Monday, January 9, 2012

SISTEM KEHAKIMAN SEMEMANGNYA TULUS.

email pembaca: 

Merujuk kepada pembebasan Anwar Ibrahim pada hari ini. Marilah bersama-sama kita menghormati keputusan mahkamah, tidak perlulah diberi sebarang komentar bertulis yang boleh menjerumus kita kepada tindakan mempertikaikan keputusan hakim yang arif lagi bijaksana.

Keputusan pembebasan tersebut perlulah dilihat daripada sudut yang positif. Anwar Ibrahim hanya berjaya membebaskan dirinya daripada kes tersebut (buat sementara barangkali), tetapi bebaskah dia daripada persepsi negatif berhubung isu-isu lain yang membelenggu dirinya daripada rakyat terbanyak?

Pendakwaraya diyakini tidak akan berdiam diri, dijangka mereka akan membuat rayuan semakan ke atas keputusan ini di Mahkamah Rayuan seterusnya Mahkamah Persekutuan, dan ini pasti mengambil masa pula, mungkin selepas PRU 13 selesai.

Saya melihat ini juga satu tindakan strategik, bebaskan sebelum PRU 13, sebaliknya selepas PRU 13, kemungkinan berlaku siapa tahu?

Kerajaan pasti mendapat mailage tersendiri daripada keputusan ini kerana pembangkang tidak dapat memainkan sebarang isu yang boleh memerangkap Kerajaan, jika Anwar Ibrahim disabitkan dengan kes ini.

Pembangkang yang sebelum ini sibuk mencerca sistem keadilan yang tidak adil jika keputusan tidak memihak kepada mereka, KINI BAGAIMANA???

Maka rakyat yang bijak akan berfikir perilaku pembangkang yang berpilih dan tidak konsisten ini. Jadi, tidak perlulah kita berdukacita dengan keputusan tersebut, kerana satu hari nanti kebenaran kekal akan berpaling kepada mereka yang hak dengan apa cara sekalipun.

Sekian, terima kasih. 
paktarm
Jitra, Kedah Darul Aman.

http://www.pisau.net 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails