunjuk hero.

NURUL IZZAH KANTOI LAGI CUBA FITNAH SPR!! Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails