Saturday, January 7, 2012

HEBAT GALAXY NOTE


Samsung Electronics, melalui satu laman FLICKR, melaporkan bahawa, peranti hybridnya, Samsung Galaxy Note telah melepasi angka jualan sebanyak 1 juta unit pada 29 Disember 2011. 

Statistik juga menunjukkan peningkatan kadar jualan di rantau Eropah dan Asia, terutamanya Perancis, Jerman, Hong Kong dan Taiwan. Pencapaian ini adalah sesuatu yang dibanggakan, kerana Galaxy Note telah membuka pasaran baru untuk segmen hibrid smartphone+tablet. Jualan global dijangka terus meningkat apabila Galaxy Note memasuki pasaran USA suku pertama tahun hadapan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails