Pertemuan antara mereka yang murtad, pemimpin masyarakat Kristian dan
umat Islam akan diadakan untuk mencari penyelesaian ke atas isu-isu
berkaitan murtad, kata Datuk Dr Hasan Ali hari ini.
Pengerusi
Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan
Kemudahan Awam Selangor ini berkata, beliau bercadang mengadakan
pertemuan itu sebagai langkah menangani isu murtad, yang dilihat
membimbangkan.
"Sekiranya mereka (yang murtad) bersetuju bertemu
dengan pihak paderi dan ilmuan agama, satu pertemuan tertutup akan
diadakan sebagai pembuktian adanya gerakan memurtadkan umat Islam. JOM KITA TENGOK
0 comments:
Post a Comment